Pages

Tuesday, April 2, 2019

Oh My English

Salam untuk pembaca yang sudi menjenguk blog sampah & bersawang ni haha
Dah berapa tahun tak buka langsung blog ni. Maaf untuk adik-adik yang bertanya mengenai universiti.

For past few years things got pretty rough and I lost all my desire to write.

Nak tulis ni pun struggling haha
Cuma masa kerja ni nampak la adik-adik yang ada masalah komunikasi terutama dalam bahasa Inggeris.
Boleh bercakap dalam pelbagai bahasa adalah kelebihan. Bahasa Inggeris ni kira paling asas, paling cikai lah. Haha. Bukan nak merendahkan bahasa Melayu tapi kalau dah kerja kau bagi resume kat mana-mana syarikat, antara kau dengan orang lain, kelulusan lebih kurang sama, tapi orang lain boleh cakap pelbagai bahasa kenapa syarikat nak pilih kau? Kau kena ada kelebihan yang berbeza ataupun tinggi sikit dari orang lain yang pegi temuduga sama-sama dengan kau.
Kalau kau sendiri jadi bos pun kau pun mesti ambil pekerja yang serba boleh & berkaliber.
Banyak pulak bebel. Nak bagi tips je pun. Haha.

Tengok adik-adik struggling nak speaking rasa kesian pulak. Nak bagi nasihat direct takut malu pulak. Tapi aku sendiri belajar bahasa Inggeris ni sendiri-sendiri. Masa sekolah dulu pemalas. Haha. Masa sekolah dulu pun bukan budak pandai kan, susah ilmu nak lekat. Haha. Nak kena belajar sendiri jugak.

Set your goal. What are you aim for?
Aku belajar sebab nak borak, haha. Nak tengok tv show tanpa subtitles. Nak baca artikel kat internet tanpa tengok kamus, dan baca komik online percuma. Hahahahha
Tu aku laaa.

Macam exam muet, ada reading, writing, listening & speaking.

Reading tu membaca. Bebas. Baca la apa pun. Komik online dalam bahasa Inggeris pun ok. Main game pun ada dialog bahasa Inggeris kan. Majalah ke. Aku suka baca artikel pasal personaliti online. Nak baca yang bahasa Melayu sangattttt terhad jadi aku baca yang bahasa Inggeris jadi aku boleh baca artikel dari mana-mana negara. Kalau kau minat pasal makanan beli la majalah masakan dalam bahasa Inggeris, tak pun baca online. Percuma. Pasal photography ke, kereta ke, geography, ataupun majalah artis. Lepas tu buat cacatan ataupun nota. Tulis dalam tu perkataan yang kau baru jumpa ataupun tak paham. Lepas tu cari dalam kamus takpun google translate, lagi cepat & senang. Banyakkan membaca jadi kau takda la lupa perkataan yang baru jumpa tu.

Dah ada bahan bacaan tu boleh berlatih speaking. Cara aku la, aku suka baca kuat-kuat jadi aku perasan cara sebutan mana yang betul. Kalau tak tau jugak pakai google translate lagi. Haha. Kalau perkataan tu rumit & panjang, kau ulang-ulang sebut sampai kau lancar. Kalau kau malu, macam aku la, haha, aku pun malu baca depan orang, aku baca sendiri-sendiri. Duduk sorang-sorang baca sendiri.  Biasa la awal-awal memang bunyi pelik semacam, tapi kalau rajin berlatih sekejap je tu.
Pasal slang, aku banyak tengok video dari US daripada UK, jadi slang aku lebih kepada US. Kalau formal patutnya ikut slang UK, ejaan pun ikut UK. Tapi slang US senang nak sebut sikit. Haha. Tapi slang tu boleh belajar. Aku mulanya main-main haha ikut-ikut dialog movie dari UK, tiru orang sana cakap lama-lama slang english US aku tak pekat sangat dah.

Listening pulak boleh belajar dari video, movie, YouTube, etc.. Aku dulu kaki YouTube haha tu yang slang aku jadi slang US. Aku suka tengok tv show, cooking show, documentary & cartoon. Movie pun aku tengok pakai subtitle bahasa Inggeris sebab movie ataupun tv show dari US terutamanya suka pakai idiom ataupun pepatah. Rugi la kalau tak paham & terlepas. Dalam lagu pun dorang letak pepatah dalam tu. Masa dengar lagu tu, dia mentioned "under the weather", aku macam apa kaitan kan. Pastu entah macam mana terjumpa baru tau maksudnya ialah "sedih". Jadi masa tengok apa-apa lah cuba dengar teliti macam mana dorang sebut perkataan tu & macam mana dorg guna perkataan & cara susunan ayat. Paling basic dengar lagu. Jangan la lagu kelab, pilih lagu yang ada maksud. Cikgu aku pernah pesan nak belajar bahasa Inggeris jangan pilih lagu Rap. But I'm a huge fan of Eminem. Haha. Terpulang la cara masing-masing. Nak tengok drama pun boleh, nak tengok the Kardashian pun boleh. Haha.

Nak belajar writing ni kena rajin. Haha. Untuk baby steps boleh salin lirik. Tengok susunan perkataan dia. Aku takkan aku nak buat kelas pulak haha. Grammar tolak tepi kejap. Bab writing ni kena tahu la apa nak tulis, kena tahu perkataan ataupun vocabulary. Makin banyak benda yang kau tahu dalam bahasa Inggeris makin luas la penulisan kau. Grammar boleh belajar perlahan-lahan. Yang penting vocabulary.

Okay nak bagi tips nak berbual. Aku pun ambil masa dalam setahun jugak la baru ada keyakinan nak "cakap". Sebelum ni semua perbualan "in thought". Susah, memang susah. Jangan expect la dalam beberapa haru terus mahir. Dan jangan lupa kita manusia memang akan buat silap, jangan sebab orang gelakkan slang kau, orang rendahkan kau, kau terus putus asa. Jangan. Benda ni patutnya tak menyebabkan stress pun, tapi tu lah kan. Haha. Aku pun pernah kena. Cakap dengan orang tu, dia betulkan cara sebutan aku, cakap dengan orang ni, dia betulkan lagi. Entah apa-apa. Kalau orang barat pun dia tak betulkan pun sebutan kita. Mungkin kita sebut salah tapi dia cuba pahamkan apa yang kita sebut. Orang kita je beria nak sempurna. Orang barat pun ada macam-macam accent.

Kau nak lancar speaking, kau jangan terjemah dalam otak kau. Jangan. Bila kau nampak sesuatu, atau kau fikir sesuatu, kau cari perkataan tu dalam bahasa Inggeris terus. Macam yang kau buat sekarang ni, kau tengok objek kat tepi ataupun depan kau. Contoh depan kau almari, terus fikir wardrobe. Maka kau kena berlatih lah. Haha. Aku pun alami krisis benda ni sebab aku belajar sendiri, aku nak buat camni aku tak nak terjemah tapi cikgu kat sekolah aku ajar terjemah pulak dah. Serabut kejap. Tapi takpa slow slow~~ aku pun ambil masa beb. Haha

Dan bahagian nak berborak pulak kau kena ada teman baru la menjadi. Kena dua hala. Aku pulak sempat jadi guru ganti bahasa Inggeris sekolah rendah, sempat la aku bantai je cakap dengan budak-budak. Lagi-lagi budak tahun 1 haha. Kau salah sebut pun bukan dorang tau. Dorang tak paham pun. Haha. Kalau budak tu memang exposed dengan english tu lain cerita. Haha. Ada masa jugak aku cakap dengan anak-anak buah, tapi dorang tak nak balas. Huhu.  Dulu-dulu aku main bantai jugak la speaking dengan abang aku, padahal masa tu masing-masing punya english memang jahanammmm. Haha. Hentam sajaaaa. Masa ni la kau ambil peluang nak betulkan cara sebutan. Memang kekok awal-awal tu. Tapi kena buat jugak. Keyakinan tu wajib ada. Pasal grammar tu boleh fikir kemudian. Yang penting kena cakap. Bila kau dah biasa & dah boleh cakap masa tu baru kau boleh kawal apa yang kau nak cakap, apa perkataan yang sesuai. Tu lah, nak speaking ni takda shortcut. Nak tak nak kena redah kalau tak sama je lah.

Wish all the best for those who've been struggling.
Takpa perlahan-lahan. Jangan lupa puji diri sendiri. Boleh cakap tu pun kira hebat.

Okay tu je, membebel je banyak. Haha. Bye.