Pages

Thursday, October 15, 2015

Sunday, August 16, 2015

RM english subtitles episode 34



running man episode 34 with full english subtitles :D

Monday, August 10, 2015

UMP Pahang Degree Intake 2015/16

Assalamualaikum..
As I promised, tahniah kepada yang dapat tawaran dari mana-mana universiti.
Terutama UMP, kat Pahang ye dek, bukan Perlis.
Perlis = Unimap
sila la bertanya apa-apa jenis soalan, 
apa nak bawak, pakaian ke, bagi pelajar dari Sabah Sarawak boleh tanya macam mana dengan flight ke apa, ada masalah kewangan ke, kos lain ke, 
contoh masa matrik ambil biologi tetiba dapat fizik so boleh tanya kat abang-abang & akak-akak 
senior dalam group tu.
Tu memang tugas diorang, tanye je pape, hahahahaha.
anyways tahniah :)
oh ya jangan lupa yang dapat universiti pantai timur ni hujung-hujung tahun ni musim hujan,
so prepare la apa yang patut ya.
payung aset utama di universiti ni. haha.
Goodluck :)


Keputusan UPU ? tak dapat tawaran universiti ?

Assalamualaikum~
setelah sekian lama bercuti, handphone buat hal, laptop tertinggal, raya lagi, 
pelbagai halangan yang ada buat aku terhenti, kah kah kah.
Anyways, dengar-dengar hari ni result UPU ye ?
siap ada budak post kat fb, jiwa tak tenang katanya, risau result upu.
haha
tenang atau tidak itu ikut kita, kadang-kadang kita punya expectation melambung,
bila dapat result kecewa tak dapat universiti/kos yang diidamkan.
bagi yang dapat tawaran,
Alhadulillah,
tahniah,
tapi baagi yang tak dapat, jangan kecewa,
ini bukan pengakhirannya. chill kay, akak nak cerita sikit,
mengubat hati yang duka... heeeee ~

Tuesday, June 30, 2015

Islam makin diterima dan LGBT pun sama ? what ?

Assalamualaikum ~
Lama tak update, hahaha.
Buat ayat panjang-panjang tapi akhirnya masuk draft. hahahhaha.
Tajuk kali ni agak sensitif juga, tapi ni semua adalah dari pandangan aku lah.
Apa yang aku nampak, aku tak buat kajian mana-mana pun, cuma aku 'nampak' ISLAM makin diterima di mana-mana. 
Di luar negara contohnya Amerika makin ramai menerima bukan masuk Islam tapi hormat, menerima komuniti Islam sebagai sebahagian masyarakat mereka.
Tapi sedar atau tidak, bagaimana Islam kian diterima LGBT turut diterima oleh masyarakat di luar negara.




Monday, June 1, 2015

Aku pelik ? oh well...

Assalamualaikum ~
hmmmm..,
Aku pelik ? ahahaha,
oh well dah lama aku rasa aku ni 'pelik'.
Tak tau la part mana, tapi cita rasa aku tentang segala-galanya memang lain.
Tak tau lah citarasa aku ni 'up' ke 'down' ke tapi kadang-kadang aku menyampah,
ahahaha, boleh menyampah dengan diri sendiri ~

Sunday, May 24, 2015

UMP Diploma Intake 2015/16

Assalamualaikum ~
okay walaupun sangat-sangat sibuk, busy bak hang,
tapi sempat jugak buka blog, ahahhahaha x'D
okay tahniah kepada adik-adik yang dapat tawaran diploma mana-mana universiti,
terutama UMP ~ hhahaha
tahniah ~ tahniah ~
oleh itu akak, hehe, akak pulak..
nak bagi link group khas untuk adik-adik yang akan sambung pelajaran peringkat diploma di UMP ni.

Saturday, May 16, 2015

Dah musim interview Uni ? UMP ? heee

Assalamualaikum ~
Aku ni baru terfikir pasal pemilihan kos, adoi...
Maaf maaf.
Sebelum ni ada junior tanya pasal pemilihan kos, hmmmm, aku pun tak tau sangat.
Sebab yang pilih kos tu based on korang punya minat & kemahiran/kelebihan
Yang aku tau pasal UMP je lah.
Kalau nak jadi engineer boleh la mohon UMP.
UMP ni berbeza daripada universiti lain, UMP hanya menawarkan kos kejuruteraan & pengurusan.
Itu sahaja, fashion, pendidikan, seni bina, sejarah, linguistik tak ada.

Friday, May 15, 2015

be kind to old people, especially your parents

Assalamualaikum ~
okay tetiba memalam buta nak menaip, hahaha.
Tapi benda ni dok terniang-niang kat kepala, selagi tak luahkan, aduh.

this quotes hits me, so much

Sunday, April 12, 2015

all about you and your BFF :)

the video : Things You Only Let Your BFF Do - buzzfeedviolet
okay video ni buat aku rindu dengan bff aku ~ :'(
I got BFFs from different places ! ahahaha, tapi diorang sekrang ni jauh dari aku.. *crying*
masa kat sabah aku rapat dengan si eka, dari form 1- pertengahan form 3,when someone I know from elementary school till middle school who are not that close, suddenly few months before I moved we become extremely close ! I feel like this is a gift from ALLAH, totally.
Bertahun-tahun kenal, sejak kecil tapi bila dah nak pindah baru la rapat, si Najla lah itu, ahahaha.
Rasa kelakar masa mula-mula rapat tu, sebab memang kenal, bercakap dengan dia masa sekolah rendah rasa macam awkward. Tapi sekarang ni dialah antara kawan terbaik aku. heeee ~
then si Myzah, my buddy since form 1 till form 3, my funny friend. Kesian kau balik-balik kena oleh aku, haha. Tapi tu lah yang jadikan kenangan antara kita berdua. Miss you so much :')
Then bila pindah johor rapat dengan siew fong a.k.a. Nana. Kawan gila-gila, lagi gila  masa form 6. haha. Memang tak boleh lupa masa dia ajar aku sejarah, memang stress gila aku tengok dia ajar aku sejarah masa SPM. Aku memang kureng sikit sejarah ni, tapi dapat jugak A-, thank you Nana Sensei, hehe. Kawan tarik rambut, kawan mengusik, kawan bergelak ketawa, kawan menangis bersama, kawan susah senang lah, hehe, tapi sekarang ni study kat UNIMAS, awat hang jaoh sangat ? sedih :'(
then lastly kawan yang banyak sunggoh drama, boleh buat drama beb, hahahahah, oh aty gendut. Ahahahahaha. Kawan yang bergaduh bersama, kawan gelak bersama, kawan bergosip bersama, apa lagi belum sebut ? ahahahha, eyyyy, hang ni lawok sunggoh, hahaha.
-tapi kenangan yang paling best memang lah kawan-kawan form 6-
-miss you all-
-muahhhhh-
heeee ~ 
-the End-


Saturday, March 14, 2015

Kem oh Kem ! Jadi Fasilitator pulak ! heeeeee :D

Assalamualaikum ~
hari khamis lepas aku join kem jati diri & rohani sk wira kuantan, jadi fasilitator ! awesome !
awesome ! walaupun kena marah, tidur hanya 1 jam, hahahahah. 
Apa boleh buat ini lah kali pertama sertai ~ 
ni bukan laporan rasmi, dan aku takkan cerita detail apa yang kitorang buat since it's secret.
huhu
mulanya aku ajk multimedia, tapi semua ada kerja, aku dok tercongok jaga pa sistem,
sumpah bosan. hahaha
group 6 group aku lah kononnye, padahal aku menumpang je, hihihi, tapi rase rindu pulak dengan budak-budak ni, huhu

my birthday ~~ weeeee ~

Assalamualaikum ~
dah lama tak buka blog ni ~ hahaha
bila start malas tu kan, memang susah ~ haha
okay nak citer sikit pasal birthday hari tu, dah hampir sebulan yang lalu, haha
yelah my birthday fall at 27th february ~ heeeeee
thanks you all yang wish kat titewww~ haha
aku sebenarnya tak kesah sangat orang ingat birthday aku, sebab aku ni susah nak ingat birthday orang lain, hahaha
memory problem ~ nama pun aku susah sikit nak ingat ~ muehehehe
thanks for my roommates dan jugak kawan form 6 dulu yang sudi kenakan aku, hahhaha.
Jadi Qu Puteh aku malam tuh, putih melepak kauuuuuuuuuuu ~ hahaha
and the cake, so pretty ~ and deliciousssssssssss ~ haha
vanilla ! I lovin' it ! haha
and thanks for my mother to give birth to me ~
I will try my best to help others,
I wanna see people around me smile ~ 
wake up and smile :)

Monday, January 5, 2015

don't look down at us ! huh ! :P

Assalamualaikum ~
syukur alhamdulillah masih bernyawa selepas menjawab final exam Computer Architecture ~
bahahahahaa ~
tiga hari berturut aku jawab final exam untuk semester 1 ni, 
rasa macam sesak jugak lah, tapi legaaaaaaaaaaaaaaa~
TAPI ! aku masih ada satu kertas lagi, Programming Technique isnin depan ! 12hb ! 
serius aku tak sabar sebab nak balik rumahhhh ~ hahahahaha
ape yang aku nak cerita ni sebenarnya ?? hahaha
ok camni baru-baru ni aku ada tengok video kehidupan pelajar kolej/universiti yang ceburi bidang seni,
sumpah aku cemburu ~ T^T
seni ni sebenarnya teramat luas seperti bidang-bidang yang lain, 
tetapi mengapakah masyarakat amat memandang rendah bidang seni ? uiseh ayat macam karangan bahasa Melayu, hihi.

Friday, January 2, 2015

esok final exam ? Allah ~

Assalamualaikum ~
weyhhh, esok final, masih ada masa buka blog ? T_T
sumpah aku tak study, aku cuma membaca, haha, hahahaha  *crying*
aku tak tau lah kenapa aku lost sangat ni, tido memanjang ~
12hb last paper, Programming Technique, insyaallah petang tu balik...., sooooooo ~
aku rasa otak aku dah balik dah. hahahahaha
Menyesal pulak tak balik masa cuti study week~ hurm...
sebenarnya exam mula 29hb & 30hb Disember tahun lepas (macam dah lama sangat, hahahaha) tapi disebabkan banjir ditunda kepada 3hb & 4hb (esok dan lusa, nangis jap), dan 5hb tu aku memang ada paper pon, Computer Architecture, hahahahah ~ *crying*
tak pasal-pasal jadi berturut-turut exam paper aku ~~
aku dah rasa macam nak repeat, hahahaha.
Macam ni lah gaya masa ambil exam STPM penggal 1, masih bawak perangai sama, alahai ~
entah apa aku buat, main game, tengok running man, tido... haiiii ~
walau apa pun doakan lah aku banyak idea mencipta ayat-ayat untuk menggoreng ~ hahaha
ape aku merepek...,
maaf maaf ~
doakanlah aku dapat jawab dengan baik, cemerlang & terbilang ~ insyaallah aminnn ~ haha *sobs sobs*



-the End-