Pages

Sunday, August 24, 2014

A week left


Assalamualaikum ~
macam tak percaya dah tinggal seminggu je lagi nak jadi mahasiswa UMP. Wahhh, banyak lagi yang belum settle. Haha. Tapi dikala aku gembira, ramai yang berduka. Tak tau nak kata apa. Minggu ni lah minggu yang paling sedih yang aku pernah rasa selepas kejadian MH17. Memang sebak jugak rasanya. Pagi tadi janji dengan kawan-kawan pegi sekolah ambil sijil STPM terus jumpe cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Major yang datang yang dapat tawaran masuk U. Suasana memang happy. Tapi ada kawan pulak yang parents tak bagi pergi. :'( 
Serius sedih giler. Dalam kalangan kawan-kawan dia lah yang paling bersemangat nak belajar. Rajin, tekun. But her parents don't want she go for further study. Sayangnya. Cikgu, kawan-kawan pun terdiam, terkedu dengan jawapan parents dia. Nak je cakap "dimana ada kemahuan disitu ada jalam". Tapi aku masih belum ada keberanian nak bercakap dengan orang yang lebih berusia daripada aku.


Bila fikirkan kawan-kawan yang tak dapat tawaran mana-mana lagi bertambah sedih hati ni. Totally speechless. Kawan yang kita sangka kuat, sebenarnya dia pun manusia biasa, tak mampu menanggung semua beban
Memang rasa sedih sangat bila dia tak ada semangat macam dulu. Dalam ingatan aku dia lah paling ceria, bising walaupun aku rapat dengan dia masa tingkatan 6 je. Tapi memang best kawan dengan dia walaupun bising. Haha.


Kat sekolah daripada 41 pelajar yang ambil STPM 2013, 22 orang dapat tawaran masuk U. Keputusan yang agak membanggakan sekolah bagi yang dapat. Tapi bagaimana yang tak dapat. :'(

Monday, August 18, 2014

Sains Komputer ? Hurmmmm..


Assalamualaikummm ~ 
haha. Sains komputer ? Hurmmm.. Aku tak tau langsung bende ni so aku buat research la sikit dan memang sikit pun dapat. Hahaha. Tapi okay lah tau sikit daripada tak tau langsung kannn.. hahaha. Aku dapat kos Sains Komputer (teknologi grafik & multimedia), memang terkial-kial aku, haha, apa benda alah ni ? So aku jumpe blog ni . Keyakinan tu naik lah sikit. Haha. Tapi ada math ! Memang ada math pun. Hahaha. Aku memang minat math, sampaikan aku rasa diri ku aneh. Hahaha. Yelah aku minat seni & math, sains aku tak berapa nak minat, sains pun yang aku boleh biologi, memang tak ada kaitan langsung 3 subjek yang aku minat, hahahaha. Aku boleh la minat komputer ni, tapi sejak akhir-akhir ni aku lebih cenderung kepada seni tapi akan ku tingkatkan semula minat ku kepada komputer ! Hahahaha. Hobi aku memang ketawa, jangan hairan aku asyik ketawa, haha. Tapi bila baca blog tu teringat kenangan lalu tentang add math. Haha.

Friday, August 15, 2014

Tawaran Sambung Belajar di UMP ? Kat Pahang okayyyyyy


Assalamualaikummm ~
Dah lama tak update blog ni, disebabkan line tak berapa nak lancar jadi kemalasan tu makin menjadi-jadi. Hahaha. Malas yang dipersalahkan ye. Okay nak habaq sat, haha, tiba-tiba pulak cakap utara. Hahaha. Okay aku dapat tawaran kat Universiti Malaysia Pahang (UMP). 
Aku macam terkejut frozen gitu masa dapat mesej UPU. Apakah ? Hahaha. Biar betul ? Kalau guna mesej dorg cuma tunjukkan kod, so aku cek lah kat encik google pastu keluar 'kejuruteraan' huh ? What ???
 Korek punye korek kat encik google dapat lah tau dapat tawaran IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (TEKNOLOGI GRAFIK & MULTIMEDIA).
 Erk . Aku ada mohon eh ? Hahaha.