Assalamualaikum ~
ok kali ni aku nak berkongsi cerita mengenai sahabat. "Susah nak jumpa sahabat yang sejati". Tengok kat cermin, tanya pada diri, korang layak ke jadi seorang "SAHABAT" kepada orang lain ? Layakkah ? Kalau diri tu memang tak layak macam mana kau nak dapatkan SAHABAT SEJATI ? Aku memang tak suka orang suka berkata zaman ini sukar untuk bertemu sahabat,kau layak mendapat sahabat sejati sekiranya kau bersifat seperti seoranng sahabat sejati. Apa yang kita buat kat orang lain, itu lah juga kita dapat semula, sama ada dapat sekarang atau kemudian. Tak salah kan kita berbuat baik kepada orang lain ? Walaupun orang tu buat jahat kat kita, tapi kita kena balas dengan baik sebab itu lah ajaran Islam.