Assalamualaikum ~
ok kali ni aku nak berkongsi cerita mengenai sahabat. "Susah nak jumpa sahabat yang sejati". Tengok kat cermin, tanya pada diri, korang layak ke jadi seorang "SAHABAT" kepada orang lain ? Layakkah ? Kalau diri tu memang tak layak macam mana kau nak dapatkan SAHABAT SEJATI ? Aku memang tak suka orang suka berkata zaman ini sukar untuk bertemu sahabat,kau layak mendapat sahabat sejati sekiranya kau bersifat seperti seoranng sahabat sejati. Apa yang kita buat kat orang lain, itu lah juga kita dapat semula, sama ada dapat sekarang atau kemudian. Tak salah kan kita berbuat baik kepada orang lain ? Walaupun orang tu buat jahat kat kita, tapi kita kena balas dengan baik sebab itu lah ajaran Islam.
Dalam dunia, muka bumi ni ada pelbagai spesis manusia. hahaha. Aku nak kongsikan apa yang telah aku baca. hohoho. Antara spesis manusia yang kita patut jauhi adalah ...... (isinya sama apa yang ditulis dalam majalah, tapi keterangannya aku gubah sikit, hahahaha)
Membuka aib
Korang pernah dengar tak orang lain mengumpat atau bercerita tentang aib kau daripada mulut kawan korang ? Dari mulut kawan yang kau tak rapat mahupun kawan kau yang rapat, memang sah, tinggalkan saja orang macam ni. Kalau korang masih nak berkawan atau pun tak boleh tinggalkan kawan macam ni, korang kena pandai simpan rahsia. Jangan sekali-kali kongsi cerita korang kat orang spesis ni. haha. Nanti kau yang merana. Jangan kongsi cerita kau sama ada pasal pelajaran, sikap dan kisah cinta kau ! Tak memasal dia jaja kisah cinta kau ! Sakit jiwa weyhhh ! Kalau kau cerita pasal keputusan kau yang tak berapa berjaya tu kat dia, pasti dia katakan kau lagi bodoh dari dia, kalau keputusan kau agak cemerlang dia cerita pulak pasal sikap atau perangai buruk kau. So bila berjumpa kawan spesis ni, nasihat aku diam saja, dengar saja cerita dia, jangan mulakan cerita lebih-lebih pasal diri kau, keluarga kau atau kekasih kau kat dia. Kau pasti akan menyesal kemudian.Mementingkan diri sendiri
Haha, spesis ni lagi lah. Masa dia susah lah baru nak cari kita, masa gembira dia tinggalkan kita. Spesis ni memang dari awal patut tak payah layan. Masa kita perlukan bantuan dia, entah pi mana pulak. Memang geram, tak payah jadikan sahabat orang macam ni, jadikan dia sebagai kawan biasa. Jangan mengharap dengan kawan spesis macam ni. Buang masa. hahaha.Si busuk hati
Wowww.., busuk betul orang spesis macam ni. hahahaha. Nak kenal orang spesis ni orang yang biasanya menafikan setiap kata-kata kau, sama ada mengenai pelajaran atau apa sahaja. Aku pernah jumpa. Kita ni macam orang bawahan dia, tak boleh lebih dari dia. Tak kisah lah pasal pelajaran, pangkat, ilmu, kecantikan atau apa-apa saja, pasti dia nak lebih baik dari kita. Kita tak kesah, tapi dia sangat ambil kesah. Orang spesis ni jugak biasanya akan menjadi batu api kat siapa-siapa lah. Dan biasanya orang spesis macam ni adalah orang yang bermulut manis, pandai bercakap dengan sesiapa sahaja. Dan orang spesis ni pasti suka memandang rendah kat orang lain, dan juga memandang rendah kat kau. haha. Aku dah rasa. Macam nak bagi pelempang jer kat muka dia, tapi sabar. hahaha. Aku tak suka ingat pasal benda ni, sakit jiwa kuuu ~ hahaha.p/s : Kalau dapat bau lah busuk hati dia tu, aku memang sembur dia dengan pewangi, harum sikit hati dia tu, tak lah busuk sangat hati dia kan ? hahahahahaah
Hipokrit
Orang spesis ni susah sikit nak nampak. haha. Depan kita ni punya lah baik, ambil berat, dengar cerita kita, tapi bila di belakang kita. HUH ! Satu kebaikan kita haram dia nak cerita. Semua bahan cerita dia semua tentang keburukan kita. Dia kutuk, hina, caci, maki semua di belakang kita. Kalau kau dapat tahu kau ada kawan macam ni, tak ada jalan keluar, sabar dan tinggalkan dia. Cerita buruk pasti akan reda, tapi ambil masa nak hilang. haha.Ali bin Abi Thalib r.a. pernah berkata, "Sejahat-jahat sahabat ialah yang menyuruh engkau engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan."
Sekiranya kita mahu mendapatkan sahabat sejati, jadilah seorang sahabat sejati. Jangan lah bermuka-muka dihadapan sahabat, sebab kau pun tak nak ada sahabat yang bermuka-muka dengan kau kan ? Oh ya, ada lagi satu jenis manusia yang patut kita elakkan. Orang yang mahukan yang baik-baik pada dirinya, yang buruk pada rakannya. haha. Aku kenal sangat orang spesis ni. haha. Dia nak semua yang baik-baik, yang buruk semua kita yang kena. Memang lah setiap orang mahukan yang terbaik, tapi kita kalau mahu berkawan kena ada istilah "bersama". Kita sama-sama hadapi perkara yang baik, dan kita juga sama-sama hadapi perkara yang buruk. Tapi dia hanya bersama yang baik-baik saja, bila tiba masa yang buruk dia dah hilang entah kemana. Bergurau dalam persahabatan masih ada batasnya, jangan salahkan sahabat, salah diri sendiri, kenapa kau buat benda tu ? Apa tujuannya ? Bergurau ? Tapi kenapa sampai jadi pergaduhan ? Salah siapa ? Dalam islam pun ada kata bergurau biar ada batasnya. Aku memang tak tahan dengan kawan aku ni, tapi tetap sabar. Walaupun benda yang baik-baik dia ambil, yang buruk dia buang kat orang lain, jiwa tetap sabar walaupun aku rasa macam nak bagi kaki tapi tetap sabar. haha. Bila masa dia "hilang" dalam benda buruk berlaku, banyak betul alasan yang diberikan. Aku tak perlukan alasan. Kau tau tak, dalam persahabatan tak perlukan alasan. Kenapa kita bersahabat ? Apa alasannya ? Kalau ada kita bukan sahabat. Kata-katanya dah banyak melukakan hati aku, sikapnya, perangainya, tapi aku tetap sabar, entah la kenapa. Aku seboleh-bolehnya tak nak menzalimi orang lain, tapi aku juga yang dizalimi. Bila aku bersuara untuk melepaskan kezaliman tu, aku juga yang akan dipersalahkan. Dah berapa kali terjadi, aku tetap berada di zon "pemangsa" sedangkan aku adalah "mangsa". Aku cuma bersuara. Aku hanya menjadi sahabat kepada orang tertentu sahaja, aku tak nak memegang tanggungjawab sebagai sahabat terlalu ramai, sebab aku tahu akibatnya sekiranya aku gagal menjadi seorang sahabat. Biarlah menjadi kawan sahaja. Bagi aku kawan adalah semua orang yang aku pernah kenal, tapi sahabat hanya lah orang yang istimewa di hati ini. Aku tak sewenang-wenangnya memberi istilah "sahabat" kepada kawan, kerana mereka istimewa. Yang sentiasa bersama walaupun jauh sewaktu suka dan duka, memberikan keyakinan dan semangat ketika aku kecewa, memberikan aku inspirasi, membuatkan aku tertawa ketika aku duka. haha. Bukan semua orang dapat lihat aku berduka, berkongsi kisah cinta, hanya orang tertentu yang mengetahuinya. haha. Aku tak suka orang cakap aku cair tengok lelaki. Sorry to say lah ! Aku memang tak suka. Aku akui jika lelaki tu memang handsome dan aku pasti katakan dia handsome tapi aku tak mudah cair. Jatuh cinta ? Huh ! Lagi susah. Aku ada maruah yang aku pegang, jangan sekali-kali katakan aku mudah cair kepada lelaki.
-the End-
No comments:
Post a Comment