Pages

Wednesday, June 4, 2014

Temuduga Sarjana Muda Sains Senibina UTM


Assalamulaikum ~
hari tu cerita pasal dapat tawaran, kali ni cerita pasal temuduganya pulak. Hohoho. Okay cerita sikit pengalaman temuduga kat UTM pada 28 Mei yg lalu.. ceeeeewaceeeeewahh... ayatttt.... haha
Temuduga kali ni kitorang bertolal pagi, kira pukul 5:30-6 camtu lah bertolak dari rumah. Terpaksa lah bangun awal pagi, huhuhu. Bawak sekali anak-anak buah aku, masing-masing tido dan busuk...hahahahahaha.. dala kereta tu sempat lagi anak buah aku seorang ni mengigau....hahahaha..menangis teresak-esak..hahahaha.. aku dengan akak aku ketawa tengok, tersedu-sedu..

 temuduga kali ni aku memang tak ada perasaan langsung aku pun tak tahu kenapa.  Masa dah sampai kat UTM tu sempat lagi kitorang pegi sarapan kat cafeteria. hahahaha.
 Dah sarapan tu kira pukul 8:20 lah, bila nak turun tu sijil aku pulak bertaburan ~ arghhhhhh... geramnya akuuuuuuu ~ sabo je lah... banyak pulak yang bertaburan tu, terpaksa lah aku selitkan dulu, dh start risau bila nak kemas...huhuhuhu.

bila masuk fakulti alam bina tu kan rasa macam amazing, ceeeeehhhh.... hahaha. Terasa temuduga kali ni berbeza daripada temuduga kat USM hari tu, ni rasa sunyi jer, dah daftar naik tingkat atas, ada aptitude test, wow... hahahaha.. dah masuk tu terasa ramai jugak lah around 30-40 orang camtu lah. Yang kat us dulu tu dalam satu hari da pelbagai course interview.. jealous jugak tengok da budak datang dengan kawan, huhuhu. 

Okay nak cerita sikit pasal aptitude test. Serius macam exam, lecturer tu mintak kitorang prepare alatan menulis kat meja, handphone dan bag kena letak belakang atau depan. Duduk pun sorang2.huhu.. 
Yang bahagian objektif aku tak boleh nak terangkan apa, 
sebab yang bahagian tu lebih kepada tahap imaginasi dan kreativiti seseorang tu, siapa yang kreatif pasti dapat jawab. 
Yang seterusnya yang buat aku ketawa. Hahahahaha. Di minta nama 2 orang arkitek dalam atau luar negara dan ciri2 seni binanya. Aku tulis Hijjas Kasturi dan Cétar Pelli. Wahahahahahahaha.
 Salah tulis, serius aku lupa namaya. Sebenarnya Casté Pelli. Sabo je lah. Hahahaha. 
Ciri-ciri ? entah, aku hentam, serius aku tak tau. hahaha. Habis markah aku, huhuhu. 
Dan kemudian di mintak lukis logo, bertemakan kelab seni kanak-kanak dan cerita yang menyedihkan aku tak bawak pensil warna. hampeh. sedih. geram. sakit hati. haishhhhh. 
Entah macam mana aku boleh lupa, huhu. Nasib baik aku ada bawak highlight pen, dua warna ja pun, pink dan kuning, biasanya aku bawak pen warna dan highlight pen warna-warni, tapi kali ni bawak dua jerrrrr.. memang geram habis-habisan. huhuhu. 

Kemudian part yg aku tak boleh blah. hahaha. Soalan tu mintak kita buat objek daripada garisan yg disediakan. 
OMG ! hahaha. Serius aku buntu. aku skip, tapi nak tak nak kena fikir jugak, 
aku terfikir bunga ros, macam merepek jer, so aku hentam jer sebab dah tak ada banyak masa dah. haha. 
Jangan tanya macam mana aku boleh buat bunga ros, aku sendiri pun tak tau, hahahahaha. 
Lepas tu ada soalan macam esei, ahahaha. aku pun hairan. 
Ada dua soalan, da 6 marka seriap satu soalan. haha. 
STPM lagi ker ? Macam nak tepuk dahi jugak lah. Berkaitan dengan seni bina di putrajaya. 
Serius buntu aku. hahaha. So apa lagi belasah lah. haha. maaf maaf.
Dah habis aptitude test, temuduga individu pulak. Aaaaaaaaaaaa. Part ni lah yg tak seram siak. Haha... 

Then kami dibahagikan ikut panel, ada 5 panel so cepat sikit habis.
 Ada senarai nama tak macam kat USM hari tu. Hurmm. Aku tengok nama panel aku perempuan, tapi bila aku masuk lelaki pulak,
 hadoi. Kecewa aku.hahahahahaha.
 Tapi nasib baik lah baik. Hahaha. Looks like a dad, middle age man, hehe.
 Senyum jer, jadi aku pun tersenyum-senyum, hahha. 
Dia speaking, huhu, aku boleh taip, paham english, tapi keyakinan nak speaking in formal form masih belum ada, huhuhu. Jadi aku banyak senyum jer, huhu.
 Alhamdulillah aku ada drawings aku yg impressed dia. Time tu pulak ada orang lain entah siapa datang jenguk masa aku tunjukkan drawings aku.
 Mungkin percakapan aku tak fasih, tapi aku memang minat drawing. Huhu. Dan dua orang lecturer tu macam berminat dengan drawings aku. Alhamdulillah boleh aku tenang sikit. Haha. 

Jadi untuk sesiapa yang ada temuduga berkaitan dengan seni bina korang bawak lah drawings korang yang awesome atau berlatih buat drawing bangunan dan jangan lupa banyak berlatih speaking.  
Nanti macam aku tersenyum-senyum sebab tak tau nak cakap apa. Huhuhuhu. 
Byeeeeeeeee ~
Gua sedeyyyy ~T^T

No comments:

Post a Comment