Assalamualaikum ~
Alhamdulillah lepas beberapa puluh minit lepas temuduga USM hari tu dapat sms yang aku dapat tawaran temuduga UTM ! haha. Excited + tired. haha. Masa dapat tu "wah aku dapat tawaran temuduga lagi", tapi dalam masa yang masa rasa penat. hahahaha. Bila tengok sms tu semula course TH00 ? Apa benda ni ? haha. Confused. haha. Masa dapat sms tu aku kat KLCC, jalan-jalan jap ? haha. Dengan pakai baju kurungnya. haha. Bagainya gadis melayu terakhir ~ cehh, bagai je lah, tak lebih daripada tu, haha. Tengah sesak-sesak dengan fail lukisan dan sijil aku, nak jugak tengok ape benda lah TH00 ni ? haha. Memang terabur serabut aku time tu yelah kat KLCC tu kan ramai orang, but still nak tengok ape benda TH00 kat handphone aku, haha. Bila check course seni bina, a.k.a architecture. Eh ? Aku ada mohon eh ? haha.
Dah balik dari KL aku check lah semua universiti yang aku mohon. Aku mengada-ngada check UKM, konon je lah, padahal aku tak mohon yang ada temuduga pun kat UKM tu, just mengada-ngada nak check, lepas tu keluar ayat yang menyatakan aku tak mohon yang ada temuduga, haha, saje jer, nak main-main, hehe. Then aku pi check UPSI, pun kes mengada-ngada, haha, tak mohon yang temuduga pun, lagipun aku mohon bukan course pendidikan, saje jer menggedik, lepas tu aku tekan tak keluar-keluar (?). Dalam hati aku, "apesal tak muncul-muncul ni ???", dah lama sikit aku tekan baru aku baca keputusan tawaran temuduga UPSI belum keluar, hahahahahahaha. Aku ketawa jap.
Dah beberapa hari barulah keluar keputusan tawaran UPSI, ramai jugak kawan-kawan yang dapat medsi, alhamdulillah aku tak dapat, haha, sebab memang tak minat, hehe.
UM pun tak dapat, tapi tak kesah pun, sebab aku mohon course yang aku tak berapa nak pasti, oh well, UM mesti lah pandang yang 3.6 keatas eh ? aku ni mana diorang nak pandang, hehehe. Tak, saje jer, aku mohon course pengajian Bahasa Melayu dan linguistik Melayu, entah apa-apa, takut jugak aku kalau betul-betul dapat, hahaha.
Okay ni satu universiti yang aku memang mengharap aku dapat, and I don't ! haha. Firstly aku memang frust. haha. Iaitu UiTM, course seni halus. Aku memang dah berangan aku dapat course ni, haha, bayangkan pilihan pertama dan kedua UPU aku kedua-dua seni halus di UiTM, memang frust. Tapi aku dapat UTM. Dan aku masih belajar redha, mungkin ada hikmah disebalik semua ni. haha. Tapi ni lah first time aku frust camni, haha, cause I already fall in love in arts ! Serius aku sedih. D': .Dah la aku salah bidang kat USM tu, haha, memang padan muka aku seberono mohon. Jadi kat sesiapa yang dapat tawaran temuduga UiTM tu, buat lah betul-betul, ramai lagi nak nak, contohnya aku (haha), kalau korang tak nak meh bagi aku, hahaha, macam lah boleh dibagi-bagi ye ? haha.
Aku macam rasa kelakar jugak lah aku dapat UTM tu, totally unexpected. Serius aku katakan aku saja-saja isi program pengajian UM, UKM, UPM dan UTM. Daripada kosong baik aku isi apa-apa je lah, aku pun buntu nak pilih course apa, nak hentam pun jangan lah pilih yang merepek, guna jugak otak, haha. Yang kelakarnya UTM tu pilihan pertama. Aku macam nak tergelak jugak, bagai aku memang serius nak ambil course seni bina. Aku pun ada mohon UiTM seni bina landskap tapi tak ada temuduga. Serius aku katakan aku main isi je. haha. Tergamam juga ni, apa aku nak buat ? Aku citer kat buddy aku sorang ni, dia dapat tawaran temuduga UiTM, nice ! buat betul-betul ! hehe. Aku citer lah situasi aku, sedih konon, tapi memang sedih lorhh, haha. Sedih macam tak berapa nak ngam dengan aku, aku rasa lah, berapa saat je aku rasa sedih, lepas tu dok gelak-gelak semula. hahahaha .
Dia tanya aku, aku minat tak course seni bina ni ? Errrr... Aku pernah bercita-cita masa darjah 6 aku nak jadi arkitek, masa tu aku ada tertengok (tak sengaja terpasang, haha) kat tv, ada seorang arkitek ni dia tunjukkan rumah agam yang dia design, totally awesome. Masa tu lah aku tahu kewujudan arkitek ni, haha. Tapi lepas tu aku tak fikir apa-apa pun nak jadi arkitek, sebab masuk sekolah menengah masuk aliran arab, then masuk science stream, then form 6 masuk sains kemanusiaan and fall in love in arts, haha. Aku memang berangan nak masuk jewelry arts. Aku memang suka aksesori, pengumpul gelang, haha, mata aku blink blink kalau ternampak iklan Pandora kat mana-mana, haha. Tapi dapat course yang memang pasti takkan ke impian aku. Hurmmmmmmmmmm. So aku fikir mungkin kata-kata akak aku menjadi kenyataan. haha. Masa aku dapat tawaran temuduga USM aku dengan perasaan gumbiranya pegi whatsapp kat akak aku, haha, guess what she reply ? haha, she didn't support at all, haihhhhhh. Dia cakap seni ni bagus aku jadikan sampingan. Ok fine, bakal terjadi nampak ? haha. Aku sedapkan lah hati yang temuduga ni belum pasti lagi, baru temuduga, belum lagi kemasukan, lagipun masa keputusan tawaran temuduga USM keluar UPU belum keluar lagi, so aku cakap result UPU belum keluar lagi, so take it easy, tak semestinya aku pergi temuduga tu aku dapat kan ? :') .
Memang sedih jugak, aku memang minat seni, tapi bukan seni bina. Jadi tengok lah jadi macam mana nanti, minat boleh dipupuk ! haha. Cara nak pujuk diri-sendiri. Aku masih boleh melukis apa-apa kan ? haha.
Aku tanya lah kawan-kawan, mana tau ada kawan yang dapat course sama di universiti sama kan ~ but none. -_- . Ok fine, alone again. haha. Serius jealous dengan kawan-kawan yang dapat tawaran temuduga universiti sama walaupun course lain-lain. huhuuuu ~
Aku ada buat research sikit pasal seni bina ni, macam nak tersedak jugak. Dah la aku memang tak ada basic dan memang tak tahu apa langsung tentang seni bina. Agak terkejut baca kat blog-blog tentang aptitude test, nak menelaah tentang seni bina yang terkenal dan arkitek terkenal ? Tapi siapa ? Apa ?? haha. Yang aku tau nouvou art, tapi ada kaitan ke ? haha. Temuduga nanti kat UTM Skudai, 28hb Mei. Please wish me luck ! heheeee ~ Walaupun aku tak sure tapi tak kan nak main-main kan ? Aku akan buat sehabis terbaik (apa ayat aku ni, padan lah tak dapat tawaran temuduga bahasa Melayu, haha) semampu yang aku lakukan. Aku akan lakukan yang terbaik. haha. Mengenali dunia baru yang aku tahu namanya tapi tak pernah jejak. haha. Perasaan aku tentang temuduga kali ni agak menakutkan, sebab tak tahu langsung pasal sebi bina/architecture, harap kemahiran dan pengetahuan seni aku dapat membantu, haha.
Tapi aku ada terbaca, tapi tak berapa nak ingat, it's sound like selfish if we fight to make our dreams come true. Bila fikir logik betul juga kan. haha. Tapi asalkan apa yang kita lakukan berada dilandasan yang betul, teruskan lah.
thanks for reading this stupid stuff dear ~ haha
-the End-
sis punya interview UTM for degree ke diploma? Kalau diploma, boleh share experience and soalan spot? Thanks
ReplyDeletedegree, but I believe soalan lebih kurang sama. haha.
DeleteBiasanya (hasil bacaan blog lain beserta pengalaman sendiri) dia akan tanya arkitek yang terkenal terutama dalam Malaysia. Masa sis dulu dia tanya pasal seni bina di Putrajaya. Be prepared, baca & hafal nama-nama arkitek terkenal. Sementara masih ada masa cuba lukis lukisan berkait dengan seni bina, design rumah, atau bangunan etc. nanti boleh tunjuk masa interview (ada juga benda nak cerita, takde la kejap sangat, haha). Kira ada 3 test, aptitude test (ujian pengatahuan bertulis), melukis (dia akan tanya rumah idaman & dia akan bagi 1 corak then kena ubah kepada sesuatu objek) dan interview (individual). So goodluck ! :)
sis , nak tanyaaa . sesi ujian bertulis ni macam esei eh ? nak kena cerita pasal architecture eh ? kalau time sesi melukis tu just lukis je kan ? tak payah nak warna kan ? hehehehe thank you
ReplyDelete