Pages

Friday, September 26, 2014

Hidup ini penuh dugaan- 1st stage :')

Assalamualaikum ~

dah sekian lama tak update, haha. Dah 3 minggu aku kat UMP ni, haha, baru nak update. haha. Aku tak sangka apa yang aku tak nak belajar aku kena belajar. haha. Sejujurnya bila aku buat blog ni aku kena menelaah tentang cara nak hias blog ni, kena hadap coding (padahal copy paste je, haha). Nak baca tutorial semua arghhhhhhh ~ stress aku, dah copy coding tu nak paste kat mana pulak ? dah terpingga-pingga baca tutorials. hahaha. Lepas tu kat ump ni aku kena belajar programming ! oh yeahhhhhh ! sukanyaaaaa ~ rasa nak nangis ~ huhuuuu
aku dah agak aku kena belajar coding/programming semua sebab kos aku tu tertulis 'sains komputer'. Ohhhhhh kayyyyyyyyyyyy ~ suke gilerrrrr ~ :P first time masuk kelas programming okay lah belajar flowcharts, boleh lah paham lecturer ajar, tapi bila nak apply tu...., terkapai-kapai jugak lah, haha. Bila masuk bab baru iaitu bahagian programming/coding semua aku memang blur/tergamam/tercangang ~ haha. Sumpah first time belajar tu memang tak tau hapa sampai rasa nak nangis sebab terasa diri ini bodoh. hahahahaha. Alhamdulillah lecturer aku semua baik-baik & mesra alam, hihi. Bila lecturer terpandang aku, aku balas dengan senyuman, lecturer pun tersenyum tengok semua student dia blur. haha. Math lagi lah, aduhai. Ye aku terer math masa SPM dulu, dulu lah, tu citer 2/3 tahun lalu, macam mana nak ingat semulaaaa ~ grrrrrrrr ~ aku patutnya bawak nota math masa SPM dulu. hahaha. Memang lah ambil degree ni macam start dengan kosong, memang kosong. Rasa nak nyanyi lagu kosong. hahaha. Alhamdulillah roommates, kawan-kawan & classmates okay, baik-baik semua ~ Hari rabu hari tu (24/9/2014) fakulti science computer buat modul untuk pelajar tahun 1, so ada part cerita pasal kerjaya dan minat lah apa lah. Majoriti dapat kos yang terpesong dengan kerjaya yang diorang nak termasuk aku lah. hahaha. Bila start citer pasal minat mula lah aku emo sikit, sebab aku nak seni, tapi siapa suruh aku apply kos komputer kan, padan muka diri-sendiri. Bila ada alumni science computer tanya pasal cita-cita, semua down, haha, ada budak cina volunteer bagitau cita-cita dia nak jadi doktor haiwan tapi dapat course science computer, sangat-sangat terpesong. Takpe-takpe aku paham, bukan kau seorang je, ramai lagi, entah-entah yang memang apply atau memang nak science computer ni boleh dikira dengan tangan. :P Aku frust juga lah dapat kos ni, kena menelaah subjek-subjek yang tak pernah tau, yang tak teringin nak tau. Terjumpa student direct-entry(diploma), tanya pointer aku berapa, aku citer lah so dia cakap aku pandai (?), katanya pointer dia tak sampai 3 pun. Tapi sekurang-kurangnya ada basic computer. Aku ni dapat pointer 3 tapi krik krik pun entah lah apa lagipun aku ambil subjek yang tak lah tough sangat pun, so tak ada benda nak di banggakan. Ada kawan aku masa form 6 masuk UMP for 2nd intake ! hurray ! alhamdulillah, memang syukur sangat dia masuk sini. hihi. Ada kawannn ~ diorang masuk 18hb Sept hari tu. Masuk-masuk je esoknye mula kelas. Wow. 2nd intake lagi hebat. Kesian juga diorang masuk je kena buat macam-macam. Ni pun kawan tu ada hal emergency, petang tadi balik Pagoh, rumahnye BURN ! Sabar ye wahai kawan ku, Allah sayang family kau tu yang Allah bagi ujian ni. :') ramai yang mendoakan korang sekeluarga. Alhamdulillah family dia tak apa-apa. Baru seminggu masuk dah macam-macam dugaan. Sabar. Tu je lah yang mampu aku katakan. Tak dapat ku bayangkan kalau terjadi kat keluarga sendiri. Allahuakbar, subahanaallah, lindungilah mereka, berikanlah mereka kekuatan untuk teruskan hari-hari esok dan seterusnya. Aku cuma mampu kirimkan doa untuk mu kawan. :'(
-jangan pernah berhenti berdoa kepadaNya-
:')

No comments:

Post a Comment