Pages

Friday, September 26, 2014

Jangan dan jangan

Assalamualaikum ~
Jangan ! haha. Dah kenapa tiba-tiba jangan ni ? hahaha. Okay aku ada pesanan khas untuk sesiapa sahaja. Kejap ! ni bukan nasihat, hanya pesanan terpulang pada anda sekalian nak ikut atau tak. Aku ada pengalaman dengan pelbagai orang walaupun baru 20 tahun, aku bakal berjumpa yang ramai orang yang aneh & luar biasa. haha. Okay, camni kesahnya...
"jangan pernah fikir kita boleh ubah orang lain"
 ni ayat aku, tak tau lah ada orang yang pakai, tapi ni pendapat aku lah. Aku pernah baca di majalah entah tahun bila, haha. Kenapa gadis selalu jadi mangsa playboy (majalah Remaja, tapi aku baca ni masa zaman aku sekolah menengah, sekarang tak yeeee ~ haha). Agak-agak kenapa ? sebab si gadis ni fikir diorang boleh ubah si playboy tu tapi akhirnya jadi mangsa. Macam bodoh je, haha, maaf maaf guna bahasa kasar. haha. Tapi anda tak keseorangan, memang ramai orang bodoh bila tiba soal hati (me also, weheheheee). Tapi korang tak terfikir ke apa yang kita buat kat orang lain akan berbalas kepada kita semula, terpantul gitu lah. haha. Bila kita buat baik kat seseorang tu tapi dia tak balas pun kebaikan kita (kalau macam ni jangan dekat dengan orang tu) tapi pasti ada yang lain yang berbuat baik pada kita, jadi dekatilah mereka. Betul ke istilah tu ? hahaha. 
Bila cerita tentang ubah-ubah orang ni (macam sesumpah je, haha) cuba anda sekalian fikir macam mana kalau ada lah seseorang tu baru muncul dalam hidup anda dan nak ubah cara hidup anda. What the ??? kan... "kau entah datang dari pelusuk mana tiba-tiba nak ubah hidup orang lain, apakah????" So pesanan aku tak payah nak buang masa hidup anda sekalian paksa rakan-rakan anda berubah terutama rakan-rakan anda yang berotak negatif. haha. Betul lah broooo ~ tak caye ? dah tak payah baca. haha. Kalau benar anda sayang dengan rakan anda tu, nak dia berubah ajak dia berubah bersama-sama :) tak pun doakan saja mereka. Macam berdakwah, bila kita tak mampu atau tak boleh nak ubah mereka dengan anggota badan (tahan mereka daripada buat benda merepek, haha) gunakan mulut/lidah (nasihat/pesanan/dll) kalau tak mampu atau tak berkesan jugak guna hati. Oh hati ? bagaimana ? cintakah ? oh myyyyy ~ bukan lah, haha. Benci apa yang mereka lakukan (kalau diorang buat benda yang mungkar lah) atau doakan mereka.Insya'allah terbuka hati mereka untuk berubah. Tapi bila difikir semula kita takkan mampu mengubah fikiran orang lain, kita hanya mampu memberi inspirasi mereka untuk berubah, iaitu nasihat. Gunakan kelembutan insya'allah diterima. weheheeeee :) sebab yang bagi keputusan untuk berubah itu adalah daripada diri-sendiri. Kalau anda malas nak masuk kelas dan ada kawan yang sama-sama malas lepas tu tak masuk kelas kemudian nak salahkan kawan tu kenapa pula nak salahkan orang lain, hang yang buat keputusan kan, hang lah tanggung. 

" aku paham perasaan kau, aku tau kau blah blah blah ~"
orang bajet paham kita. puih. haha. Kita takkan pernah memahami perasaan orang lain melainkan kita sendiri alaminya sendiri. Bila ada orang luahkan perasaan duka kat kita tak perlu lah buat kesimpulan, dia tak nak dengar pun. haha. Kita jadi pendengar yang fokus kat dia pun dah cukup. Tak payah mengada-ngada nak buat kesimpulan. Ini semua poyo ! haha. 

dah sekian lah, lain kali sambung ~
tata ~
-the End- 

No comments:

Post a Comment