Pages

Monday, December 22, 2014

Archery Mini Tournament !!

Assalamualaikumm ~ 
nak citer sket hari sabtu lepas aku masuk mini tournament memanah ~ weeeeeeeeeeee ~ best gilerrrrrr ~ hahahaha, macam promote kelab pulak dah. haha. 
Aku sebenarnya dah lama daftar jadi ahli kelab memanah sekali dengan roommates aku semua, tapi tak tau macam mana nak berlatih, segan sebenarnya, maklumlah kitorang ni memang pemalu orangnya ~ hahaha. Lepas tu classmate aku ade citer yang dia pernah pergi latihan memanah, jadi apa lagi aku dengan roommate aku excited nak pegi (sebab dah ada kawan yang pernah pergi, hahaha).
 Entah bila kitorang start main, dah tak ingat, rasanya macam baru lagi main, hahaha.
Aku hampir tiap minggu berlatih, hahaha, kalau hujung minggu tu memang muka aku dengan roommates aku lah. hahaha. Bila aku citer dengan classmate aku tu, dia cakap dah 2 bulan. Serius ? aku tak sedar dah 2 bulan aku pegi padang kk2 berlatih. haha
roommate aku pun dah perasan aku macam dah addicted, hahaha, dan aku akui aku addicted dengan memanah ~ hahaha
bila ada kawan yang sama-sama minat dan boleh kongsi bersama minat tu memang best lah, haha.
ada roommates dan classmates yang minat memang lah best ya amat. hahaha. 
mulanya takut gak tengok abang senior, terutamanya abang Hafiz ~ hehehe :P
muka serius giler mase tegur kitorang yang baru belajar ni, takut weyh, tapi lama-lama ok lah.
yang pro-pro semua tak kedekut nak ajar kitorang kalau buat silap. 
Memanah ni nampak macam tak penatkan tengok, cuma berdiri tak payah nak lari-lari, terkejar-kejar, tapi memanah ni kalau teknik salah parah owwwww ~ 
aku dah rasa lengan aku besar giler lebam, warna purple macam galaxy ~ ahahahaha
ni semua aku punya pasal, sebab cara pegang bow salah, jangan nak salahlah memanah ~
tahan je nafsu aku nak main masa tu, hahaha, nak memanah tapi takut kena lagi, so rehat ~ rehat ~
okay nak sambung citer pasal mini tournament ~ Alhamdulillah dapat 3rd place ~ heheeeeee

aku dah gumukkk ! hahaha, maka lain bha di mention ~ hahahaha
team aku asalnya 3 orang, aku dengan 2 lelaki yang baju purple tuh, pastu tetiba tambah seorang iaitu NG ! penyelamat ~ hahahaha
aku tak pro pun main, biasa-biasa jer, hhuhu. First round (pagi sabtu) tu cuma nak tengok ranking, aku ranking 16th kalau tak silap, dah lupa, hahaha. Kamal yang tertinggi dalam group aku, NG tak silap aku ranking 12th, yang seorang lagi aku tak tau namanya (dah lupa ~ hahaha), dari kampus Pekan, atlet (kot) tapi ni first time dia memanah, tapi hebat gak kena kuning (aku tak kena-kena, dok kena yang merah & biru je). 
pagi tu asalnya jarak nak aim tu 18 meter, tapi ramai jugak lah yang first time main, banyak arrow yang terlepas ke belakang, so jadi 15 meter, tu pun ada jugak yang terlepas, haha.
biasa la, aku first time main pun rare nak kena, semua pegi greenland (rumput, haha).
Petang sabtu tu pulak perlawanan antara kumpulan. Kalah mati, waaaaaaa ~ nervous gilaaaaaaaaaaaa ~
hahahahaha. Tapi tak sangka jugak dapat tempat ke-3, terima kasih semuaaaaaa ~ :D
walaupun tak dapat tempat pertama, aku sangat gembira ~~ ^_^
kitorang ingatkan boleh buat team sendiri awalnya, pastu baru tau ajk yang tetapkan, huhuuuu ~
me and tika ~ :D
aku tak boleh blah betul hari sabtu tu, aku dengan tika romantik gila ~ hahaha xD
1 papan (papan ke ? aku tau nak bagi nama apa, haha) kongsi 2 group, kebetulan pulak tika group 4 pastu dia jugak yang first memanah sama macam aku tapi aku group 5, kira berjiran lah kitorang. hahahaha.
pastu rehat aku pegi la makan dengan tika, menu pun sama, hahahaha, jalan bersama, solat bersama, hahaha, yang lagi kelakar aku rasa bila kitorang aim, kitorang macam sama, haha, bila aku tersasar dari kuning, dia pun tersasar, bila kena dekat dia pun kena dekat, hahaha ~ 
how romantic ! jom masuk lagi mini tournament next year !! ^_^

archery <3

fuad kat depan posing maut ~ hahahaha xD

group 5 ^_^
 group aku lelaki yang belah kiri ni yang kelakar, haha, boleh tahan bising, serasi dengan fuad & faiz (ahli kelab memanah yang paling bising :P ) nasib baik naim tak datang ~ muahahahaha :P
patutnye aku panggil fuad abang, sebab lebih tua, tapi..................., tak nak ah, gaya tak macam abang, hahaha :P
tapi fuad ajar ahli kumpulan aku seorang ni, macam-macam gaya. Sebab dia lelaki aku tak boleh ajar apa yang aku tau. Aku pun banyak belajar dari abang Hafiz & abang legend.
 aku tak tau apa nama sebenar abang legend, tapi gaya macam semua orang gelar dia abang legend, hahaha. 

kami ! ;)
pandai abang cameraman curi2 ambik gambar ~ haha
insyaallah next year aku akan terus aktif dalam archery club, dah beli baju kelab pon, ;)
sukan sunnah, apa salahnya mencubakan.., seronok, lebam-lebam tu biasalah awal-awal kannn..
-the End-

#gambar tu aku edit nak terangkan,
terlalu gelap, hehe
#nak mintak ayah sponser bow & arrow,
nak main puas-puas
hehe

No comments:

Post a Comment