Pages

Monday, January 5, 2015

don't look down at us ! huh ! :P

Assalamualaikum ~
syukur alhamdulillah masih bernyawa selepas menjawab final exam Computer Architecture ~
bahahahahaa ~
tiga hari berturut aku jawab final exam untuk semester 1 ni, 
rasa macam sesak jugak lah, tapi legaaaaaaaaaaaaaaa~
TAPI ! aku masih ada satu kertas lagi, Programming Technique isnin depan ! 12hb ! 
serius aku tak sabar sebab nak balik rumahhhh ~ hahahahaha
ape yang aku nak cerita ni sebenarnya ?? hahaha
ok camni baru-baru ni aku ada tengok video kehidupan pelajar kolej/universiti yang ceburi bidang seni,
sumpah aku cemburu ~ T^T
seni ni sebenarnya teramat luas seperti bidang-bidang yang lain, 
tetapi mengapakah masyarakat amat memandang rendah bidang seni ? uiseh ayat macam karangan bahasa Melayu, hihi.

ohh well aku sebenarnya tak kesah orang lain suka atau tidak dengan seni,
but please show your respect toward us, we also huumans have our own passion.
Geram kalau difikir semula bila orang pandang kita yang minat seni ni, rasa nak bagi kaki.
Kat kawan-kawan yang baca ni kalau teringat pernah mengutuk mengata pasal seni tapi aku diam, 
maksudnya aku memang berapi kat dalam, tapi be cool dude, cause we are much cooler cause we never show our anger in such idiot ways, we express it in our arts ~ :P
Gile tak bengang... kau ingat senang ke bidang seni ni ? 
kau ingat bidang kau seorang je susah ? otakkk kau ~ haha
yang kecoh-kecoh bidang kau susah aku tengok buddies aku yang ambik medic dan account serta engineering rilek jer, cool habis. Takde citer kat aku susah giler bidang diorang sedangkan memang susah pon. Standard ahhh time exam pi goreng-goreng jawapan tu sebab menulis kan.
Seni pulak ada hasil. Walaupun aku sekarang ni masuk bidang sains komputer jiwa aku tetap setia dengan bidang seni. hahahahaha.
Bidang aku lagi merepek kalau nak fikir logik, pra-u belajar bahasa melayu, pengajian perniagaan, seni lepas tu tetiba masuk sains komputer. Memang dah tersurat la kot ~ haha T_T
Antara ayat menusuk yang aku pernah dengar, "alah kau ambik seni senang la","kau mohon bidang seni conform la dapat", "seni kos lelong eh?" eh wait, bukan kau punye ke yang kos lelong, pelik giler nama kos kau. :P
Kalau yang bidang seni ni kalau tak dapat kerja kat mana-mana company boleh buat business sendiri kot.
Kreatifkan, macam-macam benda boleh buat kot, cuma masalahnya rajin atau malas.
Aku memang respect kat sesiapa yang ambil bidang yang mencabar, oh well bidang apa yang tak mencabar ? 
mentang-mentanga aku senyap, okay kawan-kawan tolong jaga ayat-ayat mu agar sarcasm aku masih tersimpan elok dalam-dalam, jangan korek pulak nanti you pulak sakit jantung, hahahahaha
kau fikir kalau tak ada seni ni siapa nak jadi pereka, okay moden sikir designer. Siapa nak design baju you yang gorgeous-gorgeous ? 
siapa yang nak design rumah banglo you yang awesome ? (architecture tu SENI bina yerrr)
siapa yang nak berlakon filem yang you minat gilerrrr ?
siapa nak nyanyi yang lagu hot meletop yang you nak dengar hari-hari ?
siapa yang nak design iklan kat tv dan papan iklan yang gempak ?
siapa nak ambil gambar you kawen yang sweet gorgeous gitu ? (kalau gamabr sendiri memang semua gambar kau blurrr ~ hhhaha
siapa nak buat kain batik,songket, kebaya etc yang kau bangga-bangga sangat bila dengan foreigner tapi tak pernah nak support beli yang tak ori... 
emosi pulak aku...
hahahahaha.
tapi aku memang geram orang yang tak nak luaskan otak tu, biar tertetup jerrrr ~
pandang rendah dah la, ni nak kutuk-kutuk pulakkkk ~
orang pandang seni ni tak ada bidang teori ke ape ? pra-U pun ada teori seni tau, ingat lagi Salvador Dali, Leonardo Da Vinci (of course la orang tau kan), Vincent Van Gogh, Pablo Picaso, Andy Warhol ~ ni yang zaman dahulu kala yang hebat-hebat. Karya yang mencecah puluhan & ratusan tahun masih tahan warnanya. Bayangkan kualiti yang zaman dahulu guna ? 
awesome (bagi aku je la yang awesome, yang tak minat seni macam "ada aku kesah ?", aku pun tak kesah kalau kau kesah tak kesah, aku peduli apa). 
Kualiti tu yang menjadikan harganya sampai mencecah billion ringgit.
Dengan skill, teknik, mesej, yang buat karya jadi mahal. 
Setiap artist ada teknik dan skill tersendiri sebagai trademark diorang.
Trademark mereka sendiri tu pun boleh cecah juta ringgit. 
Bila Malaysia nak hasilkan karya-karya agung ? OTW. hehe.
My buddy sekarang ni study fine arts, good luck beb, aku akan sentiasa sokong kau. hehe.
Seorang lagi dude sambung degree seni teater, awesome lah beb, aku pun sentiasa sokong kau !
aku nak tengok kau berlakon kat istana budaya nanti ! tiket free kayyyyy !! hahaha
yang tengah sambung fine arts tu memang study seni masa pra-U so memang dah lali (la kot, haha) dengan pandangan orang lain dengan seni.
Tapi yang dude aku seorang ni yang ambik teter ni first time ambik seni teater,
aku tengok moments dia kat wechat macam stress. Sabar ye dude, orang otak sempit memang camtu,
kau kan memang minat, so all the best dude !
Kat Malaysia ni makin ramai artist yang makin naik, yayyyyy ~ haha
nak tengok pameran seni yang real punyerrrrr ~ haha
Malaysia punya artist aku tau sikit jer, tu pun sebab belajar teori seni masa pra-U.
Tu pun bukannya ingat semua. hahaha.
Abdullah Ariff antara pengkarya yang terawal di Malaysia ni, tak silap area tahun 1940-an. Tak silap lah, dah tak ingat. hahaha. Latiff Mohidin, Chuah Thean Teng pengkarya yang menggunakan batik (cool beb, haha), Mohammad Hoessien Enas pelukis potret, dan pengkarya yang paling digemari (sebab karya2 beliau comel2, hehe) Yusof Gajah. haha.
What ? Yusof Gajah ? haha. Nama gelaran je lah. Comel kreatif karya-karyanya, sebab dalam setiap karyanya ada gajah ! Wajib ! hahahahaha xD
oh ya, seni ni banyak stail tauuuu ~ hahaha
yang terkini hyper-realistic art, memandai je aku cakap terkini. hahahaha.
Realistic tu maksudnya real. sama apa yang kita nampak, tiada apa yang lain atau bertukar atau berubah. haha.
Bayangkan lah kalau hyper, perghhhhh. hahahaha.
Tapi bukan realistic je yang wujud dalam bidang seni seperti yang awak-awak nampak. haha.
Banyak jenis karya macam naive art yang paling comel (tak semua artist buat comey-comey, ada yang menyeramkan, haha), nouveau art yang cantik-cantik (hehe), surrealism art yang aneh pelik ganjil boleh la kreatif (tapi memang kreatif boleh terfikir benda pelik-pelik,haha), metal art yang menyeramkan (tapi nak jadi jewellry accessories deginer,haha) dan abstract art yang aneh aku pun misteri dengan karya ni (macam cerita hantu, misteri nusantara, haha, lebih macam meluahkan perasaan geram jer, hahahaha) dan banyak lagi yang aku pon tak tau. haha. 
ni lah antaranya naive art, ceria je kan, tapi tak semua artist naive art hasilkan yang comel-comel dan ceria, ada jer yang menyeramkan.
Kalau nak tengok lagi jenis-jenis karya cari lah sendiri. hahaha.
Yang pelik-pelik unik aneh semua tu memang heavy content. Mesej yang nak disampaikan tu memang berat.
Tak tertanggung bahu untuk memikul. haha, terutama abstract & surrealism. Terpegun tengok sebab dahsyat sangat. hahahaha. 
tak kesah lah apa orang nak kata, asalkan aku bahagia melukis ~ hahahaha xD
even others hate it
even we're alone
we know what we love,
we know what what make us smile :)

" Believe in your dreams and they may come true,
Believe in yourself and they will come true "
amal dan kehidupan sebagai seorang muslim harus tak pernah lupakan
heheeee :3
Insyaallah

-the End-

No comments:

Post a Comment