Assalamualaikum ~
hari khamis lepas aku join kem jati diri & rohani sk wira kuantan, jadi fasilitator ! awesome !
awesome ! walaupun kena marah, tidur hanya 1 jam, hahahahah.
Apa boleh buat ini lah kali pertama sertai ~
ni bukan laporan rasmi, dan aku takkan cerita detail apa yang kitorang buat since it's secret.
huhu
mulanya aku ajk multimedia, tapi semua ada kerja, aku dok tercongok jaga pa sistem,
sumpah bosan. hahaha
group 6 group aku lah kononnye, padahal aku menumpang je, hihihi, tapi rase rindu pulak dengan budak-budak ni, huhu
group 6 group aku lah kononnye, padahal aku menumpang je, hihihi, tapi rase rindu pulak dengan budak-budak ni, huhu
tengok fasilitator semua sibuk dengan kumpulan masing-masing, cemburu woi ! cemburuuuuuuuuuuuu ~ haha
aku tanya lah akak senior multimedia seorang ni, dia jadi cameraman, aku cakap lah aku boring, then akak tu suruh aku masuk mana-mana kumpulan. So aku pun bersiar-siar tengok kumpulan mana aku boleh masuk. haha. Then aku masuk kumpulan abang sorang ni, aku sempat main-main kejap, then dia suruh aku buat kerja ! huh ! tak mauuuu ~ hahaha
lepas dah nak habis (macam 15/10 minit gitu lah) aku terjumpa 1 kumpulan ni guna kertas, tulis-tulis camtu. Aku macam "eh ?", sebab kumpulan yang lain semua buat sorakan lah, main lah, memang meriah habis, tetiba jumpa kumpulan yang guna tulis-tulis ni.
Kitorang buat kem dengan budak darjah 6, dengan budak-budak. Setiap hari kot diorang mengadap buku & pensel, so pada hari kem ini kita buat lain sikit ! :)
Aku tanya la fasilitator kumpulan tu, kenapa jaga budak-budak seorang-seorang, then dia cakap abang ariff(fasilitator yang patut jaga bersama kumpulan tu) serahkan 100% kat dia. Sumpah terkejut, haha.
Dah la fasilitator tu lambat datang masa latihan, jadi dia memang blur habis. hahahaha. Sumpah aku nak tergelak.
Fasilitator kumpulan 6 ni namanya fatin, haha, kesian dia, first time handle budak-budak, lepas tu kena tinggal seorang-seorang. Abang ariff ni misteri betul, aku tertanya-tanya apa yang dia buat sebenarnya, muka serius tapi abang pegawai penasihat kelab selamba mainkan abang ariff, "ariff tak payah cakap papa, bawak parang budak dah lari", hehehe
So aku tanya la fatin, dia suruh budak-budak ni buat apa, sumpah aku tengok budak-budak lelaki kumpulan ni boring. hahaha, fatin suruh diorang buat biodata dalam kertas lepas tu cerita kat kawan-kawan dalam kumpulan tu. haha.
Masa mula-mula aku masuk aku pegi tempat budak perempuan, aku tanya "adik tulis apa ? cerita la kat akak", sumpah haram 1 benda aku dengar, bapak halus suara diorang. Buat aku berfikir, beginikah aku yang dahulu ? wakakakaka.
Aku bagitau sumpah aku susah nak ingat nama orang except nama tu familiar dengan aku, macam farah, nurul etc. tapi masalahnya mak bapak sekarang bagi nama unik gila, hahaha.
Hakimi jadi Haqimy, aku macam "haaa ???????????", hahaha,
tapi aku tetap suruh budak-budak tu ceritakan biodata diorang kat aku, haha, walaupun aku tak ingat.
Aku sangka budak darjah 6 ni dah besar, tapi apa aku lihat hanya badan besar, mentaliti masih budak-budak. Ada seorang ini yang tarik perhatian aku, yang dalam kumpulan 6 ni lah, budak lelaki, hakimi tu lah, eh silap haqimy, haha. Aduhai. Parah aku nak ingat nama budak-budak ni. haha.
Tinggi budaknya, dah nak sama tinggi dengan aku, huhu, sedih aku tengok budak-budak hampir dan lebih tinggi dari aku. haha. Boleh tahan nakal, ada je benda nak jadi bahan. haha.
Lepas tu ada slot yang memerlukan diorang bercakap then ketua kena pilih 7 daripada 9 orang antara diorang. Aku bagilah fatin handle, aku pegi makan, hehe, kalau aku yang duduk situ memang aku lah yang jadi fasi budak-budak tu. haha. Bila aku kembali haru biru wooooo, hahahaha.
Aku dah pening, budak-budak tu pun kekeliruan, dah tak boleh fikir dah, dan aku boring tak habis-habis nak pilih siapa, nak pilih siapa, hahaha, last-last aku tolong, jadilah, semua kena pilih. haha.
Dalam lebih kurang 10/5 minit nak habis, aku ajak budak-budak ni main, dah nama budak kan, mesti lah selitkan permainan, penat dok fikir je kan, main la pulak. heheeeee.
Sumpah aku ingat lupa polis-mafia aku main bantai je lah, tapi mafia tak bunuh-bunuh orangnya, arghhhhhhhh ~ aku stress ~ hahaha
Silap pilih, aku pegi pilih budak mata sepet, tak patut ~ tak patut ~ haha
maaf adik-adik sekalian, akak sebenarnya lupa cara main game tu, haha.
Nasib baik lepas tu abang acap datang tolong membetulkan kecelaruan ini, huahahhaha ~
dah la tak cukup masa, hentam saja laaaa ~ haha
lepas tu ada cheers war, woahhh, ini masalah besar ~ memang plan dari meeting farid (mc) muncul je war akan bermula, haha, dah la aku main masuk je kumpulan tuh, memang tak prepare apa-apa langsung, haha. Haru biru cari idea, hahaha, dah la budak-budak dalam kumpulan tu memang excited, tapi fasi tak prepare ~ haha (nangis sat kesian kat budak-budak tu *sobs sobs)
bila kumpulan kitorang kena attack tunggu beberapa kumpulan cheers dulu baru ktorang cheers, sampai farid ingat group tu group aku, siap pandang aku, nak je cakap aku menyelit je ni weyhhh ~ T^T
takkan aku tak prepare untuk ahli group aku ~ huhu
aku sebenarnya tak tau sangat apa faci setiap kumpulan buat sebab kalau ikutkan ajk multimedia tak jadi fasi kumpulan, tapi disebabkan aku boring aku join lah, haha.
masa malam lah yang paling best, wakakaka, bapak jahat aku ni ~
ada slot lebih kurang night-walk, ada fasi kumpulan bimbing budak-budak tu ke setiap checkpoint.
Aku tak sangka budak-budak lelaki lagi innocent, haha, menangis budak-budak tu oleh aku.
Dengan budak-budak perempuan aku pegi peluk, haha, ada seorang budak perempuan chubby, seronok peluk, haha, dia pulak orang yang paling belakang sekali so aku peluk banyak kali, haha.
Memang terdiam gila budak ni, haha, tapi seronok peluk, haha.
Yang budak perempuan aku banyak peluk pegang muka diorang, sentuh tangan diorang.
Yang lelaki susah sikit, aku guna kertas tentatif & pen aku sentuh budak-budak ni.
Aku banyak kacau checkpoint kedua last, yang jaga checkpoint tu cerita pasal ibu bapa, sumpah bersungguh-sungguh diorang nangis, tapi tak semua lah.
Tapi yang nangis memang nangis betul-betul, salah satu punca diorang nangis sungguh-sungguh sebab aku. haha. Dah habis baru aku rasa aku ni macam terlebih kejam pulak. haha.
Budak-budak perempuan yang dok panggil-panggil kawan dia aku memang attack habis,
sebenarnya aku nak diorang diam je pun, haha.
Aku tak tau kenapa aku suka cakap dengan budak lelaki daripada budak perempuan, mungkin kerana anak buah aku ramai lelaki, hahaha
susah jugak aku nak cuci otak budak perempuan, mungkin aku kena yang memang degil punya kot, haha.
Lepas habis night-walk la sangat ni slot muhasabah diri pulak, maka muncul lah abang garang & kakak garang. haha.
Abang & kakak garang sebenarnya comey-comey, hahaha, manis je senyum, ehehehe.
masa budak-budak yang lain tengah nangis teresak-esak aku dapat detect budak yang buat tak tau, dok tengok-tengok belakang, aku ingatkan kenapa tadi, rupa-rupanya dia jaga kawan dia tido, haha.
Aku apa lagi mula lah mentarbiahkan budak tu, tapi budak yang tido tu terus tido (tak guna, haha).
Aku dapat kesan budak tu hyper, masa refreshment macam-macam gaya dia buat, hip hop pun ada, haha. Menangis budak hyper tu aku buat, hahaha. Tak pe lah akak harap adik boleh baiki masa depan adik, insyaallah.
Lepas tu keesokan harinya ada slot cerita pasal masa depan budak-budak ni. Dah la aku memang 0 prepare. hahahaha. Nasib baik lah budak sekolah rendahkan, boleh la goreng-goreng kan. haha.
Aku tanyalah minat bidang apa, PT3, SPM nak apa. Lepas tu aku tanya PT3 nak berapa A. HAHAHAHAHAHAHA.
Aku tak tau. PT3 ni masih baru, so aku pun tak tau, nasib baik fatin tau jugak, katanya 10 jadi semua bantai nak 10A. haha.
Lepas tu SPM, aku tanya nak berapa A, budak-budak ni tanya lagi SPM ada berapa banyak subjek,
jadi aku dan fatin cerita lah yang paling banyak dalam rekod 21A, lepas tu budak-budaknya cakap nak 19A. hahahahaahah.
Gila banyak, tapi tak mustahil, insyaallah boleh, akak doakan adik-adik berjaya. :)
Lepas tu cita-cita, ada yang nak jadi jurutera sains komputer, doktor gigi (budak yang pilih ni masih ragu-ragu sebenarnya, haha), detektif, ahli sukan/jurulatih (sebab minat sangat bola, haha).
Yang ni semua cita-cita budak lelaki, yang budak perempuan semua aku tak sempat dengar, sebab diorang tulis macam-macam gaya, dengan pen macam-macam color lagi, haha.
Last-last aku suruh diorang buat jet guna kertas yang diorang tulis cita-cita tu. Masa dah tak cukup ! haha.
Tapi ! Diorang tak tau ??!!!! hahahahah, sumpah aku terkejut, hahaha.
Kebetulan pulak abang ariff datang tengok, dia pun nak tergelak tengok budak-budak ni, haha.
Budak ni lah memang diluar jangkaan. haha. Abang ariff tu pun ada jugak tolong budak-budak tu buat jet, aku sempat tolong sorang.
Aku memang hairan asyik kepala aku je yang kena bila budak-budak ni baling jet, banyak kali, sabo je lah, aku tak tau lah kalau ada orang nampak, buat malu jeeee ~ hahahaha
Lepas semua beratur semula, aku nampak budak hyper semalam yang aku buat dia sampai nangis tu, haha. Aku tanya lah dia apa cita-cita dia, dia jawab "mati dalam syahid", Allahu, insyaallah adik, akak doakan adik, menuntut ilmu pun syahid wahai adik ku, insyaallah, :')
Aku nak tanya yang lain, tapi tak sempat ~ masa sangat cemburui kitaaaaaaaaaaaa ~ huhuhuu
Aku nak sangat-sangat bergambar dengan ahli kumpulan aku, tapi tiada masa langsung ~~ huhu
tak pe lah, ada jugak kawan aku snap gambar setiap kumpulan guna camera multimedia ~ huaaaaaaaaa~
sebelum berpisah sempat jugak main polis mafia, diorang memang teringin sangat-sangat main,
aku ajak main lain diorang tak nak, haha, main jugak lah tapi mafia memang tak reti bunuh orang, hahahaha.
yang aku hairan aku rasa aku menjerit bagai nak rak, tapi budak-budaknya & fatin cakap suara aku perlahan. Serius ? Anda serius ?? Aku sakit tekak oww lepas habis cakap tu, hahahaha.
Takkan lah makin besar makin perlahan suara aku ? hahahaha
adoi ~
walauapapun, buat adik-adik yang ambil UPSR S.K Wira tahun ni, akak doakan adik-adik semua berjaya, ingat mak ayah dan cikgu adik-adik yang susah payah tolong adik-adik sekalian. Insyaallah :)
Haqimy sukan, sukan jugak, belajar jangan lupa :)
group kawan aku, tetiba masuk terus jadi setiausaha projek, kikiki, nasib hang la, abang jamil tak nak bagi kau keluar kelab, kikiki |
ni fasi tak boleh blah, aku ade dengar sape tah cakap ayub ( yang pakai spek) "lahir tahun 90-an gaya 70-an", retro beb ~ hahaha |
semangat budak-budak ni nak kapal terbang diorang terbang, happy gila tahap gaban, hahaha |
Refreshment tujuan nak bagi budak semangat, tapi ! Para fasilitator yang terlebih semngat ! hahahahaha, tapi best kot ~ hihi thanks kak sha yang pro bab-bab ni ~ kak sha comey sangat-sangat ~ hehe |
-the End :) -
No comments:
Post a Comment