Pages

Monday, August 10, 2015

Keputusan UPU ? tak dapat tawaran universiti ?

Assalamualaikum~
setelah sekian lama bercuti, handphone buat hal, laptop tertinggal, raya lagi, 
pelbagai halangan yang ada buat aku terhenti, kah kah kah.
Anyways, dengar-dengar hari ni result UPU ye ?
siap ada budak post kat fb, jiwa tak tenang katanya, risau result upu.
haha
tenang atau tidak itu ikut kita, kadang-kadang kita punya expectation melambung,
bila dapat result kecewa tak dapat universiti/kos yang diidamkan.
bagi yang dapat tawaran,
Alhadulillah,
tahniah,
tapi baagi yang tak dapat, jangan kecewa,
ini bukan pengakhirannya. chill kay, akak nak cerita sikit,
mengubat hati yang duka... heeeee ~
tapi sebelum tu, bagi yang dapat UMP tu nak tanya apa-apa boleh tanya,
insyaallah akak jawab.
Akak ada member yang akan jadi fasilitator anda sekalian yang akan masuk ni,
jadi kalau ada apa-apa akak boleh tolong, nak bagi link tak boleh sebab akak tak jumpa group page untuk intake tahun 2015/2016.
Belum buat lagi kot ? nanti akak update lagi.

okay bagi yang tak dapat, ni bukan pengakhirannya.
Akak nampak, member-member yang tak dapat kecewa nak mampos.
Kalau hari-hari biasa kemain kecoh, pung pang pung pang, 
bila result upu keluar terus ghaib dah tak jumpa.

Universiti bukannya tempat wajib nak menuntut ilmu,
tapi biasa la manusia, berpelajaran tinggi je nampak belajar sampai masuk universiti, tapi pointer tunggang-langgang, tapi pointer tinggi-tinggi dapat pencapaian tapi vanggang macam menteri kita sekarang ni pun tak guna jugak.
mana-mana lah.

Kalau nak jugak masuk universiti jangan risau ada banyak kali intake baru, haha.
1st intake tak payah nak berlagak sangat la, tak dapat dekan pun sesiapa 1st intake.
Masa 1st intake, masuk orentasi seminggu, lepas tu beberapa minggu masuk lagi budak yang buat rayuan.
lagi untung tak payah join orentasi, penat woo seminggu, seksa mental & fizikal, haha.
Lepas tu hujung tahun masuk lagi tak tau ni ke yang dipanggil 2nd intake ? haha.
confuse banyak kali budak baru masuk. haha.
Awal tahun ni ada jugak member yang sebelum ni 1st intake, 2nd intake, rayuan tahun 2014 tak dapat mana-mana then awal tahun 2015 dia dapat UiTM.
Rayuan kot, aku pun tak paham. haha.
Ada jugak member yang buat rayuan dapat UIA. 
yang main orang dalam lagi lah,
so jangan kecewa sangat.
haha

Bila tak dapat tawaran 1st intake tak payah la nak moody sangat, be matured ! cehh, muda lagi kot, standard lah kalau emo bagai.
Moody pun kena tengok jugak latest news UPU atau mana-mana universiti.
Ada beberapa universiti yang boleh buat rayuan ikut sistem universiti (tak perlu guna upu).

Kalau nak sangat-sangat masuk universiti atau pointer 3 keatas tapi tak dapat mana-mana ATAUPUN yang tak sabar ataupun nak universiti lain kos lain apa lagi yang lain ? 
boleh pergi pejabat kementerian pelajaran kat putrajaya(tak sure, kalau ada yang berminat akak boleh tanya semula dengan cikgu yang bagi cadangan ni) 
atau buat rayuan sendiri (buat surat beserta sijil & dokumen penting je, sijil kawad ke hapa tak payah) 
then hantar ke universiti yang korang idamkan (bunyi macam awesome, haha)
Tapi kena ukur baju di badan sendiri la ye, 
kaji dulu kos yang korang nak tu layak ke dengan result korang, 
result cikai-cikai tapi mohon engineering memang la tak dapat.

Kalau pasal kewangan, aku buat post lain lah. m.a.l.a.s.

tapi masa ni la korang dapat detect member-member yang jenis menunjuk, kah kah kah.
fb, twitter, insta, wechat, semua dia pi ws dia dapat uni mana, haha.

dah nak masuk tahun 2 dah aku kat UMP ni, macam apa tah, haha.
UMP ni universiti kejuruteraan & pengurusan, tak ada perguruan, linguistik, fashion, etc. tak ada.
jangan expect besar sangat UMP ni, semua ni bakal engineer, haha, insyaallah.
Kalau rasa-rasa salah bidang sila lah berbincang dengan guru anda. haha.

kalau ada link fb untuk UMP intake 2015/2016 nanti akak bagi ye.
kesian yang tak tau apa-apa pasal UMP.
macam akak tahun lepas,
lost tahap apa tah tak tau, tak banyak cerita pasal UMP sedih, haha.

okay, tq

-the End-

12 comments:

  1. Assalamualaikum akak ? nak tanya ne ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam, maaf la lambat reply, ya kenapa ?

      Delete
  2. Assalamualaikum akak ? nak tanya ne ....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, untuk tahun 2016 ni ada lagi ke 2nd intake? Permohonan 2nd intake selalunya bulan berapa ?

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum akak, universiti mana yg boleh mohon tanpa upu tu ye? haritu saya na daftar upu tapi tak lepas sbb tak habis diploma lagi. sedih bila tak dapat nak daftar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. uitm ada banyak intake, haha
      tapi websites setiap universiti akan update kalau ada pengambilan baru, tak pasti u lain tapi UMP biasanya buat macam ni. Memang kena rajin update, websites, newspaper. Tapi masa apply tu tolong check kriteria, pastikan awak lepas syarat minimum kos yang awak apply. sebab ada kawan pointer tinggi tapi sebab add math dia tak lepas kos yang dia apply pun melepas. So rajin-rajin kan diri buat check up. ;)

      Delete
  5. salam kak,rayuan ni kita kena isi pilihan tu ikut sama kos yang kita pilih dulu ke? rayuan ni biasanya akan confirm dapat ke?

    ReplyDelete
  6. Salam akAk. sy xdpt upu baru2 ni, dh buat ryuan. Pluang utk dpt ryuan utk org yg result kurang cmrlg mse spm mcm sy ni tggi x? Sy plih kos yg mlepasi syarat minima

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Hi Dear,

    i Like Your Blog Very Much..I see Daily Your Blog ,is A Very Useful For me.

    Upu

    Pilih kerjaya yang diingini dengan permohonan & semakan upu di Malaysia. Anda boleh mula teroka maklumat dan info yang dikongsikan di sini @ myupu.co.

    Visit Now - http://myupu.co/

    ReplyDelete
  9. buat surat yg mcm mne tu? hantar kt u yg nak dgn cara?

    ReplyDelete
  10. buat surat mcm mne tu? pastu hantar kt u yg kita nak? x berapa jelas

    ReplyDelete