Pages

Tuesday, June 30, 2015

Islam makin diterima dan LGBT pun sama ? what ?

Assalamualaikum ~
Lama tak update, hahaha.
Buat ayat panjang-panjang tapi akhirnya masuk draft. hahahhaha.
Tajuk kali ni agak sensitif juga, tapi ni semua adalah dari pandangan aku lah.
Apa yang aku nampak, aku tak buat kajian mana-mana pun, cuma aku 'nampak' ISLAM makin diterima di mana-mana. 
Di luar negara contohnya Amerika makin ramai menerima bukan masuk Islam tapi hormat, menerima komuniti Islam sebagai sebahagian masyarakat mereka.
Tapi sedar atau tidak, bagaimana Islam kian diterima LGBT turut diterima oleh masyarakat di luar negara.





Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang mempunyai pengaruh besar.
Macam mana nak cakap ya... hahaha.
Masyarakat disana makin sedar tentang huminity, kemanusiaan gitu lah.
Banyak juga video di Youtube mengenai penduduk di sana menunjukkan mereka menghormati masyarakat yang beragama Islam. Boleh cari sendiri. :P
Makin ramai juga yang kenal Islam dan menghormati Islam walaupun masih ada sebahagian yang masih menganggap Islam tu terrorist.

Tapi berkenaan LGBT ni pun aku pening.
Aku pernah dengar dalam agama Kristian berkenaan perkahwinan atau perhubungan intim sejenis adalah berdosa.
Tapi kenapa penduduk Amerika makin menerima ? malah Presiden Barrack Obama turut menyokong perkahwinan sejenis ? dan sekarang ni perkahwinan homoseksual diiktiraf.
hahahahahhahahahahahahha.
Di dunia sahaja.
Jangan lupa di akhirat kelak.

Kalau dari sudut Islam, kau pusing mana pun hubungan sejenis atau menyerupai jantina lain adalah HARAM.

Aku rasa isu ni makin parah. Bukan lagi rasa, memang PARAH.
Bagi yang Islam, kau tak belajar pendidikan Islam ke masa sekolah ? 
Kisah nabi Lut ? hubungan sejenis sangat berleluasa semasa zaman baginda.
Kau ingat tak apa azab yang Allah turunkan ?  "gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah reruntuhan rumah mereka sendiri (QS Alsyu'araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12)."

Bukan nak bajet alim, tapi sampai bila nak hidup bagaikan tiada agama ?
Awak tu Islam. Hiduplah gaya Islam.

Awak tahu tak betama malunya saya dan juga umat Islam yang lain apabila seseorang bukan Islam bertanyakan, "kenapa ada orang Islam tak macam kamu ?", "kenapa ada yang tak pakai tudung ?", "kenapa ada orang Islam tak solat ?".

Masa kawan tanya tu macam sentap juga lah.
Yelah, aku sendiri amal ibadat bukan lengkap pun. 
Tapi marilah kita bersama-sama muhasabah diri untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik.

Isu aurat, pengang tangan, berpelukan bagi yang belum berkahwin pun terdesak sekarang ni.
Ada kawan mualaf ajak aku keluar Malaysia, pindah ke Brunei.
Nak tau sebab apa ? Sebab Hudud. 
Aku memang tersentuh gila masa tu.
Kawan-kawan aku yang Islam pun diam je pasal hudud ni, dia yang baru berapa minggu masa tu masuk Islam risau pasal kehidupan ni.

Aku tahu berkenaan LGBT ni. Bukan senang nak ubah kan ? 
Sebab ni berkait dengan psikologi, emosi.
Aku pun kadang-kadang ada masalah emosi.
Aku tak boleh berhenti overthinking, orang cakap overthinking  ni mengada-ada cipta masalah sendiri then bergelut sendiri.
Disuruh berhenti.
Kau ingat senang ?
Kalau aku boleh buat dah lama aku hentikan.
Tapi salah satu cara aku stop kan overthinking ni, aku buat blog ni lah.
Luahkan segala-galanya. Kalau mampu. bahahahahaha.
Aku pun ada masalah self-critism.

Aku berfikir bukan dari sudut kepala aku seorang, aku fikir dari pelbagai sudut sampai bila-bila.
hahahahhaha.
Tapi bila ada masalah berkait psikologi pasti ada penyelesaian. Sebab LGBT tu HARAM.
Berdosa.
Awak tak kesian ke kat mak ayah awak ? abang awak ? kakak awak ? adik awak ?
Awak heret satu keluarga awak ke neraka.
Dari sudut dunia, diri awak adalah hak kebebasan awak. 
Perwatakan, keperibadian, pemakaian semua awak yang bentuk sendiri.
Awak dah besar takkan nak salahkan mak ayah lagi ?
Mak ayah awak yelah belajar takat mana je.
Mak ayah saya pun belajar tak masuk Universiti pun, tapi alhamdulillah agama cukup.
Aku dulu masa kecik agak tomboy.
Tapi alhamdulillah semua kawan baik-baik (walaupun mulut agak biadap, ahahaha) dan keluarga yang baik-baik.

Ingat lagi mak atau kakak (atau kedua-duanya, haha) nak aku ubah engkorang yang support LGBT ni.
hahahahaha.
Tidak.
Awak semua dah besar kan ? boleh fikirkan ? aku dah post ni tanggungjawab dan permintaan mak/kakak aku dah selesai.
Yang seterusnya diri-sendiri nak berubah menjadi yang baik atau sebaliknya.
Bukan nak bajet baik, tapi takkan nak bazirkan hidup ni dengan cara yang salah.
Awak tu Islam.
Kalau awak tu bukan Islam saya tak kesah.
Tapi awak tu Islam.

Awak nak kata dunia ni makin ramai yang sokong LGBT jadi awak yang Islam ni pun turut serta ?
Mereka yang sokong ni bukan Islam. Mereka berfikir berasaskan hak individu, huminity, kemanusiaan tapi bukan berlandaskan Islam.
Sebab Islam melarang tegas hubungan songsang. 
Awak tak boleh, bukan awak sahaja, mana-mana orang Islam berfikir atau berkata-kata tak boleh berlandaskan fikiran logik akal awak sendiri.
Berfikir dan berkata-kata mengikut perspektif atau berfikir mengikut semua sudut.

Disebabkan awak yang sokong LGBT ni, menuntut cinta adalah segala-galanya, masing-masing ada hak kebebasan (freedom) awak tahu tak golongan Pedophiles turut menuntut hak, "equal rights".
Awak tahu tak, kalau awak buat hal awak sendiri, hanya dalam kalangan awak sahaja yang 'musnah' tak mengapalah, awak sendiri yang pilih kan. Tapi awak merosakkan fikiran kanak-kanak, remaja.
Cukuplah masalah maksiat, lepas tu LGBT lepas tu Pedophiles ?
Pedophiles ni bahaya, taksub dengan kanak-kanak, budak lelaki ke perempuan semua mereka sapu.

Kalau aku tahu ada kawan aku terlibat dengan LGBT, sesungguhnya aku teramat kecewa dengan korang.
Aku tengok kawan-kawan aku yang terjebak dengan maksiat, merokok semua, aku sedih tau tak.
Aku pulak yang simpati, sedih dengan diri korang dan keluarga korang.
Tapi korang buat apa ?
Makin memusnahkan diri.
Tak kesian ke mak ayah yang besarkan awak, diheret ke neraka kerana awak.
Mak ayah mungkin jahil, mahukan awak gembira, tak mahu awak lari dari rumah, tu yang mereka ikut sahaja fikiran songsang korang.

Aku memang sebak bila fikir pasal mak ayah.
Korang tak fikir apa-apa ke ?

Hubungan sejenis itu haram.
Transgender pun.
Tapi Allah tu maha pengampun.
Besarnya dugaan korang.
Jangan lah hanyut, memang lah hidup kita telah ditakdirkan.
Tapi takkan tak ada usaha untuk berubah ?
memang susah untuk berubah menjadi yang baik, tapi tak mustahil....
sedikit usaha insyaallah dapat membantu, yakin pada Allah :')

Dah la, korang pun ada akal,
dah besarkan, 
dah boleh fikir sendiri,
boleh fikir tanggungjawab seorang manusia, seorang khalifah,
seorang anak...
AHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
Aku yang sedih, fikirkan lah mak ayah, tolonglah, kesian mak ayah...
tolong lah jangan pentingkan diri.
Aku tahu korang takkan baca.
Cuma aku harapkan doa aku sampai kat korang.
Fikirkan lah mak ayah.

huhu.
:'(

-the End-

No comments:

Post a Comment