Assalamualaikum~
okay dah lama tak update blog ni..
maklum lah makin sibuk kannn...
hahahahha
poyo je ~
okay baru-baru ni ada adik junior masa form 6 sms.
Aku terkejut jugak dapat mesej panggil aku akak, haha,
junior mana pulak ni kan.. haha
dia dapat temuduga USM,
so sekali lagi tahniah :)
okay start with the main story..
Aku boleh kongsi & kongsi tips bagi interview seni komunikasi & seni bina je lah..
(since I was experienced both of them)
okay, tatatertib ketika interview tu cari tempat lain lah,
sebab pengatahuan aku pun limited tentang tatacara/tatatertib interview ni.
okay untuk adik-adik yang baru habis form 6 atau matrik dapat temuduga kan,
temuduga bulan mei kan ?
lama lagi, lek lu.. haha
sempat lagi prepare perfectly :P
so nak prepare apa ?
firstly,
kalau korang memang pernah ambil subjek seni, sila lah tunjukkan hasil karya yang korang pernah buat. Yang sketch tak lawa, tak kemas, tak siap tak payah la bawak.
Nak tunjuk apa ?
benda-benda ni nanti dia akan request nak tengok semasa interview.
Bagi yang tak pernah ambil subjek seni sila lah sedia, bawa lah lukisan korang.
Dia akan tanya kenapa korang tak bawa/ada sedangkan korang apply subjek seni.
Seni dah semestinya melukis, so dia nak tengok korang ni ada talent atau tak.
tak pandai melukis ?
sementara ada masa ni cuba lah tengok kat YouTube.
Berlambak tutorials.
Tak payah lukisan potret ke hapa.
Lain cerita kalau korang apply seni halus.
Buat research perbezaan seni halus & seni komunikasi grafik.
Sebab dia akan tanya apa pahaman korang dengan seni grafik.
Apa bidang pekerjaan seni grafik.
Apa contoh seni grafik yang korang tahu.
Bagi seni grafik semestinya akan bekerja guna adobe family (photoshop, premier, after effect, illustrator etc.)
so sementara masih ada masa ni belajar sikit tentang photoshop.
Ada beribu agaknya tutorials kat YouTube.
Tak payah lah nak edit gambar atau lukis yang susah-susah,
belajar yang basic je.
print-out so nanti boleh tunjuk semasa interview. Why ?
Its shows that you know the basic how to use Photoshop.
why ? (TO IMPRESS THEM OF COURSE, LOL)
sebab USM takkan ajar yang basic/fundamental,
sebab basic belajar dalam diploma,
dan yang korang apply ni degree.
Kalau korang pernah buat video atau reti ke hapa boleh la bawa sekali.
Burn kat CD ataupun kau nak sedekahkan pendrive kau kat diorang pon bolehhhh.
Sebelum di interview korang ada test melukis (?)
dah lupa istilahnya. haha
Ada limit masa, dalam 15 minit ? haha
So ada masa lagi practice melukis,
practice still life drawing.
okay bagi seni bina sementara masih ada masa boleh belajar lukis pelan basic...
lukis building ke, persective....
lukis lah apa yang berkaitan...
hahahahaha
kalau seni bina ada test yaaaaaa...
so korang kena belajar lagi.
Apa tu seni bina, sedikit sejarah & arkitek terkenal dalam & luar Malaysia.
Seni bina yang terkenal di Malaysia.
Time aku dulu dia tanya Putrajaya...
aku punya tahun 2014, dah 2 tahun dah.. haha
Yang pertama test pengatahuan (aptitude test) then melukis dan akhirnya interview.
melukis tu dia akan minta lukis rumah idaman,
then lukis logo (please bawa warna) dan dia akan bagi corak korang kena ubah kepada objek ikut kretaiviti masing-masing.
Yang interview biasa lah dia akan tanya kenapa mohon,
dia tengok drawing kita,
dia bagi situation dan kita kena selesaikan masalah (macam math dah, haha),
seni bina yang korang tau,
seni bina yang need to improve kat mana-mana lah.
haha
apa lagi ya ? aku pun dah tak ingat.
okay tu je lah yang aku nak share.
Bahasa aku pun hancurrrrr.. haha
maaf maaf~
oh ya sijil-sijil tolong lah bawak yang berkaitan sahaja.
kalau dah tiap tahun kau masuk kawad, tiap tahun menang,
1 fail penuh dengan sijil kawad kaki.
hahahahaha.
lagi satu aku terlupa,
masa interview tu lebih baik speaking english.
aku tak tahu lah sebab apa nak speaking sangat ni.
ramai lecturer foreigner kot, haha.
kelas aku ni pun lecturer ramai dari luar negara.
nak tak nak kena speaking lah.
nak martabatkan bahasa melayu tapi tak digunakan ?
macam mana nak memertabatkan bahasa ibunda kita ?
konon nak setaraf negara maju, Korea, Jepun, Perancis, (US, Australia, Britain memang cakap english) pun guna bahasa ibunda di universiti ~
Malaysia je pelik-pelik...
orang nak belajar speaking ke, gagap sikit pun nak bahan..
only in Malaysia....
dah start merepek dah.....
wahahhahahaha
okayyyy,
goodluck ya korang semua !
jangan lupa banyakkan berdoa.
kalau ada rezeki, minat ada insyaallah.
kalau takdak rezeki masuk jadikan temuduga ni sebagai pengalaman.
tak semua ada pengalaman temuduga,
so kita ada lebih sikit experience dari orang lain.
hihi
I WISH YOU ALL WITH GREATEST LUCK !
thanks for reading
:)
-the End-
wah terbaik! saya student stpm. ambik seni. saje minat nak baca :)
ReplyDeletehahaha, terima kasih sudi baca blog yang banyak merapu ni.. hihi
Delete