Pages

Thursday, January 2, 2014

you think you know me ?

Assalamualaikum ~ 
sentap aku ingat balik ayat tu. "kau memang macam tu" haha. Aku memang tersentap dengar ayat tu keluar dari mulut kau. 'kau' tu siapa ? Siapalah agaknya ya. haha
Aku ni sebenarnya bersikap diluar langkaan. Memang. Aku sendiri pun tak faham dengan diri-sendiri apatah lagi orang lain cakap dia memahami aku. What The Fish ! haha. Kadang-kadang aku jiwang, kadang-kadang aku garang, kadang-kadang aku lembut, kadang-kadang aku kasar. Aku sendiri pun tak pasti aku kasar bila, aku lembut bila. haha. Cara aku berpakaian pun lain-lain, kadang-kadang perempuan,pakai heels, kadang-kadang santai pakai selipar, kadang-kadang ceria, kadang-kadang gloomy, kadang-kadang matang (?). haha.ada orang cakap pakaian yang dipakai oleh seseorang menggambarkan keperibadiannya. Aku memang tak. Cara aku berpakaian menggambarkan mood aku. haha. Kadang-kadang aku pakai heels perangai aku gila-gila. So don't expect  so much. Muka aku nampak sedih mungkin sebab aku lapar, boring atau berangan ~ haha. I'm sad ? thats rare moment. haha. Cara aku bercakap ? Dengan orang yang tak dikenali aku memang akan cakap lembut kecuali lelaki. Kalau cakap dengan kawan-kawan sebaya aku memang menggila. Cara aku bercakap pun orang memang tak pasti. Tapi mungkin orang lain perasan tentang perangai aku adalah berani. Most of the times, but not all the times. haha. Tapi kadang-kadang aku ni agak pendiam jugak. haha. Kadang-kadang aku jadi pemalu. hahahahha. Memang ramai protested cakap aku pemalu, sebab aku memang slumberr. haha. Kadang-kadang aku cepat faham, kadang-kadang aku agak loading jugak. haha. Ramai kawan aku tahu aku ni jenis talkative, so benda yang mungkin orang tak perasan even my bestfriend tak tahu yang aku akan mendiamkan diri dengan orang yang aku tak suka. Kalau cakap pun mesti macam debat, haha, a.k.a gaduh. Dan orang yang rapat dengam aku kenal aku ni jenis sayangkan kawan-kawan aku, kalau ada orang berani usik/binasa kawan better said sahabat aku , binasa lah kau, habis aku hentam kau dengan kata-kata samapai kau speechless sana. Huahahahaha. Tapi bila aku berdepan dengan orang yang aku tak suka, rasa macam nak lari ke hujung dunia. haha. Rasa benci & meluat yang melampau buat aku diam. Tapi perangai aku memang di luar jangkaan. When people staring inside the box, I will staring outside the box, and mostly like I will staring the people who staring inside the box. and I will tease them, cause I really love teasing people ~ haha
Nothing fun as teasing people ~ haha :P
I think there's something about myself that I still don't know. So please don't say that you know me, that pissed me off.

are you truly understands about me ?



Assalamualaikum ~
Entah la kenapa aku teringat peristiwa ni, aku memang pelik dengan orang sekitar kita ni. haha. Aku pernah berperang tapi perang dinginlah dengan kawan aku, katakan lah si A. Aku tahu A tak buat salah kat aku, but all she did to her bestfriend I couldn't accepted. What she did was irritating me. Katanya dia pelik macam mana dia boleh terlibat dengan situasi yang dia sepatutnya tidak terlibat dan konon-kononnya INNOCENT haha., easy, bcause you are busybody. Kononnya nak tunjukkan kita ni ambil kisah pasal orang lain, caring person. Aku naik meluat so aku tinggalkan dia. haha. Zalim tak ? haha. Aku penat sebenarnya mendengar masalah yang sebebnarnya bukan masalah dia jadi masalah dia. So I change my partner that much fun fun than her and I called her as B. B memang seronok, berkongsi minat dan hobi bersama. I really love her as a friend. :) aku memang betul-betul menjauhkan diri daripada A. haha. Dia pun buat muka, so kau ingat aku ni lembut sangat ke ? Kau buat, aku lagi buat gila-gila. haha. May be B not as smart as A, but B so nice and we shared a lot of our interest and hobbies together. Aku tinggalkan A tak bermakna aku tak cakap langsung dengan A, cakap juga tapi tak lah sampai hati ke hati, haha. A pun dapat kawan baru iaitu bestfriend kepada B. haha. Lucu pulak. Masing-masing ada konflik. Biasalah manusia. Tapi aku tak suka besar-besarkan masalah, lain lah kalau kau memang suka publisiti murahan. Kau cerita masalah kita kat orang lain sedangkan aku hanya bercerita masalah kita dengan orang yang rapat dengan aku. Jadi kau jaja cerita kita dan buatkan aku kelihatan jahat. Kalau kau nak aku jadi jahat, aku akan buat. Walaupun aku tak nampak kau jaja cerita kita, aku tahu kau telah buat. Selepas kita baik dengan situasi yang tidak disengajakan (aku tak sengaja, aku tak suka suasana tegang) kau terus cakap "yay kitorang dah baik" kat kawan kau tu. A, kau ingat aku pekak ? haha. Lepas tu kau cakap kau pelik aku rapat dengan B, kenapa ? bukannya istimewa pun. Jeng jeng jeng. I'm explode. Kau jaga mulut sikit, itu hak aku nak berkawan, menjalinkan hubungan persahabatan dengan sesiapa yang aku nak. Kenapa kau nak mempersoalkan hubungan aku dengan orang lain.
Bengang juga aku. A kenapa kau bajet kenal sangat aku ni. Diri kau sendiri pun kau tak kenal, macam mana kau boleh kenal aku ? Yang buat aku sedih, lepas baik dengan A, aku tak dapat luangkan lebih masa dengan B. :'(  A balik-balik heret aku ke mana-mana. Memang sedih, aku cemburu tengok orang lain rapat dengan B. haha. Sebab aku ikhlas kawan dengan B. :) berkawan dengan A banyak sangat drama karut. Aku tak perlukan perhatian orang, dan aku memang tak nak, aku cuma nak kawan aku ingat aku kerana personaliti dan perangai aku.

sabun oh sabun

Assalamualaikum buat pembaca sekalian ~ :)
nak cerita pasal sabun ni, hehe. Dalam banyak-banyak sabun hanya 1 sabun yang aku paling suka. Memang banyak sabun yang wangi-wangi, but this one I like the most.
Ginvera Real Spa Apricot are my favorite ! haha. Green Tea pun wangi, tapi hidung aku tak tahan sebab terlalu wangi.
 
this is it ! haha

Saturday, December 28, 2013

Erm, entah..

Assalamualaikum ~ 
dah lama rasanya tak post kat blog ~ hhaha, tapi sebenarnya tak ada benda nak share pun. haha. 
Sebab tak ada benda special pun berlaku, sama saja aktivitinya hari-hari. Rasa boring juga buat benda sama setiap hari. 
Aku tak tahu nanti kalau aku kerja kat pejabat, hari-hari buat benda yang sama. haha. Aku di tinggalkan (well sebenarnya aku yang nak tinggal)kat rumah abang aku, bosan tahap gaban, mengadap tv saja. Itu pun nasib baik ada rancangan yang best (running man lerrr, rancangan kegemaran ku, haha), bila dah habis macam mati kutu tak tau nak buat apa. haha. 

Sunday, December 15, 2013

I want be like that too ~ hehe

Assalamualaikum ~ 
cerita mak cik dalam post sebelum ni buat aku teringat time dalam flight ke Sabah. 
Aku naik Malindo. Erm, aku agak berpuas hati naik Malindo daripada AirAsia. 
Best kot, ade tv, boleh tengok movie, main game, tapi kena pakai earphone,klau hang takda earphone Malindo ada jual,klau hang kedekut hang tengok movie tak da bunyi la jawabnya, haha, 
tapi lebih baik ada daripada takda langsung kan ?
 Time naik AirAsia memang boring habis, tak tau nak buat apa dalam 2jam setengah dalam flight tu, kalau naik Malindo ada la jugak benda yang boleh di buat. 
Malindo siap sediakan biskut & air free, tak kesah lah simple asalkan boleh mengunyah, haha.
 Ko ingat AirAsia ada sediakan ? haram.... 
Time aku dalam fight aku sebenarnya duduk diantara sepasang cina yang dah berusia, 
tapi aku bagi chance la diorang duduk berdua kat tepi tingkap, 

Saturday, December 7, 2013

new thing ? perhaps ...

Assalamualaikum... 
nak cerita lagi pasal kat KLIA nak terbang ke Kota Kinabalu.. haha, 
tak habis-habis cerita vacation aku yang expired, haha. well, aku terjumpa benda baru yang aku memang tak sangka, yang pertama aku nak cerita moments time aku nak pegi berlepas. boleh tahan choyyy ! haha. 
27hb nov last paper aku, malam tu aku kemas baang gila-gila cause balik dari sekolah aku main game untuk meraikan kemerdekaan aku, hahahha. katanya flight pukul 7/8 pagi,aku tak ingat pulak, so bertolak awal pagi kira-kira pukul 1 setengah pagi..gilo hapo ~ memang tak tido ~ punya la aku excited kalau dah sampai nanti aku nak tido dulu kat homestay (aku tak pasti namanya), 
time bagdrop baru tahu aku punya flight petang(sama dengan akak aku) ini semua poyo ! 
dah, nak tak nak tinggal jugak, berjam-jam kitorang kat KLIA. Sebelum tu aku terperasan sorang budak ini, muka chubby,mata sepet, aku pun tak pasti la orang mana, tapi aku rasa comel sangat, rasa macam nak cubit-cubit pipi dia, hahhahaha. budak tu dok pandang-pandang family aku yang tengah duduk-duduk, akak aku pun perasan gak budak tu. Mulanya ada beg kat kerusi kitorang duduk tu, kitorang ni ramai so mak cik aku (kira mak cik aku la, hahha) alihkan beg tu kat hujung kerusi tu. Sabar je la budak tu, rupanya beg tu dia punya tu yang pandang-pandang, hahha. 
aku pun mulanya tertanya-tanya, mana tuan empunya beg ni, apesal tak ambil beg dia ni, maybe dia takut tengok family aku yang kecoh, hhaha. time kaunter dah buka baru dia ambil beg dia, kitorang masing-masing agak terkejut jugak, sebab budak tu dah lama duduk tak jauh dari tempat kitorang, haha, kesian ~ time nak pegi toilet aku ternampak budak tu beratur kat kaunter flight ke Armenia.
Itu la first time aku tahu nama negara tu, hahahha, pastu tulisannya pun lain, wah, "ada jugak flight ke negara ni", terserlah betapa sempitnya otak aku, hahhaha. yang biasa kita tahu negara-negara yang sangat terkenal seperti USA,China,Jepun dll. Baru aku tahu kewujudan negara tu, haha. aku agak kagum jugak budak tu travel sorang-sorang, aku tengok badannya kecik je pun, rupa parasnya lebih kepada orang Asia, adakah dia orang Asia yang merantau ? 
aku tengok cara berpakaian dia mulanya dia pakai jubah tapi dia berlapis dengan baju t-shirt & seluar. baik aku pegi tanya dia time tu daripada aku tertanya-tanya sekarang ni.., hahhahhahaha, yang paling best aku rasa travel sorang-sorang kot, walaupun sepi berkeseorangan tapi kita boleh berdikari kan, sebab suatu hari nanti kita pasti berkeseorangan. kadang-kadang bila aku rasa sunyi aku fikir, "suatu hari nanti aku pasti keseorangan, jadi ini adalah latihan aku untuk menghadapinya", macam kelakar pulak kata-kata tu, 'fovever alone' ? hahahha

Sabah ohh Sabah

Assalamualaikum buat yang sudi baca ~ 
nak cerita sikit pasal vacation yang dah nak expired ~ haha (bahasa ku ~ tak apalah, hihi) minggu lepas keluarga ku pegi melancong ~ yahoooo ~ kemerdekaan lepas STPM terus melancong ~ ;P tetapi malangnya semua gambar kat camera akak aku. Lupa pulak nak ambil, cause aku tinggal kat Labuan dengan my big bro... tolong jaga anak dia ~ entah la sampai bila ~ jangan sampai bila-bila sudah ~ hahahahha, nasib baik la ada gambar yang terselamat cause aku gambar guna camera handphone aku, kat kat Simpang Mengayau, Kudat.. camni ke ejaannya ? memang awesome tempat ni, cantik & bersih, tak terkata.
Ni gambar pantainya ~ memang cantik bangat ~
ingatkan nak gambar pantai tu lebih dekat, tapi dah kena panggil lak, so ini je yang aku dapat, yang lain kat camera. haha. Kalau pegi Sabah rugi kalau tak pegi pulau-pulaunya... memang awesome gitu ! memang cantik ! salah satu pulau yang aku pegi Pulau Manukan. Pulau ni kata abang ipar aku kurang sikit batu karangnya, so sesuai la kat sesiapa yang bawa family. 
ni pulau manukan, cantik kan ? hha. sumber : google ~ haha
ni la kundasang, tapi gambar ni macam over sikit. sumber : google ~ haha
ada lagi pulau lain.., tapi tak ingat lorh.,haha. Pantai pulau ni memang terbaik, airnya lagi jernih & cantik kalau tak ramai sangat orang. Kalau ramai sangat orang airnya jadi keruh, tak berapa jernih tapi jernih juga, haha (apa yang aku buat ni?) pegi pantai memang best, tapi lagi best kalau pandai berenang ~ aku dok pengang pelampung anak buah aku sampai hitam lengan aku, haha. tak reti berenang... sedih rasanya ~ ye la, kalau reti berenang boleh tengok batu karang dengan aman, haha. aku takut betul nak menyelam, cause aku pernah alami rasa macam nak lemas, bukan sekali, dah berkali-kali, so kali ni aku berhati-hati sikit dengan pengang pelampung anak buah aku, haha. ikut arus je, tak reti berenang katakan ~ sedih seyhh... kalau sesiapa yang berminat nak pegi pulau tu, belajar la berenang dulu, berbaloi sikit ~ haha.. ada lagi tempat kitorang pegi, Kinabalu Park, Kundasang... tempat lahir aku Beaufort & tempat aku membesar di Sipitang sudah pegi tahun lepas ~ wakakakaka.. lastly aku pegi labuan cause aku tinggal kat labuan buat sementara waktu ~ hoho