Pages

Sunday, March 30, 2014

Adab di Facebook ??

Assalamualikum ~
kali ni nak bercerita sikit mengenai adab-adab ni. Adab ni penting tau nak jaga hubungan kita dengan orang sekeliling, tak kesah lah sama ada adik-beradik, keluarga, rakan atau pun dengan orang yang kita tak kenal. 
 Bukan kita nak jadi hipokrit, kita kan orang Islam, sedangkan orang yang bukan beragama Islam pun beradab, takkan lah kita yang diajar adab sejak kecil masih tak tahu nak beradab.

Aku cerita pasal adab bukan apa, aku tak suka dengar cerita buruk orang lain. Lagi-lagi orang yang kita tak kenal.

Tuesday, March 25, 2014

Sahabat

Assalamualaikum ~
ok kali ni aku nak berkongsi cerita mengenai sahabat. "Susah nak jumpa sahabat yang sejati". Tengok kat cermin, tanya pada diri, korang layak ke jadi seorang "SAHABAT" kepada orang lain ? Layakkah ? Kalau diri tu memang tak layak macam mana kau nak dapatkan SAHABAT SEJATI ? Aku memang tak suka orang suka berkata zaman ini sukar untuk bertemu sahabat,kau layak mendapat sahabat sejati sekiranya kau bersifat seperti seoranng sahabat sejati. Apa yang kita buat kat orang lain, itu lah juga kita dapat semula, sama ada dapat sekarang atau kemudian. Tak salah kan kita berbuat baik kepada orang lain ? Walaupun orang tu buat jahat kat kita, tapi kita kena balas dengan baik sebab itu lah ajaran Islam.