Assalamualaikum ~
4 bulan dah berlalu, dah tiba masanya aku pulang ke rumah. haha. Aku tinggal di Labuan dari bulan disember 2013 hingga lah mac 2014. hohoho. Rasa cepat masa berlalu. hurmmm. Aku teringin nak berjumpa dengan kawan-kawan aku di Sipitang dulu, tempat yang penuh dengan kenangan aku semasa kanak-kanak. haha. Bayangkan lah aku tinggal di Sabah dari lahir hinggalah tingkatan 3, 15 tahun. Memang terlalu banyak kenangan di sana. Tapi aku tinggal di Labuan di tempat abang aku, macam mana nak pergi ke KK ? Kalau aku ni lelaki boleh lah aku keluar sesuka hati tapi aku ni perempuan.
Walaupun aku kadang-kadang berperangai macam lelaki tapi aku selama-lamanya perempuan. haha. Lagipun aku memang tak berani keluar sorang-sorang. hahahaha. Aku pulak tak ada kawan yang tinggal di Labuan ni, jumpa kawan lama aku seorang jer, tu je lah, selama-lama aku tinggal di Labuan aku hanya duduk terperap dalam rumah abang aku. Rasa sedih jugalah tak dapat jumpa kawan-kawan. Tapi apakan daya. Dah dekat dah Sabah dan Labuan, tapi tak juga dapat berjumpa. Hurmmmm. Dan aku sedih satu lagi benda, haha. Tapi aku tak nak share. hahaha. Merepek jerr. Masa pagi nak balik tu macam sedih juga lah, rasa macam dah terbiasa tinggal dalam rumah abang. Lepas tu nak tinggalkan anak buah tu yang dah dijaga hampir 4 bulan tu rasa sedih juga lah, tapi tak lah sampai nak nangis, haha. Akak-akak aku jer yang over cakap aku nangis, merepek jer. hahaha. Masa nak angkat barang lah paling sengsara aku rasa. haha. Akak aku berabis mintak kirim coklat, tension jugak aku menganggkat barang dari tingkat lima. haha. Abang aku tinggal kat rumah flat, tu yang malas nak keluar, hahahaha. Awal-awal bawa kotak tu ok, tapi bila dah sampai tingkat dua lah mula terasa lenguh, haha, rasa macam nak berlari je kemudian balik je kotak tu kat abang aku, hahaha, tapi nanti tak ada rupa coklat pulak, hahahaha. Tahan aje lah, sape lagi nak angkat, terpaksa lah menunjukkan bakat, hahahaha, bakat angkat benda berat ? haha. Flight kitorang pukul 6:30 petang macam tu lah. Aku beritahu akak aku jemput aku pukul 8:30 malam. hahahaha. Terlampau awal, sebab aku tak nak menunggu lama, penat oooo. haha. Tapi akhirnya flight pukul 7 lebih, sebab lambat. hahaha. Maaflah. hoho. Aku nak cerita kan moment dalam flight tu, aku ingatkan kitorang duduk bersama (aku, abang aku dan akak ipar aku), rupa-rupanya berasingan, dah tu kat belakang pulak tu, sabar je lah masa aku tau tu. Masa masuk tu abang aku teman kan akak ipar aku sebab bawak baby kan kemudian guna pintu depan. Aku terpaksalah jalan berseorangan, haha, aku guna pintu belakang sebab tempat duduk aku kat belakang. Sebelum ni aku tak pernah duduk sebelah dengan orang asing. Aku biasanya duduk dengan family aku. Tapi flight sebelum ni (Malindo hari tu) aku duduk sebelah pasangan cina yang agak berusia, best jugalah sebab mengadap tablet, tak lah rasa bosan. Aku memang mengharap sangat aku tak duduk dengan orang pelik-pelik. hahaha. Tapi bukan semua benda yang kita harapkan akan menjadi kenyataan kan, sabar je lah. Masa aku cari tempat duduk tu kan, memang terkejut aku, haha,lelaki oi ! Adoi ~ Aku tak tau orang tu perasan atau tak, air muka masa aku ternampak lelaki kat tempat duduk aku tu memang berubah, hahaha, memang terdiam, terkedu segala lah. Muka aku lebih kurang macam ni, dari happy menjadi.... hahaha, tapi aku kawal lah muka frust tu, haha |
Dia duduk belah tingkap, aku duduk tengah, ok fine. Yang aku geram shawl aku ada warna pink dan baju orang tu warna pink. Kalau orang tengok memang macam pasangan. Dah la kalau masa exam aku memang duduk dalam kelangan lelaki sebab nama aku bermula dengan huruf 'M'. Sabar sabar. Aku mengharap lah orang sebelah aku ni perempuan. Dan tiba-tiba muncul seorang lelaki. Oh my ! Sakit jiwa aku. haha. Memang janggal gila masa tu, aku duduk antara lelaki. Tension pun ada. Masa duduk tengah-tengah antara lelaki ni lah baru aku terasa betapa kerdilnya aku, hahaha, walaupun aku rasa aku ni chubby tapi aku masih kecil daripada lelaki. Memang terdiam gila-gila aku. Nak dengar lagu earphone aku letak kat beg lain, aduhai aku terpaksa duduk tegak dalam 2 jam setengah. Aku tak sanggup tidur. Takut aku terlentok. Malu oi malu ! Orang sebelah aku ni sebok dengan iphone dia, main game lah, dengar lagu lah, macam-macam. Tapi cepat betul dia tertidur, hahahaha, sempat dia tidur masa kapal terbang gelap nak terbang. haha. Yang menyakitkan hati bila orang yang duduk dekat tingkap nak keluar pegi tandas. Grrrrrrr. Dah la sempit laluannya, kalau perempuan boleh la aku selangkan kaki jer, ni lelaki terpaksa lah keluar. Yang lawaknya masa nak duduk semula tu aku terduduk tali pinggang keselamatan tu, sakit owwww. Tapi aku duduk sebelah dengan lelaki kan terpaksa lah aku tahan, tahan sakit dan tahan nak ketawa. haha. Buat muka steady padahal nak ketawa. haha. Kali ni telinga aku selamat tak berdesing, tapi bibir aku pulak kering, nak minum air aku rasa macam nak ke tandas, terpaksa lah tahan, pedih bibir aku, nak pakai lipsgloss aku duduk tengah-tengah, tak ke pelik ? Tahan lagi sekali. Lagi sekali moment yang buat aku nak ketawa, masa dah nak sampai KL tu nampak lah lampu-lampu jalan tu. Masa tu dalam kapal terbang gelap, jadi cahaya lampu tu memantul dalam kapal. Mula-mula aku pandang tingkap tu, tak sabar-sabar nak mendarat, haha, lepas tu aku berpaling mengadap depan aku tapi aku 'ter', tak sengaja kay, aku terpandang muka lelaki sebelah aku ni, di pun mengadap cermin, dan mukanya kena cahaya, dan sangat lawak mukanya. hahahahaha. Aku memang menahan nak ketawa masa tu. hahahaha. Aku terkejut jugak, tapi lepas tu serius aku katakan aku menahan ketawa. hahaha. Minta maaf ya. hehe.
-the End-
No comments:
Post a Comment