Pages

Sunday, May 4, 2014

Giatmara 2012 :D

Assalamualaikum ~
weeeeeeeeeeee~ nak bercerita tentang aku masuk giatmara ~ hoho
sedar tak sedar dah 2 tahun kan. huk huk. Rindu kat korang-korang sumue yang nakal tahap gaban. hahahaha.
 Aku masuk giatmara pagoh tahun 2012 pengambilan pertama bagi tahun tu. Well, memang banyak memory yang best tak best entah apa-apa. 
Biasalah kan, kehidupan. Tak kan lah best sepanjang masa, pasti ada yang tak best kan. hehe :D tapi jangan lah dikenang tak pahit, 
kenanglah yang manis, yang pahit jadikan pengajaran yang manis di jadikan kenangan terindahhhhh ~ ngeeeeeee ~
Pada sesiapa yang tak berapa tahu, tak kenal atau memang tak pernah dengar pun nama Giatmara ni aku bagitau. haha. 
Mungkin tak berapa nak lengkap tapi ini jelah yang gua tau. haha. Hancur bahasa Melayu aku. haha. Maaf maaf. haha. Giatmara adalah tempat latihan kemahiran yang disediakan kerajaan untuk rakyat. Setiap tempat adalah kemahiran tertentu yang disediakan. Tempat aku, di Pagoh ni ada tiga jer, menjahit, kimpalan dan automobil.
 Kat tempat lain ada banyak lagi. Kira kursus lah tempat ni kan, kursus menjahit dan kimpalan cuma 6 bulan, manakala automobil setahun.
 Pengambilan pelajar 2 kali setahun, awal tahun bulan januari dan pertengahan tahun bulan jun bagi yang 6 bulan lah, automobil sekali setahun, ye la kot, aku pun dah lupa. hahahahahahaha. Tapi bagus program ni, bagi yang tak mampu atau sumber kewangan tidak menizinkan untuk bisnes menjahit, kimpalan atau apa saja boleh mengikuti program ni. Masa 6 bulan tu belajar asas, lepas tu ada lagi program sterusnya selama 6 bulan juga,
 dan lepas tu ada di berikan wang pinjaman (ye ke? kena pulang balik ? aku lupa satu perkataan ni, tapi rasanya tak perlu pulang balik wang tu) dan di berikan mesin ! woooohooo~ sesiapa yang tak da modal nak beli mesin Giatmara bantu ! jadi macam dah tak ada alasan kata tak da kerja, tak da modal nak bisnes. 
Kat giatmara tu pun ada elaun, serius dah tak ada alasan tak da kerja, kerajaan dah bagi dah tu, cuma nak tak nak jer. 
Tak minat ? Tak makan lah kau. hahahaha.

Dah habis pengenalan tentang Giatmara, hahaha, aku belajar 6 bulan pengambilan pertama tahun 2012. Kalau pengambilan pertama tu biasalah, ramai budak lepasan SPM dan ciput je lepasan STPM, dan aku masa tu lepasan SPM 2011. 
Dalam 6 bulan tu belajar cara dan tenik menjahit, tentang mesin, tu je la kot. hahaha. Ada juga cikgu ajar jahit tangan, tapi aku tak fokus dan dah tak ingat. hahahaha. 
Banyak ooo aktiviti kat sini. Memang best bagi aku lah. hahahaha. 
Dalam 6 bulan kitorang ada merentas desa, main bowling, melawat giatmara lain (?), pergi aquaria, majlis pun ada juga,
 mungkin Giatmara lain ada lagi aktiviti yang best. haha. 
Dah ... malas aku nak fikir tentang aktiviti giatmara ni, stress aku. hahaha. 
Entah apa-apa aku ni. hahahaha. Nak cerita lah, aku ni kan orang sabah pindah ke pagoh ni memang tak kenal siapa-siapa. 
Yang aku kenal cuma lah classmates aku 4B/2010 dan 5B/2011. Sedih kan. hahaha. Kenal jugak budak-budak kelas lain, tapi kenal nama je lah, tak pernah cakap depan-depan. Kesian aku, hahahaha, ayat minta simpati, haha. 
Tapi masuk sini dapat lah kawan-kawan baru ~~ haha. Aku yang dok terperuk dalam rumah tak keluar mana lah nak kenal sesiapa. haha. Aku tak nak cerita masa awal-awal masuk. hahaha. 
Dah lama tu kan memang best, tapi yang hampeh aku masuk dengan akak aku lepas tu dah berapa bulan kemudian dia keluar, tinggal lah aku sorang ~ hahaha. 
Jadual kitorang kat giatmara ni macam aku kat sekolah ugama kat sabah dulu, maksud aku sekolah rendah, haha. Pagi-pagi beratur, then buat senaman panaskan badan, lepas tu bersihkan kawasan giatmara. 
Aku dan Hanis (geng aku kat giatmara,haha) kena bersihkan tandas kakitangan perempuan. haha. Ni lah yang buat aku gelak ketawa kalau diingat semula, haha. Dah dua ketul je yang pegi mencuci, macam-macam lah kitorang buat. Tandas kakitangan ni agak terpinggir, haha, sebab tandas ni dekat dengan bengkel automobil, kat hujung pulak tu. Kadang-kadang tak de penyapu, tak de sabun, tapi dah gosok hari-hari kan, bersih la tu, kitorang sembur air je, dah berkilat, hahahaha. 
Nakal jugak kami berdua ni ya. haha.Tapi kalau lepas cuti tu memang lah cuci gosok licin harum wangi. hahahaha. Tapi kalau nak mencari penyapu toilet yang hilang entah mana memang lah leceh, takkan lah diorang sapu bengkel guna penyapu toilet, apakah ?? haha. Bila masing-masing dah siap bersihkan kawasan masing-masing baru lah masuk kelas. 
Nak masuk kelas pun kena beratur, kira orang, agak-agak ada yang hilang ? haha. 
Memang macam-macam pelbagai karenah nak masuk kelas, yelah dalam satu hari lebih kurang 4 kali nak beratur, haha. 
Memang macam-macam gaya. Memang banyak sangat kenangan kat sini, aku taip pun sampai esok pun tak siap, haha. Yang aku ingat ni big bro lah, haha, abang Azrin. Memang baik, walaupun awal-awal tengok muka macam gengster, tapi ambil menjahit. haha. 
Tak payah cakap lah "apalah lelaki menjahit", "menjahit tu kan lembut, perempuan je yang sesuai", eleh, tak payah nak poyo sangat lah, ramai pereka fesyen adalah lelaki, diorang bukan reka sahaja, mereka jahit sendiri. 
Kau pegi kutuk diorang pun tak da makna, kau yang bertambah dosa, doakan saja mereka kembali ke pangkal jalan... Kembali ke cerita asal, haha, abang Azrin seriously fun, seronok dok borak dengan abang Azrin, aku entah kenapa hari tu duduk dengan semeja, prefer said mesin jahit lah dengan abang Azrin dan kak Ida, tengah isi borang atau test, aku pun tak ingat, boleh kitorang dok gelak ketawa bersembang, padahal yang lain senyap, haha, aku kalau orang dah start gila-gila apalagi, aku pun followww~ haha, cikgu mulanya sabar, akhirnya aku di paksa duduk semeja dengan akak yang aku tak berapa ngam, garang pulak tu, haha, terus diam aku duduk sebelah akak tu. hahahaha. 
Tapi bila diingat semula apalah yang kitorang cerita sampai aku tak boleh dok diam, haha. Abang Azrin ni aku anggap macam abang aku, kalau lah abang aku ni abang azrin memang setiap hari penuh dengan gelak tawa, haha.
 Aku ingat lagi bila dah penghujung macam bulan mei tak silap aku, aku masuk pra-u, dan pihak sekolah tak benarkan aku dengan ada seorang lagi kawan aku ni habiskan dulu giatmara, aku fikirlah kenapa juga ? 
Cousin aku sebelum ni masuk giatmara, then dapat form 6 ok je, kenapa tahun ni tak boleh ? Rupa-rupanya pra-u dah guna sistem baru, baru lah aku faham kenapa.
 So aku datang giatmara petang je lah, kadang-kadang datang, kadang-kadang tak, haha, suka hati aku jer. haha, mohon maaf dan ampun kepada guru-guru kat giatmara. huhu. Ada lah satu hari ni aku buat projek apa tah, memang menjahit lah, dengan baju sekolah, haha, aku tukar tudung je, aku tak ada mood nak bawa baju giatmara tiap-tiap hari, haha. Giatmara ni depan sekolah aku je, so bila aku dah habis kelas aku terus pegi giatmara dengan baju sekolah. 
Lepas tu masing-masing panggil aku budak sekolah, haishhh, hadap je lah, dah memang budak sekolah kan, haha. Petang-petang kan panas, abang Azrin beli lah ABC kat depan sekolah, aku saje-saje je minta, memang stail aku main-main, haha. 
Kebetulan pulak dia beli 2, haha, so dia bagi aku separuh, haha, ke 1 tu, entah aku dah lupa, haha. Memang macam abang aku, aku rasa, hahaha. 
Kebetulan aku masuk giatmara tu dengan akak aku, entah kenapa diorang panggil aku adik, layan je lah, haha. Abang Azrin pun panggil aku adik, lagi lah aku rasa macam adik dia, haha. Yang buat aku nak ketawa + malu jugak lah, kebetulan pulak hari tu aku pakai tudung sekolah, haha, dengan aku yang naive ni, punya la comot aku minum, hahahaha, 
Cikgu Gayah dengan abang Azrin pun ketawa kan aku, hahahaaha, malu juga lah, dah 18 tahun minum ABC pun comot, hahaha, aku ingat lagi abang Azrin cakap "dek, kau minum macam budak-budak", lagi lah aku perasan aku ni adik dia, hahaha, 
bukan perasan jadi girlfriend dia tapi perasan jadi adik dia, hahahaha. Tapi antara moment yang sukar untuk dilupakan adalah kawan aku, hahaha, kawan sekolah aku, hhaha, memang lah kenangan yang tak akan dilupakan. 
Ibu jari kiri kawan aku termasuk jarum mesin, entah macam mana. Kebetulan pula aku dengan siapa tah berborak dengan dia, dia cuai lah kot tengah bersembang tu kan, bayangkan boleh tembus dari kuku tu. 
Adoi. Ngeri ! Menjerit-jerit kitorang masa tu, memang panik, dah nama perempuan kan. Aku masa tu tengah duduk sebelah dia, aku tengah menetas baju aku, dah salah jahit, nak dapat cemerlang, tetas lah, haha, cemerlang lah sangat. hahahaha.
 Aku tak sanggup tengok kawan aku tu menangis kesakitan, terkejut kot, aku pun duduk sebelah dia memang terkejut habis, macam nak tercabut jantung I, hahahaha.
 Budak-budak kimpalan pun dok sebok nak tengok, budak-budak (budak lagi ke ? haha) kimpalan ni memang suka menyebok, haha, suka lepak kat bengkel menjahit, ada kipas. hahahaha. 
Kalau cerita pasal menjahit, aku teringat masa jahit baju melayu, kolar yang cekak musang, entah la kenapa masing-masing masa tu jahit semua dulu baru jahit tepi. Lepas tu yang menghairankan aku boleh tahan ramai juga salah jahit (?), aku tak tau nak istilahkan apa. haha. 
Masa diorang jahit tepi diorang terjahit sekali bahagian lain, macam terlipat gitu lah, dah lah mesin tu jahit dan potong sekali bahagian tepi. Kalau guna mesin ni memang kena terbalikkan baju/kain, lagi kau tak sedar baju kau terpotong, haha. 
Bila dah siap jahit baru lah perasan ada bahagian berlubang. sudahhh. Aku pun terkena juga, tapi nasib baik, memang lucky aku hari tu, haha, aku terbuat (tak sengaja ye, haha) lubang dekat dengan leher, boleh tutup dengan kolar cekak musang tu. hahahaha. 
 Selamat markah I, hahaha. Memang banyak lagi kenangan kat Giatmara ni, tapi kalau nak cerita semua, aku pun tak tahan nak taip, hahahaha. 
Ok sekian. haha




suasana bila habis kelas ? tiba-tiba ada zul, hahaha


dengan cikgu mimah yang agak sporting + kelakar, haha

big bro yang lawak habis, haha, big bro tengah test seluar yang dia jahit, hoho


Abang adie a.k.a orang tueeee ~ haha


mase nak balik rumah, haha, gua pakai baju seolah, haha



dah ada nama tu, tak payah nak ulang lagi, haha
ni masa kat kilang oli, kilang apa tah, budak-budak ni praktikal

budak nerd kat giat ?? haha
anak sape lah yang rajin ne.. haha, jangan marah ye hanis ~ hahaha
gaya entah apa-apa, hahahaha :P
pengurus giatmara tengah cakap, tapi sempat lagi peace, haha
Dengan cikgu Gayah ~ haha

but, I have one thing to tell ya. May be who enter this might not that smart or genius or whatever, but they still people, human, Allah's creature, don't look down at their abilities as if you are that smart, genius or whatever, we are Allah's creature, we are same, don't judge people by their abilities, may be they are not good in study, but they still have abilities or things that you don't have, may be 'fun' or 'happy' ? May be they like to fool around, but they are not fool. 
Aku tak suka orang yang memandang rendah kepada orang yang berada di bawah. Mereka masih manusia. Yang berada di bawah pulak perangainya terima sahaja takdir, bagai daun jatuh ke sungai, hanya mengikut arus sungai (aku memandai cipta, haha, p/s jangan gunakan dalam karangan), tak ada usaha, memang benar rezeki ada di mana-mana, tapi usaha, siapa yang berusaha dia lah yang dapat, tak gitu ? Hanya menadah, tak payah la nak marah gua, kalau lu baca, tepuk dada tanya selera, lu bikin apa sekarang, apa yang lu bikin sekarang ni boleh jamin lu punya masa depan ? Lu pikir lah sendiri, gua punya masa depan pun masih dalam perancangan. Apa yang kita rancangan pun bukannya 100% berlaku, entah-entah 100% terpesong daripada apa yang kita rancang. Tapi dengan usaha Insyaalah, Allah bagi, tapi tak jamin 100%, mungkin kita rancang aku ambil bidang sains aku akan jadi doktor 10 tahun akan datang, tup tap 10 tahun kemudian bidang sastera pulak, tapi gelaran doktor bukan hanya untuk doktor kat di hospital tu saja ye, nak tahu siapa lagi boleh dapat gelaran doktor ? lu pi cari sendiri lah, ilmu dan rezki tak datang bergolek macam jackpot judi, judi tu pun kena usaha jugak, bukan sekali main terus menang kan ? Tapi kalau nak kaya main judi..., memang bodoh, dah la haram. Kalau tak nak kerja, tak nak usaha, menyusahkan orang lain nak bagi makan lu, baik lu mati, tapi kalau mati pun kena ada orang tanam lu, dah menyusahkan orang lain. 
Kesimpulannya, (dah macam karangan pulak dah, haha) tak payah nak fikir bidang apa yang orang lain ceburi, semua bidang adalah susah, tiada benda yang senang di dunia ni, jangan hina atau pandang rendah kepada orang yang berada di bawah anda, bila-bila Allah boleh tarik nikmat anda. Yang seterusnya yang berada di bawah pulak, jangan nak mengada-ngada nak hidup senang tapi malas. 
Apa yang kita sangka mudah sebenarnya tidaklah mudah seperti yang disangkakan, apa yang kita rasakan susah sebenarnya tidaklah susah seperti mana kita rasakan.
Sekian
-the End-

7 comments:

  1. Asalamualaikum nak tanye...Yuran kena berapa kalau nak masuk dress making?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam, tak silap dalam 50 ringgit, tapi tu tahun 2012, tak tahu la kalau ada perubahan atau penambahan.

      Delete
  2. Nak tanya masuk kul bape, balik kul bape. Rehat kul bape

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut waktu pejabat. Masuk pukul 8 pagi kalau tak silap, 12 - 2 rehat, 5 petang balik.

      Delete
  3. Nak tanya masuk kul bape, balik kul bape. Rehat kul bape

    ReplyDelete
  4. Nak tanya bawah 17 tahun boleh masuk ke ?

    ReplyDelete
  5. Nak tanya bawah 17 tahun boleh ke ?

    ReplyDelete