Pages

Saturday, May 17, 2014

Temuduga Ijazah Sarjana Muda Seni Halus Grafik Komunikasi USM

Assalamualaikum ~
haha, pertama kalinya nak berkongsi cerita tentang temuduga, hahaha, ni lah pertama kalinya aku pergi temuduga, haha. Macam excited pun ada, haha. Ok camni kesahnya, haha. Aku dapat tawaran temuduga USM course Seni Halus Grafik Komunikasi, tarikh temuduganya 15/05 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur. Betul-betul kat bandar, adoi....
Susah betul, dah la jauh, kat bandar lagi, tak apa lah, siapa suruh aku pegi mohon USM kan. haha. Start temuduga pagi, pukul 8:15 pagi, memang kena tidur kat KL. Pagi tu memang nervous juga, "wahhhh, aku nak kena interview ~" haha, macam excited pun ada jugak. Tengok kat luar tak juga ramai, ada juga parents yang temankan anak mereka pergi temuduga, macam aku lah, haha, tapi parents aku tunggu kat luar bangunan, haha. Sebelum aku pergi ni aku ada survay online tentang course ni atau sesuai dikatakan pengalaman interview blogger yang lain, kali ni turn aku pulak, haha. Gaya diorang cerita macam course seni ni tak berapa ramai, so aku tak expect ramai, lagi membuatkan aku nervous. haha. Pada hari tu yang ada interview course seni halus dan pendidikan, tapi tingkat lain-lain lah. 
Masa pergi tu berkenalan dengan budak STPM juga, haha, perempuan, so kitorang sama-sama masuk dan naik lift together, haha, nervous together, hahahaha. Masa sampai tingkat 7 nak pergi interview terkejut gila kena beratur dari luar, haha. Dalam otak aku, "biar betul ni ? ke bercampur dengan budak-budak course pendidikan", haha. Kena jugak beratur sama-sama, ramainyaaa ~ haha. Dah tu datang sorang abang lah aku rasa, takkan nak cakap pak cik kan ? haha. Abang tu kiranya kerja pejabat USM camtu la kot, haha. Dia pesan siapa yang pendidikan pergi tempat lain. Ramai jugak yang keluar, so ok la kot, tak sesak sangat. Lepas beberapa minit kemudian datang lagi ramai, macam tak putus-putus orang ni, haha. Nasib baik lah datang awal sikit, kalau datang lambat, lambat lah nak habis, hahahaha. Sempat juga berkenalan dengan budak lelaki ni, tapi tak ingat nama, (well, aku memang ada problem nak ingat nama dan muka orang untuk pertama kali jumpa, maaf maaf) dari Tun Perak katanya, budak STPM jugak. haha. Tapi dia dapat tawaran seni halus pengarahan dan lakonan or something, haha. Sempat juga bergurau senda kejap, haha. Yelah, katanya kalau seni halus yang lukisan boleh bawa lukisan tapi ni lakonan nak bawa apa ? hahaha. 
Aku ada baca blogger yang pegi interview course ni macam hebat je, haha, dia pun excited plusss nervous, sebab tak tau nak buat apa. haha. Aku teringin nak tanya dia macam mana dan apa terjadi hari tu, hahaha. Dah lama tunggu pegi daftar nama tu masih lagi ada budak yang masuk, memang sesak aku tengok, haha. Dah daftar tu masuk bilik ni untuk melukis, ramai siak, haha, mulanya kata dia tempat aku masuk tu sesak so pegi guna pintu lagi satu masuk dari tempat lain, ok, aku pergi la keluar, lepas tu nampak ramai giler yang beratur, hahaha, memang sesak aku tengok, dah masuk pintu lagi satu, cuma satu meja kosong, aku pulak berdua dengan kawan aku yang baru jumpa tak memasal orang tu minta kitorang pergi semula kebelakang, ok terima kasih bagi kitorang pusing-pusing, dah la sempit, haha. Diorang susun kerusi, buku, siap ada pasu bunga dengan bunganya sekali (hahahaha), 2 biji oren dan satu kotak kertas kat bawah meja. Kitorang yang mohon seni halus grafik komunikasi dan sebagainya (haha) diminta lukis still life drawing dalam masa 20 minit. Ok, masa diberi memang ciput, memang kedekut, hahahaha, so aku berhempas pulas menghentam lukisan aku yang aku tengok macam tak berapa nak jadi, haha. 
Lantak lah, aku dah buat sehabis sebaik mungkin, memang tak pandang lukisan budak lain, sebab aku rasa 20 minit tu memang sangat ciput, haha. Lepas tu kitorang di minta menunggu diluar sementara untuk ditemuduga secara lisan.
 Ni lah yang membuatkan masing-masing kecut. Abang yang handle group temuduga pun agak confuse aku tengok, mungkin dorang pun tak expect ramai yang datang, hahahaha. Pusing-pusing je aku tengok, haha. Kitorang habis melukis tu kira-kira pukul 8-9 camtu, tapi aku interview habis pukul 10 lebih atau pukul 11 camtu, nasib baik aku datang awal, kalau datang lewat lagi lewat habis, haha. Sementara menunggu kena panggil untuk temuduga tu memang aku berborak dengan kawan baru aku tu, haha, minat bisnes katanya, aku teringat dengan kawan-kawan aku, bila difikirkan semula aku memang berkawan dengan orang yang suka duit (?) hahahhaha. Mulanya kitorang di bagi kumpulan, awal-awal tu satu kumpulan 4 orang, kemudian jadi 5, jadi 5 orang sekali masuk untuk interview. Aku baca kat blog diorang masuk 3 orang jer, kenapa kitorang 5 orang ? hahaha. Tapi aku gembira juga ada teman masuk, kalau sorang-sorang aku tak berapa suka, kalau aku sorang jadi tumpuan mereka (interviewer << ade ke istilah ni ? haha) 100% kat aku, gila tak tegang time tu. haha. So kalau masuk ramai-ramai lagi rilek, tenang, ada kawan, dan yang lagi best, idea. haha. Abang tu mulanya bagi kumpulan then tiba-tiba tukar, haha, interviewer tu mintak sendiri group yang dia nak, haha, gila tak pening abang tu, haha, kesiannn. 
Mulanya budak yang masuk ikut kumpulan yang abang tu bagi, bila dah keluar interviewer tu panggil budak baru, masa tu dia minta budak yang mohon course seni halus sebagai pilihan pertama, okay, tunggu lagi. haha. Masa budak first keluar sempat la tanya budak cina, yang sorang ni sebok bercerita dalam bahasa cina dengan kengkawan dia, tak sempat nak cakap dengan kitorang, so aku tanya yang lain, budak cina juga, aku tanya "how ? ok ?", responnya agak senyedihkan, haha, muka macam orang kena reject, haha, padahal keputusannya belum keluar lagi, haha. So bila budak cina yang banyak cakap tu dah habis cakap so aku pegi tanya dia, macam mana soalannya, dapat jawab tak. Dan responnya sungguh menyedihkan, dia tak dapat jawab, ok, memang interview ni susah. haha. Bila dah keluar group yang kedua tu, dorang mintak budak yang mohon grafik komunikasi sebagai pilihan pertama, so aku masuk sekali. Ada budak wish goodluck kat aku, masa tu aku melangkah masuk sambil baca bismillah, nak tergelak jugak aku, macam menakutkan, haha. Ok budak yang masuk sekali dengan aku budak yang aku tak cakap langsung masa kat luar. Diorang speaking. Erkkk. haha. Sorang budak matriks dan 4 orang budak STPM. Sorang budak India, STPM, dia ambil ekonomi tiba-tiba mohon course seni, agak terpesong, haha, tak bawa apa-apa langsung, dia just bawa sijil. Sementara belum di panggil untuk temuduga tu aku tanya dorang ape bende binatang grafik komunikasi ni, haha, sebenarnya aku seberono je mohon course ni, aku tak tau pun ape bende course ni, janji ade perkataan seni halus, hahaha. Masa dorang terangkan course ni, agak tergamam jugak aku, hahahaha, aku menyesal seberono mohon, hahaha, course ni sebenarnya kita menyampaikan sesuatu maklumat melalui grafik atau memalalui teknologi media, macam komputer, cetakan, budak yang ambil seni dalam STPM mesti faham, grafik komunikasi ni adalah bidang perekaan bukan pengkaryaan. Okay fine aku salah bidang, haha, memang ini salah satu seni halus, hahaha. Tapi nasib baik lah aku tahu serba sedikit mengenai bidang perekaan. Masa ditemuduga dia siap tanya apa bezanya course yang kitorang mohon dengan seni halus.
 Dalam hati aku, "bapak ahhh, dia tanya soalan camni pulak", hahahaha. Mulanya dorang bagi soalan terbuka, sesiapa daripada 5 orang daripada kami boleh jawab. Ni lah bab yang menggembirakan bagi aku. haha. Bagi chance kat orang lain cakap, sementara tu kita berfikir sepantas yang boleh untuk jawab soalan tu, dan kita boleh gunakan ayat atau idea budak sebelum kita sebagai inspirasi, haha, tapi ubah-ubah lah ayat diorang tu, jangan tiru bulat-bulat, gubahkan ia jadi ayat yang menarik. So bila diajukan soalan aku jadi orang yang ketiga atau keempat jawab. hahaha. Macam tak adil kan ? Cedok idea orang lain ? fikir elok-elok, dunia ni memang tak adil, haha. So aku jawab seni halus ni lebih kepada menghasilkan karya dengan nilai-nilai estetik manakala grafik komunikasi ni menghasilkan karya bagi tujuan komersial untuk perdagangan, aku seberono je jawab, ada lagi ayat-ayat entah apa-apa aku jawab, hahahaha. Tapi aku jawab dengan slumber dan senyum, bukan tersengih-sengih yer ~ haha. Da budak cina ni, dia sebut nama Latif Mohidin tak silap aku. Oh no ! Habis dia kena soal tentang Latif Mohidin. Aku pun kena jugak, sebab aku sebut aku minat software, so dorang pi tanya aku software apa yang aku tau, tiba-tiba kepala otak aku blank, hahahaha, malu jugak aku, tiba-tiba blank, hahaha, tapi muka steady. haha. Soalan diorang agak tough, tak macam pembentangan kat sekolah, boleh ketawa-ketawa, gurau-gurau dan senyum-senyum. Interviewer kitorang masa tu ada dua orang, seorang India seorang entah, haha, interviewer yang India tu agak selesa juga aku cakap dengan dia, sebab dia senyum time aku cakap, so aku selesa bercakap dengan dia (maknanya aku bercakap sambil senyum, haha), tapi yang seorang lagi ni agak tegas, so aku bercakap dengan penuh keyakinan walaupun aku cakap hentam, hahahaha, aku seberono je cakap, sebab aku tak tau nak respon apa, kalau aku sengih-sengih dikata aku main-main, so aku cakap dengan tegas, walaupun cuak, haha, walaupun apa yang aku cakap tu entah apa-apa. haha. Lepas tu diorang tanya soalan yang membuatkan aku rasa aku kena temuduga untuk kerja, haha, sebab diorang tanya "kenapa USM nak ambil awak ? Apa keistimewaan yang awak ada supaya USM ambil awak ?", biasanya soalan macam ni dituju untuk orang yang nak cari kerja, "kenapa syarikat nak ambil awak ? apa keistimewaan yang awak ada supaya syarikat ambil awak nak bekerja ?", tapi biasanya jawapannya kita boleh menaip laju, kan ? haha. Takkan aku nak jawab dengan interviewer tu aku boleh menaip laju, haha, entah pape tah aku cakap, aku pun tak ingat. hahaha. Interviewer tu ada mention kena speaking, tapi aku cakap melayu, hahaha, bila dia tegur tu aku tetap cakap melayu, wahahahaha, mungkin dia tengok muet aku rendah mungkin sebab tu dia tegur. So aku jawab dengan penuh yakin, pasti, boleh (haha) "kalau saya diberikan peluang untuk belajar, saya akan lakukannya sedaya upaya dan semampu yang saya boleh lakukan (?)", aku cakap dengan yakin dan fokus gila-gila kat dia, rasanya ni lah pertama kalinya aku cakap dengan tegas, serius dan berkeyakinan, haha. Saja-saja ja cakap camtu, tak da niat pun, cuma aku tak nak dia pandang rendah dengan aku, haha. Aku ada menyampuk cakap budak ni, haha, tak sengaja sebenarnya, tapi dah tercakap teruskan saja, haha, aku duduk hujung belah kiri, 4 orang budak tu aku nampak pandang aku, hahaha, tak sangka aku bersungguh jawab, dan aku sendiri pun tak sangka aku bersungguh nak jawab soalan, hahaha, bila diingat semula, nak tergelak jugak aku ni, hahaha. Bila dah habis tu aku siap bagi tips kat budak lain, tak lain tak bukan YAKIN, memang ni je lah yang boleh aku pesan, haha, dan aku pesan jangan sebut nama pengkarya atau sesiapa konon-kononnya nak bagi contoh, tak memasal kena soal tentang pengkarya tu. 
Ok bagi aku tentang interview ni, perkara yang penting kena ingat dokumen yang diminta, pastikan korang bawak semua dokumen yang diminta, dan sekiranya course yang korang apply tu ada arahan minta korang bawa portfolio tu, tolong lah bawa, sebesar atau sekecil mana pun bawa lah, ada budak yang interview sama-sama aku tak bawak portfolio langsung habis kena tegur habis-habisan, walaupun sikit, bawak jer, diorang memang tengok sikit jer, tapi diorang tetap tengok, sebab dari lukisan tu diorang menilai kita, lagi-lagi yang ambil course seni halus/fine arts. Jangan nak gedik-gedik macam kat sekolah, "ala, terlupa la, tak sengaja", ingat diorang layan ? Diorang terus black list nama korang, ada lagi yang ramai yang apply, ramai lagi berbakat dari kita, so kita kena fight. Dan tak lain tak bukan yakin, cakap je apa-apa, bukan dia nak check pun betul atau tak kita cakap ni, dalam 1 hari tu ada berapa puluh orang diorang interview, takkan lah diorang nak check setiap kata-kata budak yang di interview tu. Tapi cakap tu biar logik, hahaha. 
Tapi alhamdulillah aku boleh jawab soalan yang diajukan, mungkin ni semua kerana kengkawan semua dok wish good luck kat aku. haha. Dengan bantuanNya, keyakinan tu sungguh la berharga. haha. Memang aku berterima kasih kepada semua yang wish good luck kat aku tu, kengkawan yang dari johor, sabah, family, dengan entah siapa, terima kasih. Massyaallah barakallah. Aku tak tau lah ayat tu sesuai atau tak, haha, tetapi semoga korang semua diberikan barakah oleh Nya. Lepas ni ada temuduga course seni bina di UTM, alhamdulillah, tak sangka dapat tawaran ni. haha. So to all my dear friends, I wish you all to have all luck in the interview ! haha. 
Insyaallah, lepas ni kita semua sambung degree bersama-sama. Rasa sedih pulak, haha, dah besar dah kita ni kan, sama-sama tempuhi STPM, then nak tempuhi degree. 
-the End-
:)

13 comments:

  1. Dear senior,may i ask,i am very interested in this course,but i worry about the job opportunity after graduate...can you kindly guve me some guide^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, don't worry about the job opportunity in this course, its pretty wide if you are creative, mostly people will be a designers or animators, (like Upin Ipin, BoboiBoy etc.). But you need to be good in adobe family (Photoshop, Illustrator, Premier,etc.).
      If you know already how to use Photoshop etc, better you bring all your works during interview. Its bonus ! They definitely accept you ! haha

      Delete
  2. Uhm.. May I ask, what kind of portfolio do we need to make? I'm from matriculation, so how do I bring my sketching/drawing? Do I need to make a new one? or can I bring my spm assignment for arts? They say to bring portfolio(cd/pendrive), so do I need to do only for softcopy or I need to do softcopy and hardcopy? If I already know how to use graphic editor, do I also need to bring it in softcopy or hardcopy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, bring anything you have and better make new one. So that they will know you still have the talent. If you have painting bring it too.
      The cd/pendrive means for video, if you know editing video you can burn it into cd/pendrive and show them during the interview. I'm not sure if they want to see the softcopy of photoshop etc. I think they just want to see the result.

      Delete
  3. Hi sis! How to make portfolio? Pls help me! Thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. please read this :) http://separuhsabahan.blogspot.my/2016/05/portfolio-seni-untuk-interview-degree.html#more

      Delete
  4. kak nak tanya. usm memang kena dapat band 4 muet ke untuk dapat ijazah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. band berape? max ...silap tanya ��

      Delete
    2. hanya band 2 je

      Delete
  5. Sis saya dapat seni halus lakonan dan pengarahan. So portfolio saya adalah video yg saya buat ya?

    ReplyDelete
  6. salam sis , nak tanya , program ni melibatkan software kan ? kalau kita xpandai bab2 software , komputer ni ,is it okay to choose this course?

    ReplyDelete
  7. Sis saya nk tanya.
    1. Course ni ada kaitan tak dengan digital arts?

    ReplyDelete
  8. sis, saya nk tanya course ni sesape boleh masuk ke ? even takde basic art

    ReplyDelete