Assalamualaikum ~
dah lama sebenarnya nak cerita pasal perasan nih, haha, tapi tangguh..., tangguh..., dan tangguh ~ haha.. Kita sebagai perempuan ni memang tak sah kalau tak perasan kan ? hehe. Siapa yang tak pernah rasa perasan ? tipu lah. Aku pun pernah alami, bahahahah, boleh gila aku kalau dah start perasan sebab aku ni jenis 'overthinking'. Bila aku start perasan aku memang senyap, berfikir memanjang. hahahaha. Kalau citer pasal perasan pandai tu, aku rasa aku tak pernah, haha, Allahualam. Aku sentiasa fikir ilmu aku tak banyak mana pun,jadi aku selalu terima pendapat orang lain.
Masa aku alami perasan yang amat sangat ni, aku cari sumber-sumber nak elakkan perasaan yang perasan ni, haha. Masa tu memang lah setan menguasai diri ini, perasaan perasan tu membuak-buak. Aduhai. Aku pulak jenis yang berfikir memanjang, sakit kepala owwww ~ Aku nak redakan kepala otak ni aku tengok-tengok kat blog, nak hilangkan perasan nih. Aku rasa macam tak ngam dengan diri aku yang agak gila ni, haha. Teringat pulak citer masa tingkatan 3 tuh, bahahahaha ~ maluuuuu ~ maluuuuuu ~ tutup muka sat. haha. Masa aku baca kat blog rata-ratanya diorang luahkan perasaan kat lelaki yang diorang fikirkan lelaki tuh suka diorang. Susah jugak ayat aku ni ya. haha, Rasa macam oh myyyy, diorang luahkan perasaan ? Anda semua yakin ke lelaki tu memang sukakan anda ?? Bila soal hati ni memang payah bebenorrr. haha. Macam-macam benda aku fikir, aku fikir banyak lagi perempuan yang lagi cantik daripada aku, takkan lah dia suka aku. Settle. Walaupun ambil masa yang lama (beberapa hari je kot, haha) tapi berkesan, serius, perasaan perasan ni bertahan beberapa minggu je (1/2 minggu bagi aku lah, haha). Ingat Allah, tu yang penting kan ? Doa kepadaNya. Yang telah kecewa tu ingat, jangan kecewa sangat, Allah simpan kan seseorang istimewa untuk anda. Ceeeeewah, ayat, kenapa aku juga "anda" ?? hahaha. Masa baca kat blog-blog tu ada jugak yang islamik yang aku baca, ingat Allah, tu memang pasti kan, sebab kita ni orang Islam kan :)
Aku pernah terperasan someone ni macam minat aku, macam lah, mulanya aku ignore je, mungkin aku perasan so aku buat macam biasa. Tapi lama-lama aku rasa macam makin menjadi-jadi. Oleh kerana aku tak berminat kat someone tu aku ignore je, bapak jahat aku ni, haha. Tapi ramai lagi gegirl yang comel-comel sesuai dengan dia. haha. Aku nih memang lah jahat + nakal. Aku memang suka usik orang, tak kira lelaki atau perempuan, haha. Tapi ada masanya aku caring sangat-sangat, tapi bila start aku tak suka, memang selamanya aku tak suka. Aku pun tengah berusaha nak hapuskan perasaan yang tak suka ni, haha T^T Mungkin aku terlebih caring kot, ada 1 hari tu dia citerkan masalah keluarganya, aku je seorang dalam kelas masa tu, kawan aku tengah tido masa tu, haha, citer dia pon habis masa kawan aku terbangon, dan dia mintak aku jangan citer kat sape-sape, dan aku tak citer pon. Aku memang tak ada minat nak bercerita hal peribadi orang lain. huh ~ Aku ada bagi nasihat kat dia pasal masalah dia tuh, tapi dia bersungguh-sungguh menyatakan bahawa nasihat aku tuh takkan berkesan, pergghhhhhhhhh, gile tak sakit hati, belom cuba lagi dah cakap tak boleh, okay fine lantak ko lah kepala batu ! haha. Lepas tu beberapa bulan kemudian dia ada ceritakan kat cikgu (sebab masalah dia ni berkait dengan study) lepas tu nasihat cikgu tuh sebijik macam nasihat yang aku dah bagi ! HAH AMBIK !! haha. Aku dah bagitau tak nak dengar. haha. Aku tak tau lah apa kaitan dengan citer ni, hahaha. Aku memang perasan benda ni (dia suka aku), tapi aku memang 100% ignore. Kawan aku pon perasan gak, masa tu birthday aku, dia siap tempah kek coklat kat kawan aku (kawan aku jual ~ sebenarnya mak dia yang jual, dia jadi pengantara ~ wahahahahaha :P ). Aku dah cakap tak payah, tak perlu, berlambak kek coklat kat rumah aku, tapi dia nak jugak tempah tu, waaaaduhhhh, aku terima je lah. Masa kawan aku tu bagi kek coklat kat dia, dia terus bagi kat aku, kawan aku tuh macam terkejut, bahahahaha, tau lah kalau gegirls dalam situasi macam ni, kecoh gila, hahaha, gile tak malu masa tu, nasib baik lah masa tu semua kengkawan sebok kemas barang nak balik, jadi diorang tak perasan. Kalau lah dia buddy yang memang caring camtu mesti dia belikan kek kat semua kengkawan kan, takkan aku je kan. Lepas tu part yang paling aku tak suka, tersentuh tangan. Pepepeperghhhh. Aku tak gatal kay, haha. Aku tak suke sentuh-sentuh ni, aku suke peluk-peluk je. haha. Peluk kawan perempuan aku lah. Aku pun banyak kali tersentuh tangan orang berlainan jantina, tapi tak sengaja kan diam je lah kalau tersentuh atau terpegang. Ni boleh-boleh tangan aku yang aku rasa besar gedabak ni pon boleh TERpegang, okay, TER, tak pa lah, tapi bising cakap maaf tak sengaja, ulang-ulang pulak tu, aku ni memang tak suka orang yang cakap ulang-ulang. Rasa memang geram jugak, aku paham kau tak sengaja, okay done, tu je lah, tak payah nak bising-bising sangat. Waktu kemuncak yang bengang abadi. haha. Aku memang terkedu gila masa ni. Masi ni pembentangan Pengajian Perniagaan tak silap aku, tajuk kemahiran komunikasi camtu lah, tak ingat tajukknya :P . Dah lepas kumpulan tu bentang cikgu boleh panggil aku dengan budak tu berlakon, aku masa tu macam "ha ???? whatttt ??!!!!!!",
situasi yang cikgu bagi pulak dia ajak aku pegi tengok wayang. Bapak ahhhhhh ! Aku bab berlakon ni memang awal-awal lagi aku cakap memang tahap paling teruk, haha, terdiam kau masa aku kat depan. Semua diam, termasuk aku. Tapi akhirnya cikgu panggil orang lain, horrayyyyyy ~ dan lepas tu aku tak pernah nak borak-borak dengan dia. Nak cakap dengan dia pun pasal benda yang pentig-penting je, yang remeh-remeh memang tak. Aku memang fully avoid, aku memang tak suka, memang terasa awkward kotttt. Bila dah penghujung tahun tu aku kurangkan sikit, sikit je lah, tak payah banyak-banyak. haha.
Bila part aku perasan pulak dengan adik-adik, haha, setahun je kot bezanya, tapi masa kat sekolah terasa oooo bezanya, kat u ni tak terasa pun beza, mungkin aku je lah yang tak terasa,hahaha. Yang muda-mudi ni dah la tak kenal, tetiba tegur, gelak-gelak dengan kita, apa taknya kita jadi perasan, kalau sekali tak lah, ni banyak kali, takkan lah taste aku dengan yang muda ~ T_T hahahaha
tapi kalau dah jodoh aku redha ~ tapi kalau boleh aku nak yang tua daripada kuuuuu ~ matang sket kan.. haha
yang muda setahun ni yang sorang ni tetiba tegur aku, masa tu hari terbuka, masa mak bapak datang )sekolah tegok result anak memasing, (please ignore my grammar, haha). Kitorang form 6 buat jualan, aku dengan buddy aku sorang ni bertugas (ceeeeeeh, ayat, haha) bahagian permainan gitu, dia datang dengan ramahnya, boleh berbual-bual lagi, sedangkan aku tak kenal pun siapa budak nih, tapi sesaja je kan, layan je lah. Ada jugak jumpa kat tempat lain, tegur lah jugak, gurau-gurau senda, tapi tak ada apa-apa pun. Entah apa aku merepek. haha. Yang kedua ni yang parah, wowww, perasan tahap gaban yang boleh aku kasi. haha. Pergh, alim kottttt, siapa tak terpikat. bahahahaha. Aku kalau orang tak mula memang selamanya aku tak perasan orang tuh, lagi-lagi kalau lelaki. Kalau tak tegur memang la aku tak kenal. Dia yang start dulu tegur kan, so aku layan je lah. Tegur gitu-gitu je, tak lah lebih-lebih, ingat batas-batas pergaulan. huuuuu ~ Lama gak lah nak hilangkan perasan ni, sebab aku nampak dia baik sangat, tapi sekarang ni tak da lah. Buang perasaan ni jauh-jauh, nanti memakan diri pulak. Aku tak nak merana kerana perasan. haha.
Orang ada tanya kenapa tak cari boyfriend ? aku pun tak tau nak jawab apa, masih tak ada jodoh la kot. Aku sebolehnya nak yang halal lah, tapi..... entah lah. Soal hati macam ni aku tak pernah fikir dalam-dalam. Aku cuma nak buat apa yang aku suka, tapi sayangnya masih tak dapat. huhuuuuu ~
Kalau ada kengkawan yang rasa macam ada lelaki yang suka anda sekalian, cuba fikir baik-baik sebelum luahkan perasaan tu, betul ke ? awak pasti ke dia suka awak ? awak yakin nak luahkan ? awak yakin dia terima awak ? masih ramai perempuan yang cantik-cantik dan comel-comel daripada kita, awak pasti ke awak ada dalam hati dia ? awak pasti ke dia tak pandang luaran dan rupa awak ? awak pasti ke dia ke dia terima penampilan dan personaliti awak ? awak pasti ?
banyak betul persoalan kan ? bukan apa, baik sakit sekarang daripada sakit kemudian kan ? tak apa lah simpan perasaan ni daripada ditolak mentah-mentah, kalau dia tu menolak secara baik, baguslah, tapi bagaimana kalau dia menolak kita dengan cara yang agak kasar ? banyak aku baca kat blog yang rata-ratanya lelaki membalas dengan kasar. Awak boleh ke tahan kata-kata kaum adam ni ? Aku tak mampu, aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Aku tak mahu hanyut, jadi aku berdoa kepadaNy. Jadi, mari kita bersama-sama berdoa kepasaNya agar jodoh kita dipermudahkanNya, amin.
-the End-
No comments:
Post a Comment