Pages

Monday, November 10, 2014

Kem Briged Siswa VS Kem In-Team VS Kem Jati Diri

Assalamualaimkum ~
dah lama tak buat diari ~ haha. Okay rasanya tak sampai sebulan yang lepas (agaknya lah, haha) aku ada masuk kem kelab in-smartive kat UMP ni, pastu baru-baru ni aku pun termasuk kem untuk briged siswa dan tempat kem adalah sama ! haha. So bitter ! haha. Aku mulanya memang tak nak langsung cerita pasal kem in-team, aku malu tahap gaban, aku punya menangis bagai nak rak rupanya segala yang berlaku adalah lakonan semata-mata ! bapak ahhhh !

aku bandingkan ketiga kem ni bukan apa, sesaje jer, bahahahaha. Ni lagi kem yang aku tak tau lah nak cari gambar kat mana. Masa form 6 dulu ada gak jumpa, ni tak tau lah mana nak cari. Aku sebenarnya nak cerita pasal kem briged siswa je, saje nak selitkan 2 kem tuh, hahaha. Asalnya kem briged ni digembar-gemburkan buat hanya 2 hari, tapi beberapa jam kemudian nak bertolak (bertolak petang, sampai kat kem maghrib), perghhhh, tension gilooooo ~ tapi memang tak logik pun kem 2 hari 1 malam, kalau setakat ceramah boleh lah kot. haha. Sampai malam tak sama macam kem inteam, kem tu bertolak pagi so sampai awal, rasa macam lama sangat kem tu, sebab sampai-sampai je dah kene marah, adoihaiiii ~ haha. Aku tak berapa minat nak cerita pasal inteam tapi serius kem ni bahagian membentuk disiplin memang thorbaekkk ! 2 malam masa kem tu memang kena maki hamun. haha. Yang buat aku tersentap habis-habisan (bersungguh aku nak sampaikan ni, hahaha) pasal berjanji. Hari pertama memang lah kena bagi-bagi kumpulan, lepas tu faci mintak setiap kumpulan hantar wakil untuk lantik menteri (ajk lah tu) lepas tu kena bentangkan apa tah namanya, haha, aku biasanya muncul kalau dalam kumpulan tu memang tak ada yang rela, so aku paksa diri aku merelakan diri, haha (ayat tak boleh blah). Wakil setiap kumpulan tu kena bentangkan lah apa sebab-sebab dia layak untuk dilantik sebagai menteri bagi sesuatu bidang, kononnya nak jadi menteri pertahanan, kenapa aku layak jadi menteri pertahanan ? sebab aku hebat (konon) aku boleh jamin keselamatan rakyat (peserta kem, haha). Camtu lah lebih kurang. Tapi ada lah beberapa kumpulan (termasuk aku) tak sempat nak bentang. Aku angkat tangan bagai nak rak bersungguh-sungguh (kononlah) nak bentang. Tapi aku bersyukur kerana tak sempat, haha, sebab malam kedua tu faci semua maki tahap gaban kat kitorang semua, perghhhhh, macam setan aku tengok diorang semua (sorry2 kalau ada akak2 & abang2 faci yang baca ni, serius muka anda semua dasyat tahap gaban, haha). hahaha. Mulanya aku hairan kenapa abang-abang dan kakak-kakak faci serius & marah-marah kat menteri-menteri ni, kalau ada masalah memang diorang aim kat menteri-menteri. Masa malam kedua tu masa kena marah-marah (kitorang kaw-kaw kena marah pasal tak jaga barang amanah dan pasal "all for one, one for all") ada faci pasangkan rakaman masa menteri-menteri buat janji (yang bentangkan tu lah, aku ingat namanya, haha) aku tergamam jugak lah, ada yang berjanji akan pastikan tandas bersih, lepas tu bila faci periksa, tak bersih apa lagi maki kat menteri yang buat janji-janji manis tu. Aku memang tersentap. Aku hairan kenapa nak marah-marah sangat ? Teruk sangat ke kesilapan diorang ? lepas tengok rakaman video tu memang terbangun ooooo ~ perdana menteri kena pecat, menteri kesihatan teruk jugak kene, menteri pertahanan pun tak terlepas, aku rasa semua kena kecuali yang timbalan semua, haha, aku pun timbalan, kalau aku tau jadi camni memang aku tak jadi volunteer. haha. Aku rasa macam aku dah kebal dengan makian time inteam, haha, kebal maksud aku tahan kena marah, haha, sebab time briged siswa ada juga jurulatih tu tinggikan suara, tapi tak seteruk inteam. haha, sedangkan jurulatih masa briged siswa adalah ATM, bukan mesin atm tau, haha. Tentera, tapi nasib baik diorang baik, heheeeee. haha. Tapi ada dengar yang kem briged teruk kena marah ? what the ?? ni mesti yang manja gila tak pernah kena tegur langsung. Kalau bandingkan dengan kem jati diri, kitorang penuh dengan rasa memberontak, haha, remaja lah katakan... haha. Bersyukur jugak lah ramai classmates time briged siswa berbanding kem inteam, aku stick dengan roommates aku je, haha. Tapi yang best inteam time lawan cheers antara kumpulan & refreshment, huaahahahaha, dan satu lagi masa sharing moment dengan kak Iza, tapi akhirnya bermain, haha. Jagung main game entah apa namanya kena denda jerit "I love you" pastu kena denda menari depan semua orang, bahahahahaha. Awalnya kumpulan kitorang je yang main game, kumpulan lain semua serius, tapi akhirnya semua kumpulan main game. haha. Not fair tiru-tiru orang, haha. Part paling best boleh tahan bengang, haha, pagi sabtu kitorang bergolek-golek kat sungai. What ? the river ? haha. Ha ah kitorang memang bergolek-golek, pusing-pusing bagai kat sungai, tapi masa tu air surut lah :P haha. Memang kotor habis gila, haha, kalau kem ni memang tak guna nak wangi-wangi, cantik-cantik, bersih bagai, akhirnya jadi busuk giloooo ~ haha. Aku rasa kelakar masa bergolek tuh, masa bergolek ke kanan aku tengok lah orang depan aku siapa, belakang aku kawan aku, pastu kitorang bergolek ke kiri semula aku tengok orang yang sama masa aku bergolek ke kanan, hairan brooo. haha. Yang belakang aku masa tu pun kawan aku masa bergolek ke kanan. hahahaha. Gila tak pening. haha. Dah bergolek tu jurulatih tu suruh pulak kitorang lompat bintang ! pergh ! tak serentak ulang lagi, bapakk ahhhhh. Dah la badan memang berat ditambah dengan baju yang penuh dengan tanah bertambah lagi berat. haha. Lepas tu diorang suruh kitorang baring kat tanah tu, pastu angkat kaki 90 darjah ! pastu makin lama makin berkurangan, tapi bila sampai 10 darjah dia mintak kitorang tahan ! ni memang kerja gila. haha. Ada budak muntah, haha. Dah lepas main tanah diorang suruh bersihkan diri kitorang kat sungai, ni buat aku teringat time kem jati diri, haha, mandi kat sungai, pegang tali seberang laju-laju sebab takut tenggelam. ahahahahahaha. Dah lepas main tanah main cari botol harapan. Memang mengharap betul lah botol tu sampai, tapi tak sampai-sampai. haha. Entah macam mana aku jadi ketua arahkan anak-buah aku cari botol tuh (diorang tutup mata, kena dengar arahan aku). Perghhhh, game paling gila + chaos gila. haha. Semua leader(girls semuanya) menjerit melalak kat ahli kumpulan. hahahaha. Aku menjerit bagai nak keluar anak tekak ni, haha. Aku melalak "TAN ! KANAN ! KANAN! KIRI ! KIRI! KUMPULAN 3 STOP !!!!!" (yang kat depan lead anak buah aku namanya Tan), lepas habis game aku tanyalah diorang dengar tak suara aku, rupa-rupanya sepatah haram diorang tak dengar -_- kecewa~ kecewa~ kita jerit dah macam apa tapi diorang tak dengar langsung. haha, Ahli kumpulan aku boleh pegi tempat paling hujung, cerun gitu, (tapi tak lah tinggi sangat, tapi kalau dah tutup mata kannnn....) aku jerit-jerit berhenti, takut gila tahap gaban aku tengok diorang kat hujung tu, haha, tapi akhirnya selamatttt. Jumpa jugak botol tapi aku tak tau macam mana diorang boleh jumpa, hahahahahahaha. Masa awal-awal ketua kumpulan letak botol kumpulan masing-masing, jurulatih pesan kat kitorang bagi arahan betul-betul kat ahli kumpulan sebab botol tu kedudukannya pasti berubah. Aku terfikir mungkin sebab angin la kot, botol kosong kan. Okay. Tapi lepas tu baru aku paham kenapa dia pesan camtu sebab jurulatih tu main baling-baling botol tuh. -_- bengang jugak lah. haha. Kitorang dah la tak boleh nak dekat dengan ahli kumpulan, nak tengok botol siapa yang kena baling tu pun tak tau. Cuma jerit bagitau jangan terpisah jer. haha. Gila ah masa tu semua jurulatih lelaki perempuan dan faci sekali tunjuk bakat keganasan yang diorang ada, haha, kesian ada kumpulan yang terpisah, kalau terpisah berkumpulan tu ok lagi, ni yang terpisah sorang-sorang, kawan aku pulak tu, haha. Kesian kau. ahahaha. Kena bawak ke hulu ke hilir oleh jurulatih, dah la mata tertutup, pastu entah macam mana dia boleh terbaring kat padang then dikelilingi oleh faci dan jurulatih yang cucuk kawan aku sorang ni, kesian gila aku tengok, tapi aku tengok time tu dah hujung-hujung, tak sempat nak selamatkan. Lepas main benda ni pegi jungle tracking. Ada faci tu cakap buat barisan baru, lepas tu aku dengan kawan aku tiga orang pegi lah depan, ingatkan jadi orang first, sebab masing-masing ingat nak merempuh hutan dekat belakang kem tu, rupa-rupanya kat luar, kitorang jadi orang yang last, hahahaha. Tapi best jugak kat belakang, rilek siket, haha, dekat dengan jurulatih dan faci, boleh sembang-sembang sikit. haha. Kononlah. Ada jurulatih ni pakai baju hujan askar, time tu hujan tapi tak lebat sangat lah, kitorang kat belakang nampak dia terkejut gila walaupun dari jauh. hahahaha. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan dia buat kawan aku melatah tak habis-habis, hahaha. Rasa kesian jugak kawan aku tu, tapi apakan daya, kelakar gila, haha :P kejadian ni bermula ketika ada bunyi mercun nak halau binatang, lepas tu kawan tu terperajat terus melatah dan lelaki misteri (kitorang panggil jurulatih tu lelaki misteri namanya tuan nik zamani, hehe) terdengar dan tak henti-henti usik kawan aku tu, hahahaha. Memang gumbira kami di dalam hutan tu, haha. Aku masa jungle tracking risau gila kalau ada paya, gahhhhhh, aku tak tahan kalau sama macam kat paya bakau tahun lepas tuh. Sakit gila badan. Tapi alhamdulillah ada sikit je, tak berapa nak selut lah, haha, boleh selamat lagi, hahaha. Kalau ingat semula kat paya bakau hari tu, memang seksa, haha, Teringat aku time dah nak keluar paya tuh kaki aku termasuk dalam selut ! gahhhhhhhhh ! dalam gila sampai peha oooooo ~ tapi semangat nak keluar dari paya yang membuak-buak aku boleh keluar dengan jayanya, hahahaha, pastu esoknya bangun macam badan kena beku, keras, tak boleh gerak, haha, aku memang tak nak pergi paya bakau lagi, serikkk. haha. Satu lagi benda yang tak berapa nak besar aku rasa, haha, hari last hari ahad sebelum balik kampus kitorang disediakan makanan, nasi+ayam+acar timun, aku memilih lah part ayam tuh, tapi bila ayam dah sedap acar pulakkkkk, banyak gila bawang, tebal pulak tu dipotong, aku sekarang ni memang tak makan bawang, yang betul-betul masak aku boleh makan, kalau mentah atau separuh masak pun aku dah terasa pahit. Lepas tu ada budak(19 tahun, kira budak lagi ke ? haha) nak bawang tu, aku macam blur, hang biaq betol ? haha. Lepas tu aku bagi lah, siap ada kawan dia mintak bawang tuh, ni memang dah kes kebulur ni makan nasi dengan bawang, haha. Aku rasa ni jelah yang aku nak share, simpanan untuk dibaca semula pada masa akan datang, haha.
-sekian-
-the End-

No comments:

Post a Comment