Assalamualaikum ~
okay tetiba memalam buta nak menaip, hahaha.
Tapi benda ni dok terniang-niang kat kepala, selagi tak luahkan, aduh.
this quotes hits me, so much
hari tu bulan April lepas aku outing dengan roommates, makan kat seoul garden.
Memang kenyang habis. Enjoy gila-gila, entah berapa banyak kali kitorang bangun pegi ambil daging, hahahaha.
Dan bila dah kenyang pegi la jalan-jalan,
roommate aku seorang ni cari barang so kitorang pun pegi la giant secara berjemaah. hahahaha.
and then bila dah pilih-pilih barang pegi la kat kuanter.
Bapak ramai orang beratur, kuanter buka 2 je, sabo je lah.
Aku ada nampak 1 pasangan ni (I don't know they're married or not) beratur panjang-panjang cuma beli sebungkus biskut chipsmore, wtf.
Pegi beli kat kedai runcit la, sebok je ramai orang beratur ni beli barang harian.
masa aku beratur roommates aku masih cari barang, entah apa diorang cari, tawaf berapa kali kat giant tu, haha.
Then, ada seorang mak cik cleaner ni nak bayar kat 1 kuanter ni, tapi kuanter tu tutup.
from what I see, no one give her space. Nope, they don't.
People totally ignore her.
So aku bagilah ruang mak cik tu beratur depan aku, alah dia beli 1 barang je pun, tak jejas mana pun.
Aku tengok lah apa mak cik tu beli,
nasi & lauk ape tah, total = RM2.50.
Jadi aku tanya kenapa beli nasi kat giant, kenapa tak masak ke, bawak bekal ke.
(Well. I don't really trust giant, tesco etc. own products.)
Mak cik tu citer lah dapur dia kena curi, masa banjir kat kuantan.
Pehhhhh. Aku rasa sakit hati je. Mak cik cleaner tu bukan kaya pun, tu pun nak curi ?
pegi la curi barang-barang orang kaya, bila kena curi, they're still have money to buy it again...
tapi mak cik cleaner, apa lah sangat.
Aku rasa nak cekik-cekik je pencuri tu.
Then aku pi tanya lagi, kenapa tak tinggal dengan anak-anak je.
Kan senang, kalau nak kerja jugak, jadi pengasuh cucu la, kan best, heeee.
But she said "mak cik tak nak susahkan anak-anak mak cik",
AAAAAAAAAAAAAAAHHHHH
Sedih aku dengar.
Kalau orang tengok mak cik ni boleh digelar nenek, tapi aku percaya usia mak cik ni lebih kurang sebaya dengan mak aku.
(oh well, some humans said my mom is my grandmother, and I don't have grandparents anymore, no)
aku bayangkan mak cik ni macam mak aku, sebak rasanya.
tengok pakaian mak cik tu lagi buat aku sedih
:'(
Masa beratur tu depan mak cik tu kawan sekerja mak cik tu, tapi muda lagi, linkungan 20-an kot.
Aku tengok dia beli jajan-jajan (keropok).
It's still lunch hours, I hope that not her lunch. :'D
Sedih aku tengok mak cik tu keluarkan duit daripada dompet kecil, comel je, cukup-cukup duitnye.
Aku rasa tak rela nak tengok mak cik tu bayar, so aku cakap lah aku belanja.
Alah, berapa ringgit je pun, RM2.50 tu pun jadi kurang jadi seringgit lebih.
Mak cik tu excited.
Suara dia tinggi.
Tersenyum.
Aku rasa gembira, haha.
Mak cik tu excited giler cakap terima kasih.
Nak je aku cakap lunch mak cik lagi murah daripada tambang bas, kurang RM2.
Apalah sangat kan.
So precious :')
but, people around us didn't care.
they're don't even give a glance.
okay, nevermind.
akak kat kuanter tu je perasan. hmmm.
Aku memang tengok orang-orang tua, memang aku rasa sebak.
Aku tengok macam parents aku.
Parents aku bukan muda lagi. I accept that.
Aku selamanya cemburu tengok anak-anak buah aku dan kawan-kawan aku yang manja & rapat dengan atok-atok diorang, cemburu kawan-kawan yang ada parents yang muda.
Orang-orang tua kat kampung aku tu aku rasa macam nak jadikan atok aku, hahahha.
Aku memang tak rasa langsung kasih sayang belah atok-atok ni, haha, rapat pun tidak masa diorang masih hidup, sedih rasanya.
Memang lah ajal tak kira usia, tapi aku sedar tiada manusia mampu hidup lebih 90+ tahun, 70-80 pun jarang-jarang.
Mak pulak sakit kan, dengan kencing manis, darah tinggi, penglihatan pun makin teruk, dengan batuk, sakit badan, aduh.
Ayah pulak masih sihat, tapi yelah dah tua.
Ajal tak pandang pun tahap kesihatan.
Aku tak cukup sedia.
Tak.
Memang tak sedia langsung.
To accept one day I will receive bad news,
I can't never imagine how crazy I will be.
Bila aku baca berita ada anak bunuh mak ayah, atok, nenek sendiri, aku rasa hati ni bagai dihiris-hiris, betapa sakitnya.
Aku nak mak ayah aku bersama-sama dengan aku selamanya, kau pulak pegi 'cabut' nyawa mak ayah kau.
Okay mental disorder.
Boleh lah diterima.
Yang biarkan mak ayah kat kampung bersendirian.
Takkan dapat berita 'buruk' baru nak jaga, baru nak balik.
Jaga tu pun iya-iya je.
Dok pass kat adik-beradik yang lain, ingat mainan ke ape.
Anak perempuan sulung wajib jaga ye.
Yang tergila-gila nak kawen.
Aku anak bongsu, kakak-kakak dan abang aku boleh support aku pun aku tak nak kawen lagi.
Korang yang jadi harapan keluarga, tolong lah, jangan gatal sangat nak kawen muda.
Siapa lagi mak ayah nak harapkan ?
dah la duit bunga pinjaman PTPTN makin tinggi.
kalau kau memang keluarga kaya-raya tak pe lah,
sedarlah background tu macam mana.
Bila seorang perempuan itu berkahwin, segala tanggungjawab mak ayah sebelum ni tanggung akan 100% berpindah kepada suami. Syurga seorang isteri bergantung sepenuhnya redha suami.
Kalau suami kau baik, alhamdulillah.
Kalau berkahwin kerana nafsu semata-mata, tanggunglah akibatnya kelak, jangan nak melalak nak balik rumah mak ayah tanpa kebenaran suami.
Yang lelaki pulak, awak BERTAGGUNGJAWAB untuk mencari nafkah keluarga awak.
Wajib, berdosa kalau tak buat.
Bernikah itu mudah, tetapi perkahwinan tu rumit.
Terlalu banyak tanggungjawab yang perlu diambil berat, kalau kita ambil mudah, musnah lah institusi sesebuah keluarga tu.
Jadi belajar dahulu sebelum ada niat nak berkahwin.
Bila fikir pasal kawen, aku takut aku tak sempat.
Aku nak aku kawen nanti ada mak ayah aku.
Tu buat aku rasa nak kawen awal, tapi niat je lah, tak fikir panjang pun.
Aku cemburu tengok akak-akak & abang aku, mak & ayah sempat buat kenduri, jaga anak-anak buah aku, akak-akak aku berpantang dengan mak aku.
Aku cemburu, entah lama lagi aku kawen, ada anak.
Aku nak berpantang dengan mak aku, aku nak mak ayah aku tengok aku ada kerja, rumah sendiri, kereta sendiri, duit sendiri, boleh barang sendiri, dan aku ada keluarga sendiri.
Awak-awak semua pernah terfikir jugak ?
Aku kalau ada keluarga sendiri, aku nak berpantang dengan mak, aku tak nak orang lain, tak nak, oh well semua orang perempuan nak macam ni kan.
Cuma aku takut 'tak sempat' je.
Takut sangat-sangat.
Aku jauh dari mak ayah pun tak tenang.
Yup aku tak telepon pun hari-hari, tapi aku tak pernah lupakan.
Tak, tak pernah.
Insyaallah, adik nak mak dan ayah dengan adik membina kehidupan adik sendiri,
my own life.
Insyaallah
so what you think about your parents ?
apa yang bernyawa di dunia ini pasti akan mati.
ajal tak pilih orang.
tak perlu tengok orang, pandang diri sendiri dulu,
aku tak rasa malu jalan berpegang tangan dengan mak (ayah tidak lah, have some respect la dude),
jalan bersama mak ayah,
makan bersama mak ayah,
duduk bersama mak ayah,
awak bagaimana ?
nak biarkan mak ayah cari rezeki selama-lamanya.
biar mereka berkeseorangan dirumah yang serba kekurangan,
bila mereka sakit mereka tanggung bersendirian,
tak rasa apa-apa ?
be kind is choice,
as long you don't have any mental disorder.
having mental disorder is not a choice,
it's different.
I know it,
I do.
-the End-
No comments:
Post a Comment