Assalamualaikum ~
Aku ni baru terfikir pasal pemilihan kos, adoi...
Maaf maaf.
Sebelum ni ada junior tanya pasal pemilihan kos, hmmmm, aku pun tak tau sangat.
Sebab yang pilih kos tu based on korang punya minat & kemahiran/kelebihan
Yang aku tau pasal UMP je lah.
Kalau nak jadi engineer boleh la mohon UMP.
UMP ni berbeza daripada universiti lain, UMP hanya menawarkan kos kejuruteraan & pengurusan.
Itu sahaja, fashion, pendidikan, seni bina, sejarah, linguistik tak ada.
Kebanyakkan student lepasan STPM kat UMP ni ambil kos pengurusan,
ciput je ex-STPM yang ambil kos komputer dan lain-lain.
Ada yang tanya mohon kos sains komputer ni kena ada asas ke,
NOPE.
Aku sendiri tak pernah belajar pasal komputer.
Tetiba belajar coding..., TADAAAAA
(gila wey, GILAAAAA)
Rasanya sekarang ni masing-masing dapat panggilan temuduga ya ?
prepare awal-awal, kelam kabut nanti banyak benda yang tercicir.
penampilan masa temuduga tu pun penting.
rasanya dah banyak blogger & vlogger cerita pasal etika semasa temuduga.
So goodluck you all
:)
Mungkin dah tak sempat nak betulkan upu dah,
tapi kalau ada yang buat rayuan nanti boleh la baca.
Jangan segan, malu, kecewa kalau nanti tak dapat mana-mana U.
Rayuan masih ada.
Tapi nak mohon sesuatu kos tu berpada-pada lah.
Diorang masih tengok keputusan SPM.
Aku ambil kos sains komputer dah tentulah diorang tengok kelayakan aku dari SPM.
Sebab STPM aku tak ambik math.
math & add math masa SPM tu boleh la, credit la, A & B-
tapi tu SPM tahun bila, expired dah, ahahahaha
Ada kawan ni pointer 3 above, but didn't get any offer from any U, tapi alhamdulillah awal tahun ni dia dapat masuk U.
Dia ada cerita dia ada mohon sama kos dan U dengan aku, tapi tak dapat.
May be diorang tengok result SPM.
tapi upu ni pelik-pelik jugak aku tengok.
Masa mula-mula masuk ramai budak lepasan matrik yang ambil biologi tetiba dapat fizik.
Entah pape tah.
Tapi ramai juga budak matrik yang aku tengok dapat kos yang diorang tak mohon. haha.
Biasanya budak akaun.
Ramai ex-matrik akaun dapat kos sains komputer dan major software engineering.
Software engineering banyak menghafal & membaca.
Aku major multimedia & grafik main coding.
Lupa nak mention.
Seni halus (Multimedia & Grafik)
dan
Sains Komputer (Teknologi Multimedia & Grafik)
adalah jauh berbeza. hahaha.
Yang atas tu korang akan belajar memang betul-betul design, melukis lah apa semua.
Dan yang bawah pulak korang akan belajar basic computer science, coding, inside then computer, how computer works, dan belajar design bersama-sama coding.
hahaha.
Jangan silap ye.
Kalau ada kesilapan, rayuan ada, ahahaha.
dan aku ada dengar-dengar ada subjek baru ditambah dalam kos sains komputer kat UMP ni.
Kitorang dah nak masuk tahun 2 ni terlepas dah subjek tu...
dan budak-budak yang bakal masuk 1 september nanti credit hour korang akan ditambah.
hmmmmm..., kesian korang...
tapi apa yang best UMP ni, aku pun taktau. hahahaha.
UMP cawangan Gambang ni kecil je, (kampus induk sebenarnya kampus Pekan, tapi masih dalam pembinaan).
Kau tak payah risau tertinggal bas ke ape, lambat ke ape, boleh berlari & naik basikal pegi kelas.
Aku tengok students u lain bising gak lah kalau tertinggal bas, haha.
dan kalau kelas cancel, boleh jalan kaki balik bilik. ahhahahaha.
Tak payah tunggu bas.
Kitorang UMP disebabkan tak banyak fakulti, setiap fakulti ada jaket khas yang lain-lain warna.
So bila pakai jaket tu tau lah students fakulti mana.
Sains komputer jaket hitam.
Fakulti teknologi sains industri kelabu,
fakulti teknologi sebelum ni warna biru gelap, tapi tahun lepas diorang buat warna purple,
fakulti pengurusan industri warna coklat,
fakulti kimia warna biru terang,
apa lagi fakulti ya ? lupa dah...., ahahahaha
budak diploma punya jaket pun ada, design pun lain, special sunggoh..
Promote u pulak, haha.
Kos lain kat UMP ni aku tak tau sangat. Aku tau ada kos civil engineering, kimia, mechanical ? pengurusan industri, entah apa lah.
Bila dah masuk UMP nak tukar kos,... hmmmm, semua kos agak mencabar.....
aku lupa kos apa yang ada kerjasama dengan German.
Boleh la LI (latihan industri) kat German. ahahaha, serius.
Aku tak kesah lah korang mohon kos apa, u apa, cuma jangan salah pilih.
merana kauuuuu ~
meraung sendiri... adoi ~
Bidang sains komputer ni ramai perempuan join tak?
ReplyDeleteramai~ ade je yang dapat dekan, programming pun hebat.
DeleteOh yeke . Okey thanks kak :)
ReplyDeleteOh yeke . Okey thanks kak :)
ReplyDeleteOh yeke . Okey thanks kak :)
ReplyDeleteKat ump nanti lepas daftar boleh tak tukar kos semasa orentasi tanpa tunggu habis sem 1?
ReplyDeletesaya dah nak grad
ReplyDelete