Pages

Sunday, May 24, 2015

UMP Diploma Intake 2015/16

Assalamualaikum ~
okay walaupun sangat-sangat sibuk, busy bak hang,
tapi sempat jugak buka blog, ahahhahaha x'D
okay tahniah kepada adik-adik yang dapat tawaran diploma mana-mana universiti,
terutama UMP ~ hhahaha
tahniah ~ tahniah ~
oleh itu akak, hehe, akak pulak..
nak bagi link group khas untuk adik-adik yang akan sambung pelajaran peringkat diploma di UMP ni.
okay kat group tu korang boleh la nak tanya apa-apa dokumen ke, baju masa daftar,
nak bawa apa, yang pelajar dari sabah sarawak boleh tanya pasal flight ke apa,
tanya lah apa-apa, 
insyaallah senior-senior kat group tu akan balas.
Masa akak masuk nak sambung degree tak jumpa group, 
tak website tak ada, facebook pun nama lain-lain, 
tak tau nak tanya siapa,
nasib baik last minute juga lah join group spesis ni.
hahahahaha.

Kalau masih ragu-ragu nak sambung asasi/matrikulasi/diploma/STPM,
terpulang bagi korang juga lah.
Kalau korang study fikir pasal nak cepat, nak kerja awal jawapannya adalah asasi atau matrikulasi.
Kedua-dua tu hanya setahun, ada 2 semester.
Kalau program asasi biasanya tak ada orang tolak kan? biasanya lah, haha.
Matrikulasi korang langsung tak boleh main-main. Sebab hanya ada 2 semester.
Nak dapatkan kos memang korang minat masa degree nanti kena dapat pointer yang tinggi (CGPA).
For example, korang nanti nak sambung medic degree nanti, so kedua-dua semester digabungkan WAJIB 4.00.
Walaupun korang nanti dapat CGPA 3.95 sistem takkan terima, sebab syarat awal memang 4.00.
Ni berdasarkan lecturer akak cerita macam mana sistem pilih, dan pihak setiap universiti pilih pelajar mereka.
Jangan main-main kat matric, sebab kalau dapat pointer rendah sijil korang tak laku, totally no value.
Nak cari kerja pun nanti mesti tengok SPM, so sia-sia korang struggle 1 tahun. 
Do the best ! 

Tu jalan singkat lah, sesiapa yang nak cepat.
tapi bagi diploma, adalah program universiti memang laku, tapi sekarang ni diploma sangat banyak persaingan.
Cikgu sekarang ada diploma pun tak cukup, kena sambung degree.
Diploma memang selamat daripada matrikulasi, sebab sijil ada value.
Cuma makan masa. 
Biasanya program diploma 2 tahun setengah hingga 3 tahun.
Makan masa tapi kalau korang dapat kos yang korang minat, tiada masalah. :)

Dan STPM. :)
akak lepasan STPM, heheee.
STPM pun best jugak, haha, bak kata kawan kalau ada program macam STPM untuk degree mesti best.
Masa akak masih pakai baju sekolah, so terasa macam budak-budak, muda gitu yawww.. haha
tapi sekarang ni dah bebas, taktau lah apa tatacara pemakaian, ikut sekolah-sekolah lah kot.
STPM hanya setahun setengah.
STPM masih santai-santai gitu, haha, mungkin sebab kat sekolah tu yang terasa santai.
Tak tau la kenapa ada orang pandang rendah STPM, pelik, bukannya kitorang buat benda haram ke apa.

Ada yang cakap lepasan STPM akan dipilih dahulu semasa pemilihan masuk universiti.
Tapi sebenarnya tidak.
Sedihkan ?
Kata tak serupa bikin.
But don't worry, rayuan ada.

Apa yang akak dapat observe masa awal-awal masuk, ramai students matrik yang tercampak jauh dari kos yang diorang mohon.
Tak tau lah apa silapnya. 
Ada yang mohon medic tapi dapat science computer.
Tapi kebanyakkan yang terpesong jauh adalah students akaun lepasan matrik.
Tapi ada juga student kimia dapat kos pengurusan.
Dan ada juga students ambil biologi tetiba dapat fizik.
Dan ada juga yang ambil biologi tercampak kat science computer.
Aneh-aneh.

 Kos lelong, aku tak tau lah apa kos yang camni, tapi apa-apa kos yang korang mohon pasti akan dapat. 
Macam akak, akak nak sangat seni halus, pilihan akak kat upu tu berderet uitm, 
tapi satu interview daripada uitm langsung tak dapat.
Kau masih kata SENI HALUS TU KOS LELONG ?
macam haremmmm.

Biasanya universiti akan penuhkan pasaran kos (?) dengan students matrik yang berkelayakan.
Kalau ada yang tak lepas syarat-syarat seseuatu kos, biasanya pointer, walaupun beza hanya 0.05 korang takkan dapat kos tu, TAK AKAN.
So, fikir bidang apa yang korang nak ceburi.
Kalau masuk matrik atau STPM, bidang yang korang masuk belum spesifik lagi.
Contoh sains, masih ada pilihan kimia/fizik/biologi atau semua kan.
Degree masih boleh pilih bidang perubatan, engineering etc.
Lain bagi asasi & diploma, sebab kedua-dua program ni memang dah dapat kos spesifik.
Contoh medic, degree nanti korang pasti sambung bidang medic jugak, takkan tetiba engineering kan.

dan lagi apa yang aku nampak, students lepasan matrik kinda seek for 'family' in universiti.
but biasanya budak diploma & STPM have their own families. :)
kitorang lepasan STPM masih berhubung, masih bergaduh bersama, kalau ada masa terluang pasti akan berjumpa, ahahahaha.
Lagipun kebiasaannya budak-budak sambung STPM ni memang kenal, tapi sepanjang setahun setengah tu memang mengakrabkan lagi, macam-macam drama kot.
Satu kawan jatuh, kitorang bersama-sama back up dia. :)
Budak diploma ikut pengatahuan aku lah, sepanjang pengajian classmates diorang sama, dan jadual sama (may be diorang terpisah masa masing-masing pilih major kos). 

tapi yang menentukan masa depan adalah diri-sendiri,
terpulang nak menuju kemana,
saya cuma memberi pandangan & cadangan.

"No one will change you, never, people surround you only give inspiration, either good or bad, only you will decide to follow or not"

sorry for my broken english, haha

-the End-

No comments:

Post a Comment