Pages

Monday, June 1, 2015

Aku pelik ? oh well...

Assalamualaikum ~
hmmmm..,
Aku pelik ? ahahaha,
oh well dah lama aku rasa aku ni 'pelik'.
Tak tau la part mana, tapi cita rasa aku tentang segala-galanya memang lain.
Tak tau lah citarasa aku ni 'up' ke 'down' ke tapi kadang-kadang aku menyampah,
ahahaha, boleh menyampah dengan diri sendiri ~
tengok nama aku pun rasa dah pelik, ahahaha.
orang mesti hairan, kenapa guna nama 'moko chan' ? ada maksud tersirat ke apa.
oh well, takdak makna pun, sesaja guna.
masa guna nama ni masa tu aku masih addicted dengan jepun.
nak tukar aku malas. hahahaha.
malas nak fikir letak apa, nak guna nama betul lagi aku tak suka.
ahahahaha.
Aku tak tau lah kenapa aku tak suka orang yang aku tak kenal tau sebut-sebut nama aku.
Kalau orang nak berkenalan guna laman sosial aku guna nama 'moko chan',
semua macam blur.
Nama sebenar aku macam rare nak sama dengan orang lain. 
Lecturer aku pun rasa nama aku lah yang rare dia tak pernah dengar. ahahha.
Kalau aku guna nama tu mesti orang 'senang' jumpa aku kat laman sosial.
Be famous apa semua aku tak suka.
Aku memang tak suka jadi perhatian.
Please ignore me, let me do whatever I want.
Benda baik buruk ke apa aku tetap tak suka jadi perhatian.
I want to do something amazing. but still at backstage. ahahaha.
Cukup lah kawan-kawan aku je yang kenal aku, tak nak lebih-lebih.
Aku terbuka untuk jadi peramah, aku boleh bercakap dengan sesiapa sahaja, tetapi aku tutup rapat untuk berkawan rapat dengan stranger.
kawan tu kawan je lah, macam tu, personal things locked.
Aku gaya keperempuanan, but still gaya lelaki masih ada. ahahaha.
masa kanak-kanak riang aku tomboy sikit, haha, sikit je, rambut pendek, pakai seluar.
Aku memang payah sikit pakai skirt, pakai skirt time pakai baju kurung je lah. haha.
Bila dah besar aku segan nak pakai, feeling awkward pakai skirt.
Boleh-boleh aku tanya kat mak aku kenapa mak tak biasakan aku pakai skirt, ahahahahahaha.
Lepas tu mak aku cakap aku tak suka, aku suka pakai seluar pendek.
Aku ingat lagi seluar pendek tu, ada macam-macam color, yang aku ingat warna kuning, ada gambar katun kecil kat tepi. hahahaha.
Bila dah besar ni mula la aku be kinda lady style ? hahahaha
ape tah aku merepek.
Rasanya kalau aku free-hair aku boleh jadi tomboy.
Nasib baik lah dari keluarga yang baik lah juga, haha, sedar diri ni perempuan.
Mulanya aku tak lah minat gaya keperempuanan.
Start minat gaya girly ni time aku minat gelang, bracelet, etc.
Memang addicted, sampai sekarang, aku memang suka benda-benda macam ni, tapi sekarang aku segan nak pakai, macam tak ada yang pakai, rasa awkward nak pakai, aahahahaha.
Rasanya start form 6 mula minat girly stuff.
Gelang, cincin, subang semua yang 'shining' aku minat, ahahahahha.
Nampak tak materialistik kat situ. haha.
Well, masa aku form 1 - 3 aku boleh tahan materialistik, kedekut kauuuuu.
Aku jimat kaw-kaw masa sekolah kat sabah dulu.
Nak simpan duit punya pasal, sanggup makan biskut je masa rehat. ahahaha.
Tak tau lah kenapa, nak beli apa tah ? komik kot ? epop ? entah lupa dah. ahahhaha.
tapi sebab materialistik ni lah aku tak terjerat monkey love, cinta monyet.
kelakar pulak translate, ahaha.
materialistik aku memang dasyat, ramai jugak member aku yang ada crush hapa semua, aku jugak hati kering, ahahah, aku ni payah sikit nak crush.
Kalau minat sebab muka ke hapa memang ada tapi sikit pun tak mengharap.
Mak aku pernah tanya aku ada boyfriend ke tak, pastu aku jawab tak ada, buat apa ada boyfriend bukan boleh belanja makan ke, top up ke apa.
then guess what ?
Free-free aku kena marah. ahahaha.
Sorry, I don't know anything about love, haha, masih lagi naive ni, kanak-kanak.
Bukan sekolah rendah sekarang ni pun lebih advance dari aku ni ha, dah berapa kali putus. ahahaha.
Aku bukannya alim mana pun. Biasa-biasa je.
Sejujurnya aku tak layan nasyid pun.
Lagu cinta melayu lagi aku tak layan. ahaha.
Jiwang berkarat-karat aku memang tak layan.
Mesti pelik kan kalau aku citer kat orang aku minat violin. ahahaha. Piano kureng sikit.
Aku memang addicted dengan violin, aku memang peminat tegar Lindsey Stirling, John Ahn kurang sikit. haha.
Aku layan jugak lagu barat, tapi bukan yang latest. Lagu yang lama aku layan, lagu kpop area 2009 aku layan, yang terbaru setakat ni tak ada. 
Aku minat muzik, hanya muzik, tiada suara, hahaha, just sound, (but I totally suck using adobe audition, haha)
macam-macam lagu aku buat koleksi, kalau orang tengok pun mesti aneh, ahahaha.
Aku boleh la layan lagu rock (greenday, linkin park, fall out boy, skillet, evanescence, cranberries), tapi aku tak berapa suka liriknya, jiwang nak mampos, tapi muzik best (tak guna).
Aku memang annoying gila-gila kalau mana-mana lagu lah muzik dah nice, tapi lirik merepek, pasal clubbing, perempuan, alahai, nak je aku cekik-cekik penulis lirik tu.
Aku dengar skrillex, avicii, calvin harris, zedd. hehe.
Aku punya cita rasa dah beralih jauh sangat eh. haha.
Aku tak layan lagu/movie/drama cinta.
Kelakar mana pun, aku tak layan. Aku prefer BuzzFeed. ahahaha.
Sedih aku tak ada buddy minat sama kat U ni. Drama melayu ke barat ke timur korea pun aku tak layan.
Movie yang aku minat pun spesis yang lawan-lawan, adventure, thriller, etc.. Yang kelakar pun layan jugak, tapi bukan minat yang utama, ahahahha.
Aku layan the lord of the ring, the hobbit, taken, expendables, harry potter, maze runner, etc..
Aku layan katun but not anime anymore, epic, the adventure time, the amazing world of gumball. 
Kadang-kadang terfikir biar betul aku ni perempuan, ahahaha.
Setakat ni aku tak jumpa kawan perempuan yang ada minat sama dengan aku. hahahaha.
yang ada layan movie & lagu barat tu pun sebab lagu & movie tu famous, taraf anatarabangsa, so kononnya minat dia tu ada class la. whatever lah.
Sukan yang aku minat pun archery je, ahahahaha.
Memang sunnah, tapi bagi aku memanah memang best. 
Hangpa tak payah nak berlari ke hapa, tak penat, tapi bahaya lah.
Sem lepas aku main lengan aku lebam (sebab cara main salah, kalau betul cara pegang bow takkan lebam) dengan dasyat, lebam tu jadi warna purple, dah macam galaxy aku tengok, rugi tak gambar, saja nak takutkan orang lain, ahahahhaha.
part apa lagi yang pelik ? oh ya, aku minat seni.
Tapi pemalas nak melukis, tapi bila aku start melukis aku rasa aku tak nak stop, ahahhaha, tapi bila dah fed up macam lukis 1 part ni tapi tak jugak jadi aku memang berhenti. ahahhaha.
Part diri aku paling tak suka bila melukis, aku nak ia sempurna. haha.
Bertarung habis-habisan owww. Walaupun drawing tu dah separuh, aku tetap padam. haha.
biasanya aku drawing guna pensel so boleh padam. haha.
Bila bab pakaian lagi lah. Aku lama nak pilih kasut/baju/ kain untuk baju kurung etc. 
Mak & akak aku biasanya memang fed up nak carikan apa-apa lah untuk aku (biasanya time raya lah), haha.
Susah cita rasa tinggi ni, aku sendiri naik meluat, haha.
Kalau pilih beg lagi, aku minat beg kulit, handbag, tau-tau lah beg kulit mahal, sakit jiwa aku. hahahaha.
Biasanya aku kumpul duit then beli la beg kulit ni time sale, aku jarang-jarang beli beg, so beli tu biar berkualiti sikit, "alah membeli, menang memakai", ahaha, biasanya handbag yang aku beli tahan sampai 2 tahun. Beg sekolah aku beli dah nak 3 tahun dekat seratus, sekarang aku masih pakai beg tu.
aku bukan anak orang kaya yang boleh beli barang sesuka hati.
Kalau orang kaya beg aku tu entah-entah dah dalam tong sampah.
Bak ada orang kata, "kalau tak mampu, buat gaya tak mampu", kasi sedap sikit pakai perkataan 'tak mampu'. 
Aku bukan fashionista ke apa, cuma aku suka benda cantik.
Kadang-kadang aku risau apa yang aku pakai, macam over pulak. Aku memang tak bagi afford pun apa yang aku pakai hari-hari pegi kelas. Bila aku malas/lambat memang pakai jacket fakulti.
Tapi orang kadang-kadang pandang aku semacam, takut aku.
Aku bagi afford kat pakaian aku bila aku pegi rumah orang kawen(tengok mood jugak) atau pegi interview. hahahaha. Tu je la.
Kalau boleh hari-hari nak pakai jeans, tapi nanti ada pulak yang tegur, haha. 
Dah la, entah apa aku merepek pepagi buta ni, maaflah habiskan masa sesiapa yang membaca.
Rasanya tiada manfaat kan. haha.
nangis sat. 
haha.
sekian.
-the End-

No comments:

Post a Comment