Pages

Thursday, March 3, 2016

Result SPM & STPM dah keluar guys ! so nak apply apa ?

Assamualaikum ~
Result SPM & STPM dah keluar guys ! wohoooo !
haha
Aku pulak excited. heeeee~
Tahniah kepada semua yang dapat keputusan cemerlang. 
Hurray !
Lepasni sambung degree ?
Lepasan SPM 2015 boleh apply matrik/asasi/diploma/pra-u.
Lepasan STPM 2015 apply degree ataupun dipanggil ijazah sarjana muda.

Aku rasa macam aku dah post tips ? tapi aku sendiri tak jumpa post tu.
hahahaha.

Tips mudah & cincai-bincai boleh la aku bagi. haha.
Sebab aku tak nak orang lain merasai penyesalan aku yang tak berkesudahan. haha. :')

Okay untuk adik-adik lepasan SPM boleh apply mana-mana matrik/asasi/diploma/pra-u.
Kalau dapat result flying colors lagi bonus. :D
Senang, result awak menepati syarat-syarat minimum.
Kalau result tu not that pretty tapi nak masuk universiti/matrik/asasi sila la tengok dulu syarat-syarat minimum.
Setiap universiti dan setiap kos ada syarat minimum.
Lain la kalau hang pakai orang dalam. :P
But I think asasi & matrik are the best, kalau nak cepat kerja la, nak graduate cepat.
Kalau nak feel universiti sangat boleh ambil diploma.
Nak feel macam cikgu boleh masuk pra-u. :P
Pakai baju kurung tapi masih belajar di sekolah, adik-adik junior korang mesti rasa korang cikgu.
(and some of your sensei will feel the same :P)
Aku tahu sebab aku lepasan STPM 2013.
Ada sesetengah lepasan diploma rasa tercabar sambung degree(disebabkan faktor usia, haha)
this year, lepasan diploma yang akan sambung degree berusia 20 tahun, lepasan STPM akan sambung tahun ni 19 tahun, lepasan matrik & asasi 18 tahun.

Kalau ikutkan aku, aku tak kesah pun umur kau berapa tahun nak belajar. haha.
Entah datang dari mana kau punya rasa tercabar.
Mostly lepasan diploma yang aku nampak la (mostly girls) memang sensitif bila cerita pasal umur.
hahaha :'D
Sis, aku tak kesah. betul.
Aku kat u ni coursemates semua lepasan matrik, berapa ketul lepasan STPM termasuk aku.
dan bila difikirkan semula kenapa tak dak budak direct-entry(student lepasan diploma yang dapat keputusan bagus akan terus diserap masuk tanpa guna upu)  dalam course grafik ??
semua budak diploma masuk course software & network ?
takdak orang sanggup sambung grafik ?
hahahahaha :'D

okay sekian bab merepek. haha.

Diploma bagus sebenarnya sekiranya kau tak pandang kepada kewangan.
hahaha.
Masa diploma kau akan belajar segalanya, basic semua perkara.
Dan sambungannya ada dalam degree.
Budak matrik & STPM biasanya memang takdak basic (budak asasi lain citer, diorang pandai nak mampus, haha) susah nak adapt course sebab takdak basic so kena work harder than usual.
Tapi tu lah bab kewangan tu memang jilake. haha.
Ambil diploma buat PTPTN, degree pun sama.
Kalau 1 semester rm1k, diploma 3 tahun ada 6 semester.
Jadi jumlah sekeluruhan rm6k.
Itu kalau yuran semester rm1k 1 semester.
Tapi biasanya kalau yuran rm1k dia bagi rm2k.
Kalau diploma dah rm12k, degree kalau 3 tahun rm24k keseluruhan.
Kalau 4 tahun keseluruhan rm28k. haha.
Belum masuk bunga beb ! haha D':
Lain citer kalau family kau kaya atau kau dapat dekan. haha.
Kalau minat & mampu dipersilakan sambung diploma.
Atau memang plan nak kerja lepas ambil diploma then baru sambung degree.
Susah sekarang ni kalau sambung sampai diploma sahaja.
Nak jadi cikgu sekarang ni pun kena ada degree.
So fikir lah dulu.
Bincang dengan sesiapa yang pakar.
Kalau cikgu kaunseling ok kot,
tapi ada sesetengah cikgu tu tak peduli pun apa kau minat,
asalkan result kau bagus & kau masuk universiti.
Boleh menaikkan nama sekolah. cisssss.
Politeknik pun lebih kurang dengan diploma,
oh well kau masuk politenik memang kau dapat diploma. haha.
cuma yang awal tu aku maksudkan ambil diploma di universiti.
Kalau di politeknik bezanya pasal kewangan & tempat je.
Bagus politeknik ni, memang kau akan belajar semua benda, sebab 3 tahun kan.
Cuma tu lah orang pandang rendah.
Ape ? Teruk sangat ke politeknik ?
Hampeh. -,-

Matrik & asasi memang the best.
Tapi masa lah masalahnya. haha.
Setahun je beb. Ada 2 semester.
Don't ruin it.
Sebab bila kau dapat result cikai sijil kau tak laku.
Sia-sia je setahun kau tu.
Kalau result kau memang the best semua universiti nak ambil kau,
kalau biasa-biasa terima jelah nanti kau dapat kos lelong.
(kos yang dilelong kepada sesiapa sahaja cause tak ramai mohon atau takdak pun yang mohon)
Kalau kau dari sains tulen, tapi result kau hampeh jangan lah ambil sains tulen lagi.
Tempah maut ke ?
Pilih la, kalau result kau better in fizik ambil la fizik jangan biologi.
Kalau tak boleh jugak ambil akaun lah, tak pun ambil 2 tahun.
Jangan ikut orang, yang akan menghadapi masa depan kau, kau sendiri.
Bila rasa memang tak mampu, jangan paksa diri.
Kalau tak minat atau dipaksa cakap dengan parents elok-elok.
Dia nak kau dapat result bagus, then masuk universiti yang bagus yang boleh bagi jaminan kau akan dapat kerja dengan mudah.
Tapi kalau kau ada minat yang lain cakap dengan diorang, slow talk dengan diorang,
bagi diorang dengar suara hati kau.
Sebab I know ramai yang dalam situasi ni. I know ~
But parents awak-awak semua tak mahu korang susah nanti,
sebab kesan daripada segala keputusan yang kita buat sekarang akan terasa pada masa akan datang.
Masa kerja nanti terasa la tu.

Okay lastly, pra-u ataupun STPM.
Ramai yang kata susah.
Oh ya memang susah sains tulen lah.
Rare orang nak lulus, haha, RARE.
Tapi kalau kau memang hebat sains tulen boleh la rasa kepayahan dalam STPM. haha.
Aku memang tak recommend masuk sains tulen.
Kawan-kawan aku kat sabah pun dapat result cincai bila ambil sains tulen.
Sayang weyh setahun lebih kau tu.
Mostly memang chinese & indian yang berani ambil sains tulen & result diorang bagus.
Aku dan kawan-kawan aku semua dah bersara ambil sains tulen,
kami semua berpindah kepada sains kemanusiaan.
hahahaha.
Best !
Result aku biasa-biasa je masa STPM.
Tengok result kawan-kawan lah yang best.
Ada yang fail masa penggal 1, penggal 2 moderate, penggal 3 perform !
yang fail tu diorang repeat then result keseluruhan diorang perform !
terbaikkkkkkk !
yang paling best STPM ni, korang takdak hutang.
hahahaha.
Tu paling best.
Lagipun sekarang dah banyak kebebasan.
Tapi banyak juga dugaan budak pra-u ni.
Boleh pulak ada masalah dengan cikgu-cikgu(tak semua).
Aku pun tak paham kenapa dan bagaimana ? haha.
Nak rasa macam universiti ? pra-u pun ada ~
MPPP pun ada (majlis perwakilan perlajar prauniversiti)
assignment pun bertimbun (ataupun dipanggil kerja khusus)
ada jugak buat kertas projek (merasa jugak projek ditolak)
result pun pakai pointer ~
cuma kau masih berada disekolah,
haha.

---------------------------------

okay untuk lepasan STPM 2015.
Sebelum mohon upu korang kena kaji kos yang korang nak apply.
Dengar cerita dah takdak sistem repeat paper ? betul ke ?
tapi aku tetap nak citer. haha.
Kalau kau repeat paper penggal 3 pun upu akan tengok result sebelum kau repeat.
hahaha.
Bazir duit je.
Muet pun sama.
Kalau kau ambil lagi untuk bulan Mac ni pun,
upu tetap ambil result yang tahun lepas.

Okay kembali kepada permohonan upu.
Korang kena kaji, sebab ada kos akan tengok result SPM korang.
Contohnya aku sendiri.
Sebab aku lepasan STPM, tapi aku mohon kos Sains Komputer.
Disebabkan aku tak ambil subjek mathematics masa STPM jadi dia akan rujuk result SPM aku.
Sains Komputer sangat related dengan mathematics & add math.
Mohon kos yang memang sesuai dengan result kau.
Kalau kau nak masuk engineering tapi result sains tulen kau hampeh baik kau bangun dari tidur.
Sebab ada juga kawan aku result STPM dia dapat 3 pointer keatas,
dan dia mohon kos yang sama macam aku,
tapi tak dapat.
Aku hairan jugak mulanya, dan aku terfikir memang diorang tengok result SPM.
Jangan bazirkan ruang UPU dengan kos yang mustahil korang dapat.
hahaha.
Takut dapat kos lelong.
Kos lelong ni peluang kerja agak limited.
Tu yang menyeramkan. haha.
Tapi kalau ada rezeki ada la tu kan.
Lagi satu tengok kos yang korang mohon tu ada interview atau tak.
Kalau ada sila lah bersedia.
Sebab kau kena bersaing dengan ramai orang,
lepasan matrik dah berapa puluh orang, STPM pun.
So better be prepared perfectly.

So goodluck untuk korang semua ! 

yang tak dapat perform well dalam SPM & STPM tu,
jangan kecewa,
sebab bila dah masuk kubur nanti malaikat tak tanya pun SPM kau dapat berapa A ?
STPM dapat berapa pointer ?
haha.

Orang yang ambil kerja sekarang ni pun tengok attitude.
Pandai tapi sombong biadap memang tak guna.
Terasa ?
Berubah lah ~

Siapa kata berjaya tu mesti masuk universiti ?
Kau masuk universiti kau rasa lah nikmatnya.
Nikmat duit meluncur bagaikan waterfall.
hahahaha.

oh ya, Sains Komputer/Computer Science dan ICT dan IT sangat berbeza.
Tolong jangan salah mohon.

Okay, sekian.
:)

-the End-

4 comments:

  1. Akak,lepasan STPM degree diorg berapa tahun ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut kos masing-masing. Tempoh pengajian tiada kaitan dengan jenis pendidikan terdahulu, STPM/matrik/asasi.
      Biasanya kos yang berkait dengan sains macam kejuruteraan/kedoktoran/etc 4 tahun keatas, linguistik/sejarah/seni/etc 3 tahun. Tapi nak pendekkan pun boleh, ada shortsem kalau nak lah.

      Delete
  2. admin, adew jgk program pengajian Diploma yg xdak hutang.. diploma di KKTM (kejuruteraan) & KPM (business & management).. blajo je elok2 3 thn, MARA bg elaun sara hidup lg bulan2 rm300.. yuran rm125 setiap sem.. abeh blajo, bebas hutang.. pas2 gi smbung degree 3 thn je (due to kredit transfer).. klu cgpa diploma cun, MARA sponsor degree kt oversea.. seriusly, bebas hutang.. ramai org yg x taw.. ramai lepasan diploma kktm & ikm yg smbung buat degree (mostly engineering) kt IPTA.. kelebihannya bwh Institusi MARA ni, silibus de 80% hands on.. memenuhi kehendak industri.. so, ameklah diploma di IPMA (Institusi Pendidikan MARA).. :)

    -ex kktm-

    ReplyDelete
  3. boleh ke kalau result stpm pointer bwh 2 layak masuk uni :(

    ReplyDelete