Pages

Thursday, January 2, 2014

sabun oh sabun

Assalamualaikum buat pembaca sekalian ~ :)
nak cerita pasal sabun ni, hehe. Dalam banyak-banyak sabun hanya 1 sabun yang aku paling suka. Memang banyak sabun yang wangi-wangi, but this one I like the most.
Ginvera Real Spa Apricot are my favorite ! haha. Green Tea pun wangi, tapi hidung aku tak tahan sebab terlalu wangi.
 
this is it ! haha

Saturday, December 28, 2013

Erm, entah..

Assalamualaikum ~ 
dah lama rasanya tak post kat blog ~ hhaha, tapi sebenarnya tak ada benda nak share pun. haha. 
Sebab tak ada benda special pun berlaku, sama saja aktivitinya hari-hari. Rasa boring juga buat benda sama setiap hari. 
Aku tak tahu nanti kalau aku kerja kat pejabat, hari-hari buat benda yang sama. haha. Aku di tinggalkan (well sebenarnya aku yang nak tinggal)kat rumah abang aku, bosan tahap gaban, mengadap tv saja. Itu pun nasib baik ada rancangan yang best (running man lerrr, rancangan kegemaran ku, haha), bila dah habis macam mati kutu tak tau nak buat apa. haha. 

Sunday, December 15, 2013

I want be like that too ~ hehe

Assalamualaikum ~ 
cerita mak cik dalam post sebelum ni buat aku teringat time dalam flight ke Sabah. 
Aku naik Malindo. Erm, aku agak berpuas hati naik Malindo daripada AirAsia. 
Best kot, ade tv, boleh tengok movie, main game, tapi kena pakai earphone,klau hang takda earphone Malindo ada jual,klau hang kedekut hang tengok movie tak da bunyi la jawabnya, haha, 
tapi lebih baik ada daripada takda langsung kan ?
 Time naik AirAsia memang boring habis, tak tau nak buat apa dalam 2jam setengah dalam flight tu, kalau naik Malindo ada la jugak benda yang boleh di buat. 
Malindo siap sediakan biskut & air free, tak kesah lah simple asalkan boleh mengunyah, haha.
 Ko ingat AirAsia ada sediakan ? haram.... 
Time aku dalam fight aku sebenarnya duduk diantara sepasang cina yang dah berusia, 
tapi aku bagi chance la diorang duduk berdua kat tepi tingkap, 

Saturday, December 7, 2013

new thing ? perhaps ...

Assalamualaikum... 
nak cerita lagi pasal kat KLIA nak terbang ke Kota Kinabalu.. haha, 
tak habis-habis cerita vacation aku yang expired, haha. well, aku terjumpa benda baru yang aku memang tak sangka, yang pertama aku nak cerita moments time aku nak pegi berlepas. boleh tahan choyyy ! haha. 
27hb nov last paper aku, malam tu aku kemas baang gila-gila cause balik dari sekolah aku main game untuk meraikan kemerdekaan aku, hahahha. katanya flight pukul 7/8 pagi,aku tak ingat pulak, so bertolak awal pagi kira-kira pukul 1 setengah pagi..gilo hapo ~ memang tak tido ~ punya la aku excited kalau dah sampai nanti aku nak tido dulu kat homestay (aku tak pasti namanya), 
time bagdrop baru tahu aku punya flight petang(sama dengan akak aku) ini semua poyo ! 
dah, nak tak nak tinggal jugak, berjam-jam kitorang kat KLIA. Sebelum tu aku terperasan sorang budak ini, muka chubby,mata sepet, aku pun tak pasti la orang mana, tapi aku rasa comel sangat, rasa macam nak cubit-cubit pipi dia, hahhahaha. budak tu dok pandang-pandang family aku yang tengah duduk-duduk, akak aku pun perasan gak budak tu. Mulanya ada beg kat kerusi kitorang duduk tu, kitorang ni ramai so mak cik aku (kira mak cik aku la, hahha) alihkan beg tu kat hujung kerusi tu. Sabar je la budak tu, rupanya beg tu dia punya tu yang pandang-pandang, hahha. 
aku pun mulanya tertanya-tanya, mana tuan empunya beg ni, apesal tak ambil beg dia ni, maybe dia takut tengok family aku yang kecoh, hhaha. time kaunter dah buka baru dia ambil beg dia, kitorang masing-masing agak terkejut jugak, sebab budak tu dah lama duduk tak jauh dari tempat kitorang, haha, kesian ~ time nak pegi toilet aku ternampak budak tu beratur kat kaunter flight ke Armenia.
Itu la first time aku tahu nama negara tu, hahahha, pastu tulisannya pun lain, wah, "ada jugak flight ke negara ni", terserlah betapa sempitnya otak aku, hahhaha. yang biasa kita tahu negara-negara yang sangat terkenal seperti USA,China,Jepun dll. Baru aku tahu kewujudan negara tu, haha. aku agak kagum jugak budak tu travel sorang-sorang, aku tengok badannya kecik je pun, rupa parasnya lebih kepada orang Asia, adakah dia orang Asia yang merantau ? 
aku tengok cara berpakaian dia mulanya dia pakai jubah tapi dia berlapis dengan baju t-shirt & seluar. baik aku pegi tanya dia time tu daripada aku tertanya-tanya sekarang ni.., hahhahhahaha, yang paling best aku rasa travel sorang-sorang kot, walaupun sepi berkeseorangan tapi kita boleh berdikari kan, sebab suatu hari nanti kita pasti berkeseorangan. kadang-kadang bila aku rasa sunyi aku fikir, "suatu hari nanti aku pasti keseorangan, jadi ini adalah latihan aku untuk menghadapinya", macam kelakar pulak kata-kata tu, 'fovever alone' ? hahahha

Sabah ohh Sabah

Assalamualaikum buat yang sudi baca ~ 
nak cerita sikit pasal vacation yang dah nak expired ~ haha (bahasa ku ~ tak apalah, hihi) minggu lepas keluarga ku pegi melancong ~ yahoooo ~ kemerdekaan lepas STPM terus melancong ~ ;P tetapi malangnya semua gambar kat camera akak aku. Lupa pulak nak ambil, cause aku tinggal kat Labuan dengan my big bro... tolong jaga anak dia ~ entah la sampai bila ~ jangan sampai bila-bila sudah ~ hahahahha, nasib baik la ada gambar yang terselamat cause aku gambar guna camera handphone aku, kat kat Simpang Mengayau, Kudat.. camni ke ejaannya ? memang awesome tempat ni, cantik & bersih, tak terkata.
Ni gambar pantainya ~ memang cantik bangat ~
ingatkan nak gambar pantai tu lebih dekat, tapi dah kena panggil lak, so ini je yang aku dapat, yang lain kat camera. haha. Kalau pegi Sabah rugi kalau tak pegi pulau-pulaunya... memang awesome gitu ! memang cantik ! salah satu pulau yang aku pegi Pulau Manukan. Pulau ni kata abang ipar aku kurang sikit batu karangnya, so sesuai la kat sesiapa yang bawa family. 
ni pulau manukan, cantik kan ? hha. sumber : google ~ haha
ni la kundasang, tapi gambar ni macam over sikit. sumber : google ~ haha
ada lagi pulau lain.., tapi tak ingat lorh.,haha. Pantai pulau ni memang terbaik, airnya lagi jernih & cantik kalau tak ramai sangat orang. Kalau ramai sangat orang airnya jadi keruh, tak berapa jernih tapi jernih juga, haha (apa yang aku buat ni?) pegi pantai memang best, tapi lagi best kalau pandai berenang ~ aku dok pengang pelampung anak buah aku sampai hitam lengan aku, haha. tak reti berenang... sedih rasanya ~ ye la, kalau reti berenang boleh tengok batu karang dengan aman, haha. aku takut betul nak menyelam, cause aku pernah alami rasa macam nak lemas, bukan sekali, dah berkali-kali, so kali ni aku berhati-hati sikit dengan pengang pelampung anak buah aku, haha. ikut arus je, tak reti berenang katakan ~ sedih seyhh... kalau sesiapa yang berminat nak pegi pulau tu, belajar la berenang dulu, berbaloi sikit ~ haha.. ada lagi tempat kitorang pegi, Kinabalu Park, Kundasang... tempat lahir aku Beaufort & tempat aku membesar di Sipitang sudah pegi tahun lepas ~ wakakakaka.. lastly aku pegi labuan cause aku tinggal kat labuan buat sementara waktu ~ hoho

Wednesday, November 27, 2013

sedihh ?

Assalamualaikum sekali lagi, hehe. 
Aku nak bercerita pasal anak buah aku ni.. aduhai ~ sedih dibuatnya ~ akak-akak aku memang menyesal ~ haha.. apa boleh buat benda dah jadi kan.. dah tak de rezeki.., lain kali ajelah.. macam ni ceritanya, masa buat plan nak pegi Sabah ni, asalnya akak aku dengan keluarga dia ja., sebab ada murah kat Malindo. pastu citer kat mak & akak aku yang lain, diorang nak ikut gak, so abang ipar aku pun belikan la tiketnya.. Time tu aku tak tahu tarikh exam aku, aku fikir aku ulang seni so mesti hujung-hujung.., cikgu aku pun cakap habis 2 hb disember sedangkan tiket murah tu 28 hb november.., so tak pe lah, aku tak kesah pun, yang penting kinder bueno ~ haha.. pastu ada 1 hari tu aku sembang-sembang dengan kawan aku pasal tarikh-tarikh exam, pastu aku terfikir seni yang aku ulang tu penggal 1 so sama tarikh dengan budak-budak pra-u bawah baru ulangan penggal 2. sekali tengok tarikh betul lah, 25 hb & 27 hb aku exam. aku citer la kat akak aku so ayah aku boleh pegi, aku plan kalau ayah aku sekali pegi sabah then aku tinggal kat rumah kawan aku buat sementara.., baru aku plan nak buat kerja nakal sikit(sikit je, tak payah banyak-banyak, haha), akak aku terus beli tiket aku.. reaksi aku macam, "uh ? what ?", pastu mak dan akak aku lagi plan aku tinggal kat labuan jaga anak buah aku.. ditanya kat aku yang tak kesah sangat ni memang ok sajaa ~ pastu aku fikir..."this totally out from my plan ~" adoihai ~ pastu semalam, tengah kitorang kemas barang, anak buah aku paling sulung(satu-satunya anak buah perempuan,huhu) cakap nak ikut, sedih siakk.. nadanya pun nada rendah... alahai kesian kakak ~ pastu baru akak aku terfikir kenapa lah tak beli tiket dia sekali time beli tiket aku.. masing-masing menyesal.. siap dia cakap kalau kitorang tak ada(aku & akak aku yang belum kawin) tak best.. tak ke sedih tu.. aduhh.. tak pe la mahira, nanti cik su dah keje kita sama-sama journey kay' ? hehe

Exam ? It's already done !

Assalamualaikum buat pembaca yang sudi membaca, hoho.
 I'm gonna fly to Sabah ! wahahhaha.. LOL.. 25 hb & 27 hb aku exam dan 28 hb terbang. Macam pelik jer. haha. Ni semua family akak aku punye plan, diorang memang suka jalan. Memang untung dapat abang/kakak yang suka berjalan. Kita pun boleh tumpang sekali ~ haha (sebab aku tolong jaga anak diorang, hihi)..  back to the story, pasal exam aku.. memang berani tahap gaban. sehari nak exam baru buka buku, tak gila tu ? nasib baik la ulangan masih ingat sikit-sikit yang dulu-dulu punye. Yang 25hb aku ulang teori seni visual. Boleh tahan sesal aku mengulang ni, nak hadap buku  memang perit, tak terkata ! terutamanya mengulang pengajian am(27hb), yang buat graf pulak tu, apa yang telah aku buat. Yang menggerunkan aku time seni tu pasal aku nervous pasal result seni aku nanti.., terfikir "naik ke tak gred aku?", "malu la aku kat adik-adik pra u bawah malulah kalau aku dapat gred rendah dari diorang" dll.. memang berdebar macam first time exam, haha. yang aku pelik kenapa tanda aras(yang warna hitam belah kiri kertas soalan) ulangan berbeza dengan penggal 1, kenapa ? ada beza ka ? hha.. yang pengajian am lak pasal graf, kenapa kawan-kawan aku buat graf bar ? bukan graf garis ke ? ye la ade 5 tahun, dan 1 tahun ade empat negeri, takkan nak buat satu-satu, nak cakap graf kompenen  soalan tu tak sebut pasal jumlah... sudahhhh ~ siap yakin tu graf bar kompaun.. time aku buat aku terfikir, walaupun soalan MPM agak berputar belit, tapi diorang takkan buat graf tu kelihatan pelik. So, aku tak nak fikir panjang-panjang terus buat graf garis, kira masa buat graf tu masa tinggal 25-20 minit lagi nak habis, memang nervous gila, berketar-ketar tangan buat.. haha.. kelakar.. biasa buat esei sampai tangan lenguh, kali ni buat graf sampai tangan berketar.. haha..lepas exam pengajian am tu memang rasa gumbira ~ ha nak mengadap buku rujukan lagi..haha.. dah habis exam .. kena kemas barang pulakk ~ aduhh.. benda paling leceh nak di buat.. aku memang tak suka sebenarnya.., tapi nanti mesti meyesal tak bawa tu  lah ini lah.. haha.. ade lah barang tertinggal bagai ~ haha.. ni pun aku kena tinggal kat labuan jadi babysitter anak abang aku..so bawak la segala harta aku.. haha..ingat nak bawa novel banyak-banyak.. tapi tak muat lak.. haha..novel yang aku belum habis baca boleh la aku habis kan .. hehe.. buat kengkawan aku yang ambik  kertas pengajian perniagaan petang ni dan sejarah isnin depan.. good luck.. sejarah tu.., jangan main-main ~ haha.. buat yang ambil kertas bahasa melayu hari ini.. tahniah ! anada telah merdeka ! kah kah kah