Pages

Sunday, March 23, 2014

Cuba benda baru :)

Assalamualaikum ~ 
Kali ni aku nak berkongsi cerita mengenai GlobAllShare/GaS ni. Benda ni sama seperti Facebook sebenarnya, tapi apa yang membezakannya kita membuat saham kita dalam GaS ni. Aku dah promote kawan-kawan aku tapi dua ketul jer yang daftar. Tak perlu takut, benda ni tak minta kata laluan kad kredit. haha. Ok camni, cuba korang fikirkan, bagaimana dan macam mana syarikat Facebook sangat kaya dan penciptanya boleh kaya-raya sedangkan yang menggunakan facebook setiap hari adalah kita. Tetapi GaS ni berkongsi keuntungan yang mereka perolehi kepada kita. Saham, nak cakap kita buat saham lah kan, sebab kita langsung tak perlu keluar duit sesen pun ! Aku tahu dan berani cakap sebab aku sendiri telah mendaftar dalam rangkaian GaS. Kalau betul kita boleh buat duit dengan benda ni, Alhamdulillah, tetapi sekiranya benda ini menipu kita tak rugi apa-apa, sebab kita langsung tak keluarkan duit. Tapi apa salahnya kita menyertai benda ni, bukannya rugi apa-apa pun kan ? Tak salahkan mencuba, aku memang suka mencuba benda baru lagi-lagi kita tak perlu mengeluar duit sesen pun.

Goodbye Labuan

Assalamualaikum ~
4 bulan dah berlalu, dah tiba masanya aku pulang ke rumah. haha. Aku tinggal di Labuan dari bulan disember 2013 hingga lah mac 2014. hohoho. Rasa cepat masa berlalu. hurmmm. Aku teringin nak berjumpa dengan kawan-kawan aku di Sipitang dulu, tempat yang penuh dengan kenangan aku semasa kanak-kanak. haha. Bayangkan lah aku tinggal di Sabah dari lahir hinggalah tingkatan 3, 15 tahun. Memang terlalu banyak kenangan di sana. Tapi aku tinggal di Labuan di tempat abang aku, macam mana nak pergi ke KK ? Kalau aku ni lelaki boleh lah aku keluar sesuka hati tapi aku ni perempuan.

Monday, March 10, 2014

Kem 2013

Assalamualaikum ~ 
ciao ~ haha
tadaaaaaa ~ 
Kenangan tahun 2013

Sunday, March 2, 2014

Suka suki ~ haha

Assalamualaikum ~
haha. Aku mulanya agak sangsi juga lah nak kongsi cerita ni. Nak kongsi tak ? Nak kongsi tak ? Kalau orang yang baca memang seronok, orang yang nak bercerita ni pahit sikit. haha. Nak cerita sikit kenangan cinta monyet ? haha. Apakah ? Aku tak tahu lah aku ke yang perasan. Malu juga ni. haha. Ok, benda ni berlaku pada 5 tahun lepas. Masa tu aku bodoh-bodoh lagi. haha. Kalau suka kat seseorang pun, macam tu je lah, tak macam budak sekarang advance, haha, aku mana bagitau pun perasaan aku. hahahahahaha (ni aku betul-betul ketawa). 

Kawan

Assalamualaikum ~
haha.. aku baru je lepas tension sebab apa yang aku taip sebelum entry ni dah hilang, gile tak lawokk. haha. Kemudian aku konon-kononnya lah nak naikkan semangat tu tengok lah Facebook, pilihan yang agak tak bijak (apa bahasa aku ni, haha). Yang keluar semua gosip-gosip artis. Wah, aku memang tak suka. haha. Jadi aku ambil keputusan nak bercerita pasal kawan (apa kaitan dengan benda berlaku tadi ? haha). Kawan, memang sangat banyak spesis kawan, kawan setia, kawan sekepala, kawan sejiwa, haha, paling terkenal kawan makan kawan. haha. Apa yang kawan kau makan kau ? kepala ? kaki ? tangan ? haha. Umum betul tajuk entry aku ni. haha.

Thursday, February 13, 2014

gambar kelas ku ~ haha


Assalamualaikum ~
kelas 3 Bestari tahun 2003 :D
haha.. kali ni aku nak share kenangan-kenangan masa ambil gambar-gamabr ni. haha. Supaya aku tak lupa, haha, bila baca entry ni semula aku ingat balik. haha. Aku memang rindu gila dengan kengkawan aku masa sekolah rendah dulu. haha. Nakal gila kelas aku dulu maksud aku budak-budaknya. haha. Nanti aku balik Johor aku tambah gambar masa aku kat pra-sekolah, haha, kiut-biut semua. hahaha.Tahun 2001 aku masuk darjah 1, haha, aku tak ingat ada lagi ke tak gambarnya. haha. Nanti aku korek album masa sekolah ugama dulu. haha. Lucky aku anak cikgu kat sekolah ugama ada simpan gambar kelas budak-budak sekolah ugama. Nanti aku akan bongkarkan siapa paling nakal, wakakakakakaka (ketawa jahat). Masa aku kat Sabah, kitorang biasa sebut Sekolah Kebangsaan sebagai SK, senang sikit nak sebut, haha. Kelas yang ada setiap darjah ada 5 jer, kelas pertama Bestari, kedua Cendikiawan, ketiga Intelek, keempat Pendeta, kelima Sarjana(mungkin, aku tak ingat, haha). Darjah 1 aku masuk intelek, lepas tu naik ke kelas cendikiawan masa darjah 2, masa darjah 3 aku pun naik kelas bestari hinggalah darjah 6. haha. Masa sekolah rendah aku bersekolah di Sekolah Kebangan Pengiran Omar Sipitang, Sabah, sekolah menengah pula di SMK Pengiran Omar I Sipitang, Sabah, kemudian aku bersekolah di SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1 Pagoh, Johor. Apesal jauh sangat, haha.

Wednesday, February 12, 2014

Art ! :D

Assalamualaikum ~ 
haha.., baru-baru ni aku upload gambar lukisan aku yang belum siap, and seem like people like it, jadi aku agak bersemangat nak lukis. haha. Susah nak mulakan melukis ni, haha, sebab banyak aspek kena ambil kira contohnya lakaran kadar banding dan kedudukan tepat benda yang dilukis. Kalau lukis potret lagi lah muka kena seimbang, nanti ada yang satu mata diatas, satu lagi di bawah. haha. Aku pun banyak kali betulkan. Skala kena tepat kalau nak lukis benda yang realistik. Agak berbeza kalau lukis kartun komik. haha. 

Ni lukisan yang belum siap, belum habis shading ~