Pages

Thursday, October 9, 2014

I wanna be a ...


Assalamualaikum ~
Today I wanna talk about.... eh ? Jap kenapa aku speaking ? Hahaha. Okay nak bercerita sikit tentang cita-cita atau impian.... wowwwww ~ bila bab impian ni memang bersemangat, haha. Bidang pekerjaan yang aku tau masa damit-damit ? Haha. Okay damit tu maksudnya kecil lah. Haha. Bahasa orang sabah tu yah.. haha. Bila ingat semula, aku tahu cita-cita tu masa darjah 3 (rasanya lah, haha). Masa tu pekerjaan yang aku tahu hanya lah guru, cikgu, ustaz, ustazah dll. Yelah mak ayah aku cikgu (kat sekolah rendah agama je), hari-hari pegi sekolah tengok semua yang ada hanya lah cikgu.

Hahahaha. Tapi bila darjah 5/6 baru lah luas sikit perkerjaan yang aku tau. Haha. Masa tu aku terpasang channel TLC tentang seorang arkitek design mansion yang memang amazing lah kat mata aku, haha. Start kat situ aku nak jadi artikek (time budak-budak lah, haha). Masa aku naik sekolah menengah aku lost. Haha. Aku tak tau, dah tak terfikir tentang bidang apa nak masuk. Yang aku tau aku suka melukis. Haha. Tapi aku masuk kelas aliran Arab mana datangnya seni tuh ? Aku masa PMR memang lost, hahahaha. Masa SPM pun aku tak tahu aku nak jadi apa. Haha. Tapi set kat otak aku tak nak jadi cikgu. Kenapa ? Bagi pendapat aku cikgu/guru adalah 1 bidang yang amat mulia dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi yang mungkin aku tak layak. Haha. Aku tak tahan orang yang biadap dengan aku, haha, memang kena lempang etc (wow garang gila aku, hahaha) , oleh itu aku delete satu senarai impian aku iaitu menjadi guru. Tapi masa form 5 aku mula minat pasal komputer. Macam-macam benda aku buat kat komputer tu, aku boleh mengadap depan komputer berjam-jam dengan buat entah apa tah. Hahaha. Tapi bila masuk form 6, I discovered my talent (kinda lah) that I never know. Aku seronok belajar bahasa Melayu. Haha. Alhamdulillah dapat A setiap penggal masa di pra-u. Entah kenapa aku seronok sangat. Haha. Bidang seni tu tak payah cakap lah, aku lah letak drawing aku kat Artwork kat blog ni. Aku sempat angan-angan nak jadi accessories designer. Haha. Aku minat gila tahap gaban dengan gelang. Hahahaha. Semua kawan-kawan aku memang dah perasan aku ada macam-macam jenis dan design gelang. Tak lah banyak mana pun, tapi lebih daripada 2 kan.. kira banyak lah kan. Aku pun minat atau boleh dikatakan obses dengan kasut & handbag. Oleh kerana duit yang ada cukup-cukup so jangan nak berangan nak buat koleksi lah. Hahaha. Tapi aku dah pasang niat kalau aku dah kerja dah ada duit sendiri ni lah benda aku nak buat puas-puas. Haha. Tapi impian ku ini terpaksa ku pendamkan. Ceeeeewah. Kecewa lah sangat. Tapi aku ada 1 impian yang lain daripada yang lain,haha, aku nak jadi translator iaitu penterjemah. Waaaaaahhhh. Ada beberapa bulan aku belajar bahasa itali. Aku rasa enjoy belajar bahasa. Haha. Aku mudah paham bila belajar bahasa. Kat UMP ni tak ada bahasa Itali tapi Spanish. Nasib baik lah Spanish lebih kurang macam Itali. Abang aku pernah cakap aku patut belajar Spanish. Tapi aku degil aku belajar juga Itali, akhirnya kat U ni tak ada bahasa Itali... kecewaaaaaaa ~ nasib baik bukan French. Aku memang fail French, aku tak reti sebut langsung, hahaha. Tapi apa yang aku belajar sekarang ni adalah sains komputer. Lain. Memang lain daripada impian aku, angan-angan dll. Aku pernah minat komputer tapi tu 3 tahun yang lalu. Haaaaaaa ~ redha je lahhhhh.. haha

-the End-

No comments:

Post a Comment