Pages

Friday, October 31, 2014

The Reason


Assalamualaikum ~ 
Nak tanya korang pernah tak rasa sayang atau suka atau benci kat sesuatu tanpa sebab ? Kalau rasa sayang atau suka tanpa sebab biasanya orang maksudkan cinta la kan ? Haha. So acaner pulak kalau benci atau tak suka tanpa sebab ? Sejak azali tak suka.. hahaha. Teringat pulak kawan sape entah cakap sejak azali tau rumah aku time kat sabah dulu kat mane, haha, sejak dalam perut tu jangan main-main. Hahahaha. Tapi tak ingat lah siapa yang cakap tu. Haha. Berbalik kepada tajuk perbincangan, ceeewah ayat ~ haha. Aku belum rasa cinta tu camna, ceeeewahh, haha. Cinta kepada Allah & rasul tu tak payah citer ahhh, tu memang wajib ada. Tapi pernah tak rasa nak dekat dengan someone tuh tapi tak ada sebab yang kukuh kenapa nak rapat dengan dia ? Aku pernah alami, setakat ni kawan je lah, hehe. Aku tak ada sebab yang kukuh kenapa aku nak berkawan dengan dia, orang lain pulak tolong fikirkan kenapa aku rapat dengan kawan aku sorang ni, aku pun tak tau. Hahaha. Bila aku start sayang kat kawan aku, memang aku takkan bagi sesiapa buli diorang. Aku aku lindungi diorang, adalah cara-caranya. Haha. Rahsiaaa ~ konon lah. Aku pernah alami aku nak miliki seseorang tu. Perghhh. Memang gile ah, rasa nak mendominasikan dia, tak nak lepaskan dia, tapi alhamdulillah, Allah buka kan mata ku dia bukan yang terbaik. Haha. Entah kenapa time tu tetiba rasa selfish sangat-sangat, memang rasa tak nak lepaskan, aku nak miliki dia. Macam bodo je. Haha. Lepas tu kan aku time aku tengok tv ada terpasang ceramah yang buat aku tersentap, tersedar. "Kita semua milik Allah, kita tak boleh memiliki orang lain..". Rasa time tu terkena batang hidung sendiri siap ceramah tentang 'cinta'. Pepepepehhhh. Memang terasa macam bangun dari mimpi masa tu. Aku tak sangka. Haha. Luaran memang lah macam citarasa kita, tetapi dalamannya, Allahuakhbar berikan lah dia hidayah untuk berubah menjadi yang lebih baik. Tapi pernah tak terperasan satu perasaan iaitu perasaan 'suka' dan 'sayang'. Sesungguhnya(ceeeeeeeh, haha) 2 perasaan ni sangat berbeza. Contoh bila kita suka pada sesuatu kita nak tonjolkan ia contoh benda lah, macam kasut, bila kita suka satu kasut ni, pasti kita kerap pakai kan ? Tapi kalau perasaan sayang ni, ia sungguh istimewa. Contoh kalau kita sayang pada satu kasut ni, kita letak ia di tempat yang istimewa lain daripada kasut yang lain, pakai pun pada hari yang istimewa sahaja kan ? So sama juga kalau ia berlaku kalau kita suka atau sayang pada seseorang kan ? Kalau kita suka pada seseorang tu macam mana ? Kita suka lepak/hangout dengan dia kan ? buat benda merepek. Kalau kita sayang pada seseorang tu means that dia istimewa pada diri kita. Wowww ayatttt ~ haha. Tapi ni lah yang aku alami. Aku rasa sayang gila kat kawan-kawan aku hinggakan aku tak nak diorang menangis kesedihan. Aku takkan diorang berduka. Aku selalu doakan yang terbaik untuk korang. Sayang kat keluarga tu pun tak payah cakap lah, memang ada. Haha. Kadang-kadang aku fikir bahaya juga perasaan suka ni, lagi-lagi kat seseorang. Aku sebenarnya agak kelakian. Haha. Cuma aku sorok. Alhamdulillah aku follow family aku. Kalau aku just follow kepala otak aku, aku rasa aku dah jadi lelaki. Haha. Serius. Masa sekolah rendah, sekolah menengah form1-3 aku minat stail lelaki, aku rasa cool sangat lah, sampai tahap aku cemburu dengan segala kelebihan lelaki. Tapi alhamdulillah aku tak berubah ! Haha. Aku sangat-sangat fanatik rambut pendek. Hahaha. Kalau boleh rambut tolong jangan panjang. Hahaha. Aku memang suka gila fashion lelaki. BUT NOT KPOP(muka macam pondan). Tight pants dengan warna-warna terang dan aneh memang fashion aku benci gila. Aku pernah jugak jealous dengan fashion lelaki, aku nak jugak pakai macam diorang. Bahaahahhaha. Memang pelik aku ni. Haha. Tapi sekarang ni aku cuba untuk menjadi agak girly. Haha. Kalau aku buat benda merepek nanti tua menyesal tak sudah. Haha. Tapi setakat nak buat suka-suka nak bergaya ala-ala lelaki tak payah lah. Haram. Terima lah seadanya. 
Sekian, terima kasih.. heheee ;)
-the End-

No comments:

Post a Comment