Pages

Sunday, October 26, 2014

my weakness

Assalamualaikum ~
kelemahan aku ? dah kenapa nak dedahkan ? tapi nak dedah kat siapa ? bukannya orang baca pun, tapi nak luahkan jiwa ni sikit. hahaha. Aku tak tahu lah kenapa aku baru-baru ni rasa lemah sangat, tapi gaya luaran bukan main, bersemangat tahap gaban. haha. Aku rasa mcam dah tak ada tenaga nak gelak. haha. Adakah semua orang pernah alami perasaan ni ? Aku stress juga lah kena mengadap budak-budak pandai. hahahaha.
Aku masuk u ni macam makin lemah. hahaha. Maksud aku mental aku lah. Dah la kecewa tak dapat kos yang aku nak. Ingat senang ke nak pupuk minat ? huhu. Aku tak putus-putus lawan dengan emosi sendiri, pernah juga lawan emosi sendir, tapi tak lah lama sangat. haha. Aku dalam kos aku ni kengkadang rasa lost habis, haha, aku rasa sesat, bila aku tak dapat buat aku rasa buntu, aku rasa macam bodoh sangat. Kadang-kadang aku rasa sedih + blur + entah apa tah, sebab biasanya aku yang support dan sokong habis-habisan kat kawan-kawan aku, biasanya kawan-kawan yang kat sabah lah. Tapi bila kena kat diri sendiri rasa macam nak putus asa, tak nak buat apa-apa. Bila aku dengar akak-akak dalam kelab yang aku masuk tu katanya semua orang ada assignment tapi masih boleh mengikuti aktiviti dalam kelab. Nak je aku cakap "yelah hampa semua pandai-pandai, genius tahap gaban, aku ni bodo tahap gaban nak berjam-jam berkurun lamanya nak belajar, nak buat assignment semua yang aku tak jangka aku kena buat". Sebelum ni aku pernah tengok kat tv (entah tahun bila, rasanya masa kat sabah dulu-dulu, haha) yang ada lelaki tu susun cpu maksud aku motherboard komputer tu. Wooooooooo. Aku tengok kat tv tu pun dah pening, aku pun set kat otak aku tak nak study benda tu, dan sekarang aku kena belajar ! perghhh !!! aku memang tak sangka langsung ! Aku macam blank + blur jadi macam mongji, haha, biar betol ?? Aku berada dalam delima sendiri. hahaha. Aku sedar aku ni tak ada idea atau kreatif, aku cuma kreatif bab seni, hahaha, aku cuma pandai memanipulasi. muehehehehe. Boleh jadi ahli politik ? haha. Aku boleh kembangkan sesuatu idea, pusingkan ayatnya tapi masih sama maksud, tapi aku tak banyak idea. haha. Aku ni pun sebenarnya over-thinking. Habit. I can't stoppppp !!!!!!!!!!! Over-thinking ni buat aku takut buat banyak benda. haha. Bila bab belajar aku tak berapa berani, tapi aku berani bersuara. Takut tu tak semestinya aku takut benda-benda yang kita tak nampak, benda ni memang aku tak berani langsung, aku tak berani keluar malam, hahahaha. Kadang-kadang atau biasanya aku takut nak bertanya, aku rela bertanya guna sms, email, facebook, dan lain-lain. Aku tak suka bercakap dalam telefon sebab suara ku sama seperti kartun ~ malu weyhhhhh. Cukup-cukup lah gaya aku macam kartun. haha. Pernah masa aku ikut sukan kriket masa form 5, nak lari kena pakai apa benda tah namanya yang besar macam pelindung tu kat kaki, susah gila nak lari, aku rasa macam penguin time lari tuh. hahaha. Ada junior perempuan time tu bagitau aku lari macam kartun.... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~ sampai sekarang aku ingat tau... malu lahhhh.. dah besar gaya kartun macam budak-budak. hahaha. Tapi kadang-kadang aku rock jugak, entah aku tak paham dengan diri aku ni. haha. Tapi ketakutan paling besar aku alami sekarang ni aku takut aku tak sempat membalas jasa mak ayah aku. huuuuuu. My dad born at year 1945, and my mom born at 1954. Bayangkan lah aku sekarang berumur 20 tahun. Gila jauh jarak umur. Orang luar pasti cakap mak ayah aku atok dengan cucu. Kepala otak hang ! Mak aku lah weyh !! Pernah mak aku citer masa aku buat medical check up orang ada tanya kat mak aku "tunggu cucu ke ?", mak aku ye kan jer. Huuuuuuuu ~ sebak aku.. tapi aku tak pernah tunjuk aku sedih kat depan mak aku (baru-baru ni pernah sebab kena marah oleh ayah aku, haha). Kalau aku ada masalah aku tak pernah share dengan family aku. Aku cuma kongsi yang ceria-suka-suki je dengan family. Pernah aku terkena soalan muet "who would you prefer to share your problem ?". Aku tak ingat aku kena apa tapi aku ingat kawan aku jawab kongsi dengan family. Sebab family lah orang paling dekat. hurm okay, pendapat kita berbeza. haha. Aku tak suka masalah peribadi dibawa masuk dalam keluarga. haaaaaaaaaaaaaaaa.. Keluarga aku pun aneh-aneh. Aku cuma rapat dengan adik-beradik dan kawan-kawan aku je. Tak tahu lah kenapa. Aku kadang-kadang cemburu tengok kawan-kawan rapat gila dengan cousin dan mak cik pak cik diorang. Aku ..., hurm..., biasa-biasa jer, mungkin sebab aku dulu kat sabah kot. entah lah... ada diskriminasi disini. Tapi tak apalah, aku bersyukur sangat-sangat dapat BFF, kawan-kawan kat sabah, kawan-kawan form 6 memang rapat gila. Aku rasa masa form 6 tu macam keluarga. haha. Kena marah sama-sama, kena denda sama-sama, buat nakal sama-sama, bergembira sama-sama. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ~ rindu kat korang semua. Disebabkan anda semua aku masih bertahan, terima kasih semua :')
my family, my bff, my buddies, my love till jannah, insyaallah ;')

No comments:

Post a Comment