Pages

Sunday, March 30, 2014

Adab di Facebook ??

Assalamualikum ~
kali ni nak bercerita sikit mengenai adab-adab ni. Adab ni penting tau nak jaga hubungan kita dengan orang sekeliling, tak kesah lah sama ada adik-beradik, keluarga, rakan atau pun dengan orang yang kita tak kenal. 
 Bukan kita nak jadi hipokrit, kita kan orang Islam, sedangkan orang yang bukan beragama Islam pun beradab, takkan lah kita yang diajar adab sejak kecil masih tak tahu nak beradab.

Aku cerita pasal adab bukan apa, aku tak suka dengar cerita buruk orang lain. Lagi-lagi orang yang kita tak kenal.

Kawan-kawan dok mengumpat pasal orang yang kita tak kenal, mestilah kita bertanyakan siapa yang mereka katakan. Dan kita kenal mereka tu disebabkan perangai buruk mereka.
 Bila kita berjumpa atau terserempak atau sebagainya dengan orang tu pasti kita menjauhkan diri dari orang tu kan, kalau yang mulut murai pulak pergi sebarkan lagi. 
Haaaaa..., kan dah bertimbun-timbun dosa kita dapat. Jaga lah adab, susah sangat ke ? Lagi-lagi adab semasa berbicara dalam Facebook (Facebook lah selalu yang aku dengar). Awak-awak semua tahu tak kalau awak-awak semua meluahkan perasaan di Facebook tu satu dunia baca tahu tak ?
 Orang dari barat, timur, mana-mana tah pun boleh baca. Kalau awak-awak ada masalah dengan orang lain jangan kongsi di Facebook. Kitorang tak nak tahu pun masalah awak-awak semua. Ingat yang kita ni bawa nama mak ayah kita, agama, dan juga negara tau tak, kalau kita cakap bukan-bukan di Facebook tu. 
Orang yang belajar bahasa Melayu bukan orang Malaysia sahaja ye, ramai lagi orang luar yang belajar membaca dan bercakap dalam bahasa Melayu. Tak malu ke cerita pasal masalah rumah tangga, adik-beradik dan mak ayah di baca oleh satu dunia ni ? Awak-awak tak rasa apa-apa ke kalau kawan-kawan baca masalah awak-awak semua dengan mak ayah ? 
Kita berbicara biar beradab, biarlah orang kata kita ni hipokrit, sebab yang tahu tentang diri kita ini cuma kita sendiri dan Allah. Tak payah nak betulkan mulut orang sekeliling, mulut orang mana boleh nak tutup kan ? Lagi-lagi yang remaja, aku pun remaja juga, macam tak layak, tapi kita semua ada akal, ada ilmu, dan bertahun-tahun bersekolah, belajar, tak ada satu ke yang lekat ? 
Kadang-kadang ada saudara kita yang sesama Islam yang munutup aurat bila di depan keluarga atau di sekolah tetapi bila di luar berpakaian seperti dah tak ada kain kat dunia ni, haha, lepas tu letakkan gambar yang tak berapa nak sopan tu kat Facebook. Tak takut dosa eh ? Tak malu eh ? Bangga ke dedah sana sini ? Tak moden eh kalau tak dedah-dedah ? Aku tengok gadis-gadis mahupun wanita yang telah berkahwin dalam majalah Dara.com dan Hijabista cantik je bertudung menutup aurat. Ada yang katakan orang yang menutup aurat ni tak open minded. Kepala hotak hang ! haha. Istilah kau dah salah. Awak-awak semua yang berpakaian dok dedah sana sini tahu tak mak ayah awak-awak semua malu ? Malu sesangat ! Mak ayah tegur sikit kenapa pakai baju ketat terus melenting, awak-awak semua yang berperangai macam ni tahu tak dosa buat macam ni kat mak ayah ? Lepas tu mak ayah dah tak berani nak tegur, takut awak-awak semua yang perangai macam ni lari dari rumah. Mak ayah awak-awak semua sayang sangat dengan awak-awak semua, sampaikan takut nak tegur ! Yang sepatutnya takut ditegur adalah awak-awak semua bukan mak ayah ! 
Dunia dah terbalik. Bukan nak salahkan mak ayah, tapi ada kesilapan sikit semasa membesarkan anak disitu. Mak ayah terlalu manjakan anak-anak hinggakan anak-anak sanggup menengking mak ayah. Bila mak ayah dah tak berani nak tegur awak-awak semua yang begini perangainya, menjadi-jadilah perangai awak-awak semua kan ? Lepas tu mak ayah awak-awak semua terdesak sebab nak awak-awak semua sedar sebelum terlambat dengan meminta tolong orang lain ? dengan mak cik yang ada anak-anak yang sopan santun. Tapi mana lah orang sanggup nak tegur anak orang lain, sebab kita tak nak malukan awak-awak semua. Nampak tak orang lain yang berasa malu sedangkan awak-awak semua yang berperangai tak tahu malu. Kita berubah bukan apa, berubah untuk menjadi lebih baik, untuk diri kita sendiri dan mak ayah kita jugak. Kalau kita tak mampu membanggakan mak ayah kita dengan pelajaran atau kedudukan, tapi dengan adab kita masih boleh membuatkan mak ayah tersenyum gembira. 
Tak perlu nak bandingkan kita dengan orang lain yang kaya tapi tak ada adab, cuma tengok diri sendiri, apa yang kita ada, duit ? pelajaran ? kerjaya ? nama ? adab ? Tepuk dada tanya selera. Kita sendiri tahu apa yang terbaik buat diri kita. Sekiranya ada masalah yang menimpa kita kenapa nak luahkan di Facebook ? Ada ke kawan-kawan yang dok komen tu tolong awak-awak semua di dunia realiti ? Ada tak kawan-kawan di Facebook rela berjumpa awak-awak semua semata-mata bertanya kan masalah yang menimpa awak-awak semua. Kalau masalah tu awak ceritakan kat mak ayah awak-awak semua, seriously aku cakap mak ayah awak pasti akan bermati-matian menolong awak-awak semua walau apa pun masalah ni.

Tapi setiap individu ada pelbagai dan berbezaan cara menyelesaikan masalah, mungkin awak-awak semua tak suka caranya, jadi simpanlah masalah kat Allah. Luahkan setiap isi, duka-duka keperitan, insyaallah pasti Allah akan bantu walau besar mana masalah tu pasti Allah akan bantu menyelesaikan masalah tu. Tak susahkan ? Kalau awak-awak semua luahkan masalah-masalah awak-awak semua kepada Allah tak kesah lah pasal masalah rumah tangga, keluarga, kerja, pelajaran ataupun cinta yang telah menyesatkan berjuta orang pasti tidak ada yang menyebok. Kalau awak-awak semua ceritakan masalah awak semua di Facebook pasti ada orang sebar-sebarkan cerita masalah awak-awak semua tu kepada orang yang tak sepatutnya. Contohnya awak ada masalah dengan mak mertua awak, awak luahkan semua yang awak tak puas hati dengan mak mertua awak kat Facebook, kemudian kenalan mak mertua awak terbaca luahan awak tu kemudia dia tunjukkan kat mak mertua awak, tak ke perang tu ? Kan tak bahagia kalau ada perang dalam rumah. Jadi simpan masalah tu, simpan kepada Allah tempat kita mengadu. Kalau kita beradab pasti orang sekiling turut beradab dengan awak-awak semua. Betul... 
Aku pernah terjumpa beberapa kali dengan orang yang aku tak kenal, aku tak sengaja tersenyum, dan tahu tak orang-orang tu pun balas senyuman aku. Pertama kali terjadi masa aku form 3 rasanya, aku tak kenal orang tu, entah kenapa aku tersenyum, haha, tapi orang tu balas balik senyuman aku. Wah ! Gembira jugak walaupun aku tak kenal orang tu. haha. Mula di situ aku senyum dengan orang lain yang entah siapa. haha. Ada juga yang buat tak tahu, tapi tak apa lah, kita dah turun kan ego kita, tak kesah lah orang tu tak nak turunkan egonya, kita bukannya buat masalah dengan orang lain pun kan, cuma nak bina hubungan silaturrahim. Tak salah kan. hehe. Kalau di Facebook tu aku cuba sedaya upaya tak melebih-lebih berbicara. 
Biarlah berbicara perkara yang baik-baik dan juga yang positif. Bila meletakkan gambar tu biarlah yang sopan yang tak mewujudkan syak wasangka. Kalau gambar berdua-duan dengan pasangan tu, awak pasti ke awak akan berkahwin dengannya ? 100000% pasti ?? 
Kenapa nak bergambar berdua-duan dan menjalinkan hubungan dengan seseorang yang awak tak pasti awak akan berkahwin dengannya ? Ok lah, malas nak cerita panjang lebar lagi, cukup lah, aku cuma berikan nasihat, nak berubah atau tak itu hak awak-awak semua, aku tak ada kaitan langsung, cuma nak ingatkan apa yang awak buat di Facebook tu pasti memberi kesan kepada keluarga awak-awak semua dan juga masyarakat, agama dan juga negara. Bagaimana boleh memberi kesan ??? Awak-awak semua fikirkan lah sendiri. Sekian. 
-the End-



2 comments: