Pages

Thursday, February 6, 2014

Bahasa Jepun

Assalamualaikum ~
Bahasa Jepun merupakan salah satu bahasa antarabangsa. Susah ooo. Sebab tu aku berhenti belajar. haha. Aku belajar dari kawan aku dari SMSL (Sekolah Menengah Sains Labuan). Masa tu aku tingkatan 2. Otak masih boleh terima. Boleh dikatakan aku hafal semua huruf hiragana dan katagana masa tu. Tapi sekarang dah lupa-lupa. haha. dah lama kot. Lagipun tak ada kawan aku nak belajar bahasa jepun ni. haha. Tapi aku ni lebih sesuai dikatakan belajar tulisan jepun. Tulisan jepun terbahagi kepada tiga iaitu hiragana, katagana dan kanji. Tulisan hiragana adalah tulisan asal dalam bahasa jepun. Katagana pula merupakan tulisan yang berasal dari bahasa asing macam bahasa inggeris kepada bahasa jepun. Kanji pula merupakan tulisan yang mirip kepada tulisan china kuno iaitu gabungan huruf-huruf hiragana atau katagana.
Table of Hiragana.
sumber : Wikipedia

my new taste of music ?

Assalamualaikum ~
haha. Aku ada citarasa muzik yang baru. hahaha. Entah lah kenapa dua tiga hari ni aku minat lagu rock. hahaha. Aku rasa bosan beberapa hari ni kemudian entah bagaimana aku boleh nak dengar lagu Evanescence "Bring Me To Life". Entah macam mana beberapa minit kemudian aku dah download lagu Evanescence yang popular. haha. "bring be to life" adalah lagu hits diorang. Tahun 2006 tak silap aku lagu tu keluar. Masa tu aku darjah 6. haha. Sampai sekarang aku dengar. hihi. Lagu Evanescence yang aku terpikat "call me when you're sober","lithium" dan "what you want". haha. Aku memang terpikat gila suara Amy Lee. hahaha. Entah bagaimana aku teringat lagu rock yang aku minat gila-gila masa sekolah rendah. haha. Tapi aku tak tahu nama kumpulan dan tajuk lagu, lagi sesuai dikatakan tak ingat. haha. Punya susah nak cari. Yang aku ingat dalam muzik video lagi tu ada burung gagak dengan rentak lagu tu. Punya susah nak cari. Berapa kali aku give up, tapi pastu cari lagi. haha. Tengah aku cari tu aku terjumpa link band paling teruk dan Jonas Brother di tempat pertama. hahaha. Gila-gila aku ketawa. One Direction tempat kedua. hahaha. Aku fikir, 1D kumpulan rock ke ? haha. Bila aku tengok macam-macam nama kumpulan rock aku tengok, ada yang pelik, ada yang lucu. hahaha.

My First Drawing for 2014 :D

Assalamualaikum ~ tadaaa ! Lukisan aku yang pertama buat tahun ni (2014). haha. Dah Februari tapi baru sebijik lukisan aku ~ hahaha. Yelah, aku melukis ikut mood. Kalau mood tu tiba-tiba datang, tiba-tiba lah aku melukis. haha. Tapi biasanya aku tak ada mood. hahahaha. Saje je aku ambil gambar lukisan tu dari tepi, sebab asalnya aku nak lakar je, tiba-tiba aku buat penuh. haha. TIBA-TIBA ? haha. Sejam lebih jugak aku buat, rasanya sejam. haha. Tengah malam lak tu buat. haha. Entah kenapa mood tiba-tiba datang.

Friday, January 24, 2014

Tak Sayang Mak ?

Assalamualaikum ku ucapkan sekali lagi~ haha
Semalam juga aku terperasan kat berita ada anak mengugut maknya. What the ?? Dah kenapa ? Sanggup kau mengugut mak kau sendiri, akal kau dah tak waras ? Lepas tu aku dengar kat berita tu maknya memaafkan anaknya. Aduhai. Tengoklah betapa kasihnya maknya masih rela memaafkan seorang anak yang sanggup mengugutnya.

Clean House ?

Assalamualaikum ~ 
haha., semalam aku ade tengok rancangan tv yang bertajuk Clean House. haha. Dah season 7 baru aku tahu rancangan spesis ini wujud. haha. Sebelum ini aku ada terpasang rancangan ini, tapi orang yang meminta pertolongan kemas rumahnya cakap jemput orang untuk kemas rumah dia adalah sangat memalukan. Jadi buat apa aku tengok kalau dia malu, tapi abang aku berminat jadi hadap je lah. Yang aku tengok semalam pasal anak nak tolong maknya kemas rumahnya yang serabut tak macam rumah. haha. Pastu anaknya dok kecoh cakap maknya perlu diubah. Jadi dia Clean House datang kemas rumah maknya untuk mengubah maknya sempena anaknya yang akan berkahwin. haha.

Tuesday, January 21, 2014

Memory of the 'bubur' and my mum ~ haha

Assalamualaikum ~
tiba-tiba teringat kenangan yang lalu. haha. Sebenarnya aku rindukan masakan mak aku, dan mak aku sekali. haha. Pagi tadi kepala pening, terus teringin nak makan bubur. Rasanya dah seminggu, tiap-tiap hari hujan di Labuan ni. Sejuk gila, aku rasa macam kat Cameron Highland. haha. Yela, dah la tingkat 5, hujan pula hari-hari, memang sejuk habis. Aku rasa macam tak nak mandi, sejuk, tapi busuk kan, terpaksa lah, sejuk-sejuk pun terpaksa lah. haha. Hari ini pulak rasa tak sedap badan, nak makan bubur tapi tak ada orang nak masakkan. haha. Terpaksa masak sendiri. huhu. Sedih konon. haha.

Wednesday, January 15, 2014

Bola ?

Assalamualaikum ~ 
Tadi ada baca entry blog orang lain pasal satu pasukan bola yang sungguh berlagak. huh ! baru menang sekali dengan pasukan yang terkenal di Malaysia jerrr..., pastu kalah balik ? what ? haha. Aku tak nak la mentionkan pasukan mana aku mentionkan pasukan ni pasukan A, aku tak kesah pun siapa menang siapa kalah. Itu adat permainan ada yang menang dan ada yang kalah. Yang tak tahan ni baru menang sekali dah berlagak. hampehh ! Aku sendiri dengar. Baru menang satu perlawanan, dah kecoh bagai, trademark pasukan A di jerit berulang-ulang kali. Mungkin aku tak suka pasukan A sebab tu aku rasa meluat. Tapi aku peminat pasukan lain, masa pasukan tu menang aku tak jerit-jerit pun ? Peminat pasukan tu pun tak kecoh pun kat laman-laman sosial. Dah menang tu nak perli-perli pasukan lain. Hey, tak de kerja lain nak buat ? Bila kalah nak bergaduh, bila menag riak, sombong, takbur. Mana satu yang baik ni. Pemain tenang je, penyokong yang lebih. Haish. Sebab tu aku tak tengok bola, aku lebih suka tengok keputusannya, haha. Nanti sakit hati. Tapi kalau tengok perlawanan bola live best giler ! haha. Aku pernah pegi. Masa tu Johor FC vs Kelantan (tahun bila entah).Aku sokong ? shhhh ~ rahsia. haha. Peminat Johor FC pakai kompang, peminat Kelantan bawak gendang besar(yang macam cina punya tu, aku tak tau namanya, hahhahaha) memang meriah. Kan seronok kalau peminat-peminat bola sepak sokong pasukan mereka dengan beradab. Kita semua kan orang melayu, takkan tak tahu adab. Kalau sokong pasukan Johor tak perlu lah nak hina pasukan lain, sama juga pasukan lain. Kalau tak suka pasukan tu, diam-diam je lah. Kalau dibesar-besarkan meyebabkan pergaduhan, orang melayu berpecah kerana tiada sefahaman dalam permainan bola sepak. Macam pelik, kelakar pun ada. haha. Tapi memang realiti, tak boleh terima hakikat pasukan yang kita minat kalah. Itu obses namanya, kalau perkara yang baik tak apa lah. Dah kalah tu, kecoh bagai kat Facebook, Twitter dll. Kalau menang pulak bangga tahap gaban pun sebar kat Facebook, Twitter dll ~
Kenapa lah manusia ni, menang salah, kalah pun salah.. mana satu ni ? haha