Pages

Wednesday, January 15, 2014

Bola ?

Assalamualaikum ~ 
Tadi ada baca entry blog orang lain pasal satu pasukan bola yang sungguh berlagak. huh ! baru menang sekali dengan pasukan yang terkenal di Malaysia jerrr..., pastu kalah balik ? what ? haha. Aku tak nak la mentionkan pasukan mana aku mentionkan pasukan ni pasukan A, aku tak kesah pun siapa menang siapa kalah. Itu adat permainan ada yang menang dan ada yang kalah. Yang tak tahan ni baru menang sekali dah berlagak. hampehh ! Aku sendiri dengar. Baru menang satu perlawanan, dah kecoh bagai, trademark pasukan A di jerit berulang-ulang kali. Mungkin aku tak suka pasukan A sebab tu aku rasa meluat. Tapi aku peminat pasukan lain, masa pasukan tu menang aku tak jerit-jerit pun ? Peminat pasukan tu pun tak kecoh pun kat laman-laman sosial. Dah menang tu nak perli-perli pasukan lain. Hey, tak de kerja lain nak buat ? Bila kalah nak bergaduh, bila menag riak, sombong, takbur. Mana satu yang baik ni. Pemain tenang je, penyokong yang lebih. Haish. Sebab tu aku tak tengok bola, aku lebih suka tengok keputusannya, haha. Nanti sakit hati. Tapi kalau tengok perlawanan bola live best giler ! haha. Aku pernah pegi. Masa tu Johor FC vs Kelantan (tahun bila entah).Aku sokong ? shhhh ~ rahsia. haha. Peminat Johor FC pakai kompang, peminat Kelantan bawak gendang besar(yang macam cina punya tu, aku tak tau namanya, hahhahaha) memang meriah. Kan seronok kalau peminat-peminat bola sepak sokong pasukan mereka dengan beradab. Kita semua kan orang melayu, takkan tak tahu adab. Kalau sokong pasukan Johor tak perlu lah nak hina pasukan lain, sama juga pasukan lain. Kalau tak suka pasukan tu, diam-diam je lah. Kalau dibesar-besarkan meyebabkan pergaduhan, orang melayu berpecah kerana tiada sefahaman dalam permainan bola sepak. Macam pelik, kelakar pun ada. haha. Tapi memang realiti, tak boleh terima hakikat pasukan yang kita minat kalah. Itu obses namanya, kalau perkara yang baik tak apa lah. Dah kalah tu, kecoh bagai kat Facebook, Twitter dll. Kalau menang pulak bangga tahap gaban pun sebar kat Facebook, Twitter dll ~
Kenapa lah manusia ni, menang salah, kalah pun salah.. mana satu ni ? haha

No comments:

Post a Comment