Pages

Thursday, February 6, 2014

Bahasa Jepun

Assalamualaikum ~
Bahasa Jepun merupakan salah satu bahasa antarabangsa. Susah ooo. Sebab tu aku berhenti belajar. haha. Aku belajar dari kawan aku dari SMSL (Sekolah Menengah Sains Labuan). Masa tu aku tingkatan 2. Otak masih boleh terima. Boleh dikatakan aku hafal semua huruf hiragana dan katagana masa tu. Tapi sekarang dah lupa-lupa. haha. dah lama kot. Lagipun tak ada kawan aku nak belajar bahasa jepun ni. haha. Tapi aku ni lebih sesuai dikatakan belajar tulisan jepun. Tulisan jepun terbahagi kepada tiga iaitu hiragana, katagana dan kanji. Tulisan hiragana adalah tulisan asal dalam bahasa jepun. Katagana pula merupakan tulisan yang berasal dari bahasa asing macam bahasa inggeris kepada bahasa jepun. Kanji pula merupakan tulisan yang mirip kepada tulisan china kuno iaitu gabungan huruf-huruf hiragana atau katagana.
Table of Hiragana.
sumber : Wikipedia

Aku tunjukan tulisan hiragana je lah. haha. 
Yang lain hang pi cari sendiri. 
Aku tengok banyak blog yang mengajar bahasa dan tulisan Jepun. haha. 
Yang aku nak carita ni pasal kawan aku ni dok mengarut cakap Jepun dan majalah yang mengarut tukar nama kita kepada bahasa Jepun. 
Aku tau benda ni semua hanya untuk keseronokan..., tapi aku tahu bahasa Jepun jadi aku dah tak boleh buat lawak & buat benda mengarut. 
haha. 
Kawan aku pun cakap diorang buat saja-saja jer, tapi aku tak boleh terima. haha. 
Aku dulu pun masa darjah 6 pun buat juga. 
Siap ada tulisan rahsia lagi, tapi bila aku tengok balik aku tak boleh baca, hahahaha, sebab kata kuncinya dah hilang entah mana. hahaha.
Wahai kawan-kawan, kalau aku menyirap masa korang buat bahasa mengarut tu korang buat lah kat belakang aku, haha, atau tak payah ajak aku bercakap bahasa mengarut. 
haha. 
Aku masih ingat lagi masa aku tingkatan 1-3 aku memang peminat komik dan Jepun. 
Kira macam otaku dalam diam lah. 
Kawan kembar aku lak hantu Korea (masa tu aku tak minat sangat Korea), aku hantu Jepun, memang ngam lah tu kan, haha. 
Aku memang salute lah kawan kembar aku ni, dah la pelajar terpandai batch aku, pastu boleh belajar tulisan & bahasa Korea daripada tv (masa tu KBS baru ditayangkan kat astro). 
Memang hebat lah. 
Aku belajar bahasa Korea masa tingkatan 3, masa cuti sekolah. 
Sebelum result PMR keluar budak-budak PMR kan ada aktiviti, aku lak sempat balik Johor seminggu, hahaha, masa lapang kat airport tu aku kaji lah tulisan Korea. 
Tak da kerja kan, buat lah apa-apa. 
Kiranya aku belajar tulisan Jepun dulu baru aku belajar tulisan Korean, kawan kembar aku lak belajar tulisan Korea kemudian belajar tulisan Jepun. 
Then diorang cakap tulisan Jepun susah, haha, aku tak tau lah mana diorang belajar, tapi kalau nak dibandingkan antara tulisan Korea dan tulisan Jepun, tulisan Jepun lagi susah. 
Hal ini demikian kerana (hahahaha), tulisan Jepun ada tiga seperti mana yang aku telah taip kat atas tu dan Korea hanya ada dua tulisan iaitu Hangul dan Hanja. 
Hangul tu tulisan biasa yang kita nampak (yang ada bulat-bulat tu), hanja tu adalah tulisan China Kuno sama seperti Kanji bagi bahasa Jepun. 
Tapi sekarang ni Hanja agak jarang digunakan, biasanya dikaitkan dengan sejarah atau peribasa yang dulu-dulu(haha), macam perkataan 'raja' = 王/ (aku perasan ni masa tengok Running Man). 
Aku dapat maklumat ni kat internet, entah laman web apa tah, ni maklumat masa aku awal-awal belajar tulisan Korea. hahaha.
 Aku lah yang tenang jer belajar, hahaha, susah (Jepun) kepada senang (Korea). hahaha. 
Tapi, bila pada sebutan, sebutan dalam bahasa Korea lagi susah berbanding Jepun. 
Sebab Jepun sebutannya biasanya tak ganjil. hahaha. 
Apa benda ni ? hahaha. 
Example : selamat pagi , 
Jepun : おはよう, 
sebutannya sebijik-sebijik, o-ha-yo-u, 
kalau korea : 안녕하세요, 
sebutannya : an-nyeong-ha-se-yo. 
haha. 
Cara nak tulis pun susah bahasa Korea ni, kawan aku ketawakan tulisan Korea aku, haha. 
Tapi aku dah jarang sangat-sangat pakai bahasa Jepun ni, sekrang ni banyak dah benda aku lupa, haha. 
Ni mesti sebab aku terlupa nak ajar kawan aku, hahahahaha. 
Masa tingkatan 2 kawan aku budak lelaki tuh (kalau perempuan tak ada hal lah, haha), 
mintak ajar, 
tapi nak sampaikan maklumat yang dia mintak aku ajar dia pun ada orang tengah, 
macam mana aku nak ajar dia, 
hahahaha. 
Entah la kenapa, budak lelaki kurang cakap dengan aku masa dulu-dulu. 
Bila naik form 6 ni semua budak aku ajak borak. haha. 
Bila difikirkan semula kan, haha, kenapa ya ? Diorang yang malu ke aku yang malu. haha. 
Aku dulu memang rapat dengan kawan-kawan perempuan, lelaki 2/3 ketul je lah, 
yelah, kelas aku dari tingkatan 1-3 kelas KAA, berapa ketul je lah. haha. 
Masa tingkatan 4-5 pun berapa ketul gak. haha. 
Kat pra-u pun berapa ketul jugak, haha, 
kalau tak ada 3 orang budak lelaki pun terasa senyap kelas. hahaha. 
Aku memang sekelas dengan ramai budak perempuan. 
hahahahahaha.
-the End-

1 comment:

  1. byk nye gelakk 😂 ok ke kalau sy nk try bljr jepun ni , ke amek mandarin je huhu

    ReplyDelete