Pages

Thursday, February 13, 2014

gambar kelas ku ~ haha


Assalamualaikum ~
kelas 3 Bestari tahun 2003 :D
haha.. kali ni aku nak share kenangan-kenangan masa ambil gambar-gamabr ni. haha. Supaya aku tak lupa, haha, bila baca entry ni semula aku ingat balik. haha. Aku memang rindu gila dengan kengkawan aku masa sekolah rendah dulu. haha. Nakal gila kelas aku dulu maksud aku budak-budaknya. haha. Nanti aku balik Johor aku tambah gambar masa aku kat pra-sekolah, haha, kiut-biut semua. hahaha.Tahun 2001 aku masuk darjah 1, haha, aku tak ingat ada lagi ke tak gambarnya. haha. Nanti aku korek album masa sekolah ugama dulu. haha. Lucky aku anak cikgu kat sekolah ugama ada simpan gambar kelas budak-budak sekolah ugama. Nanti aku akan bongkarkan siapa paling nakal, wakakakakakaka (ketawa jahat). Masa aku kat Sabah, kitorang biasa sebut Sekolah Kebangsaan sebagai SK, senang sikit nak sebut, haha. Kelas yang ada setiap darjah ada 5 jer, kelas pertama Bestari, kedua Cendikiawan, ketiga Intelek, keempat Pendeta, kelima Sarjana(mungkin, aku tak ingat, haha). Darjah 1 aku masuk intelek, lepas tu naik ke kelas cendikiawan masa darjah 2, masa darjah 3 aku pun naik kelas bestari hinggalah darjah 6. haha. Masa sekolah rendah aku bersekolah di Sekolah Kebangan Pengiran Omar Sipitang, Sabah, sekolah menengah pula di SMK Pengiran Omar I Sipitang, Sabah, kemudian aku bersekolah di SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1 Pagoh, Johor. Apesal jauh sangat, haha.

Wednesday, February 12, 2014

Art ! :D

Assalamualaikum ~ 
haha.., baru-baru ni aku upload gambar lukisan aku yang belum siap, and seem like people like it, jadi aku agak bersemangat nak lukis. haha. Susah nak mulakan melukis ni, haha, sebab banyak aspek kena ambil kira contohnya lakaran kadar banding dan kedudukan tepat benda yang dilukis. Kalau lukis potret lagi lah muka kena seimbang, nanti ada yang satu mata diatas, satu lagi di bawah. haha. Aku pun banyak kali betulkan. Skala kena tepat kalau nak lukis benda yang realistik. Agak berbeza kalau lukis kartun komik. haha. 

Ni lukisan yang belum siap, belum habis shading ~

Tuesday, February 11, 2014

Kenangan Masa Dulu-dulu

Assalamualaikum ~
haha, aku ada terjumpa status yang agak atau sangat menarik bagi aku. haha. Dia kongsi cerita masa budak dulu-dulu main benda yang budak sekarang tak main. huhu. Mungkin budak-budak ni main apa yang kita main dulu semasa di sekolah je. hurm. Aku bersyukur sangat-sangat lahir tahun 1994 sebab batch ni lah paling best daripada aku tengok akak&abang2 senior serta adik2 junior. Jangan marah yer, hehe, gurau je.

Saturday, February 8, 2014

Positive Please !

Assalamualaikum ~
haha, aku baru je baca kejadian hangat yang berlaku dalam industi komedi kita. haha. Siapa yang artis komedi kita yang selalu mencetuskan kontroversi dan kali ni melibatkan artis negara jiran kita. hurm. Sebenarnya aku langsung tak minat nak tahu benda-benda yang dikatakan oleh Nabil, tapi

Thursday, February 6, 2014

Apa yang kau risau sangat ?

Assalamualaikum ~
haha. Semua perempuan nak cantik kan ? thats mean they are girls ! haha. Dah nama perempuan kan, mesti nak melawa memanjang. haha. Tapi aku pun tak tahan kalau setiap minit, setiap saat nak tengok cermin. Aduhai ~ Well, girls, you all are beautiful. Tapi ada tahap-tahap nya lah. hahaha. Macam ustazah aku cakap, hang rasa hang tak cantik, tapi pasti ada insan yang terplih khas untuk mu yang merasakan dirimu cantik.
this not belong to me ~ :D

Bahasa Jepun

Assalamualaikum ~
Bahasa Jepun merupakan salah satu bahasa antarabangsa. Susah ooo. Sebab tu aku berhenti belajar. haha. Aku belajar dari kawan aku dari SMSL (Sekolah Menengah Sains Labuan). Masa tu aku tingkatan 2. Otak masih boleh terima. Boleh dikatakan aku hafal semua huruf hiragana dan katagana masa tu. Tapi sekarang dah lupa-lupa. haha. dah lama kot. Lagipun tak ada kawan aku nak belajar bahasa jepun ni. haha. Tapi aku ni lebih sesuai dikatakan belajar tulisan jepun. Tulisan jepun terbahagi kepada tiga iaitu hiragana, katagana dan kanji. Tulisan hiragana adalah tulisan asal dalam bahasa jepun. Katagana pula merupakan tulisan yang berasal dari bahasa asing macam bahasa inggeris kepada bahasa jepun. Kanji pula merupakan tulisan yang mirip kepada tulisan china kuno iaitu gabungan huruf-huruf hiragana atau katagana.
Table of Hiragana.
sumber : Wikipedia

my new taste of music ?

Assalamualaikum ~
haha. Aku ada citarasa muzik yang baru. hahaha. Entah lah kenapa dua tiga hari ni aku minat lagu rock. hahaha. Aku rasa bosan beberapa hari ni kemudian entah bagaimana aku boleh nak dengar lagu Evanescence "Bring Me To Life". Entah macam mana beberapa minit kemudian aku dah download lagu Evanescence yang popular. haha. "bring be to life" adalah lagu hits diorang. Tahun 2006 tak silap aku lagu tu keluar. Masa tu aku darjah 6. haha. Sampai sekarang aku dengar. hihi. Lagu Evanescence yang aku terpikat "call me when you're sober","lithium" dan "what you want". haha. Aku memang terpikat gila suara Amy Lee. hahaha. Entah bagaimana aku teringat lagu rock yang aku minat gila-gila masa sekolah rendah. haha. Tapi aku tak tahu nama kumpulan dan tajuk lagu, lagi sesuai dikatakan tak ingat. haha. Punya susah nak cari. Yang aku ingat dalam muzik video lagi tu ada burung gagak dengan rentak lagu tu. Punya susah nak cari. Berapa kali aku give up, tapi pastu cari lagi. haha. Tengah aku cari tu aku terjumpa link band paling teruk dan Jonas Brother di tempat pertama. hahaha. Gila-gila aku ketawa. One Direction tempat kedua. hahaha. Aku fikir, 1D kumpulan rock ke ? haha. Bila aku tengok macam-macam nama kumpulan rock aku tengok, ada yang pelik, ada yang lucu. hahaha.

My First Drawing for 2014 :D

Assalamualaikum ~ tadaaa ! Lukisan aku yang pertama buat tahun ni (2014). haha. Dah Februari tapi baru sebijik lukisan aku ~ hahaha. Yelah, aku melukis ikut mood. Kalau mood tu tiba-tiba datang, tiba-tiba lah aku melukis. haha. Tapi biasanya aku tak ada mood. hahahaha. Saje je aku ambil gambar lukisan tu dari tepi, sebab asalnya aku nak lakar je, tiba-tiba aku buat penuh. haha. TIBA-TIBA ? haha. Sejam lebih jugak aku buat, rasanya sejam. haha. Tengah malam lak tu buat. haha. Entah kenapa mood tiba-tiba datang.