haha., semalam aku ade tengok rancangan tv yang bertajuk Clean House. haha. Dah season 7 baru aku tahu rancangan spesis ini wujud. haha. Sebelum ini aku ada terpasang rancangan ini, tapi orang yang meminta pertolongan kemas rumahnya cakap jemput orang untuk kemas rumah dia adalah sangat memalukan. Jadi buat apa aku tengok kalau dia malu, tapi abang aku berminat jadi hadap je lah. Yang aku tengok semalam pasal anak nak tolong maknya kemas rumahnya yang serabut tak macam rumah. haha. Pastu anaknya dok kecoh cakap maknya perlu diubah. Jadi dia Clean House datang kemas rumah maknya untuk mengubah maknya sempena anaknya yang akan berkahwin. haha.
tiba-tiba teringat kenangan yang lalu. haha. Sebenarnya aku rindukan masakan mak aku, dan mak aku sekali. haha. Pagi tadi kepala pening, terus teringin nak makan bubur. Rasanya dah seminggu, tiap-tiap hari hujan di Labuan ni. Sejuk gila, aku rasa macam kat Cameron Highland. haha. Yela, dah la tingkat 5, hujan pula hari-hari, memang sejuk habis. Aku rasa macam tak nak mandi, sejuk, tapi busuk kan, terpaksa lah, sejuk-sejuk pun terpaksa lah. haha. Hari ini pulak rasa tak sedap badan, nak makan bubur tapi tak ada orang nak masakkan. haha. Terpaksa masak sendiri. huhu. Sedih konon. haha.
Tadi ada baca entry blog orang lain pasal satu pasukan bola yang sungguh berlagak. huh ! baru menang sekali dengan pasukan yang terkenal di Malaysia jerrr..., pastu kalah balik ? what ? haha. Aku tak nak la mentionkan pasukan mana aku mentionkan pasukan ni pasukan A, aku tak kesah pun siapa menang siapa kalah. Itu adat permainan ada yang menang dan ada yang kalah. Yang tak tahan ni baru menang sekali dah berlagak. hampehh ! Aku sendiri dengar. Baru menang satu perlawanan, dah kecoh bagai, trademark pasukan A di jerit berulang-ulang kali. Mungkin aku tak suka pasukan A sebab tu aku rasa meluat. Tapi aku peminat pasukan lain, masa pasukan tu menang aku tak jerit-jerit pun ? Peminat pasukan tu pun tak kecoh pun kat laman-laman sosial. Dah menang tu nak perli-perli pasukan lain. Hey, tak de kerja lain nak buat ? Bila kalah nak bergaduh, bila menag riak, sombong, takbur. Mana satu yang baik ni. Pemain tenang je, penyokong yang lebih. Haish. Sebab tu aku tak tengok bola, aku lebih suka tengok keputusannya, haha. Nanti sakit hati. Tapi kalau tengok perlawanan bola live best giler ! haha. Aku pernah pegi. Masa tu Johor FC vs Kelantan (tahun bila entah).Aku sokong ? shhhh ~ rahsia. haha. Peminat Johor FC pakai kompang, peminat Kelantan bawak gendang besar(yang macam cina punya tu, aku tak tau namanya, hahhahaha) memang meriah. Kan seronok kalau peminat-peminat bola sepak sokong pasukan mereka dengan beradab. Kita semua kan orang melayu, takkan tak tahu adab. Kalau sokong pasukan Johor tak perlu lah nak hina pasukan lain, sama juga pasukan lain. Kalau tak suka pasukan tu, diam-diam je lah. Kalau dibesar-besarkan meyebabkan pergaduhan, orang melayu berpecah kerana tiada sefahaman dalam permainan bola sepak. Macam pelik, kelakar pun ada. haha. Tapi memang realiti, tak boleh terima hakikat pasukan yang kita minat kalah. Itu obses namanya, kalau perkara yang baik tak apa lah. Dah kalah tu, kecoh bagai kat Facebook, Twitter dll. Kalau menang pulak bangga tahap gaban pun sebar kat Facebook, Twitter dll ~
Kenapa lah manusia ni, menang salah, kalah pun salah.. mana satu ni ? haha
Hahhahaha, ni nak bercerita pasal kejadian minggu lepas. Aku tinggal dengan abang aku dengan isterinya dan anaknya. Abang aku ajak pergi UK (ujana kewangan, hehe) beli barang-barang semua. Aku kalau diikutkan tak nak ikut pun, sebab beli barang rumah, kalau jalan-jalan atau shopping aku nak. haha. Ceritanya begini, dah beli barang semua abang aku ajak makan kat KFC, ok lah layan aje lah, sebab barang banyak dan berat, nak je aku letak barang-barang tu cepat. Dah makan kitorang pun nak balik, kitorang guna pintu belakang yang kena tolak tu. Abang aku pegang barang dan air, akak ipar aku lak bawa anaknya yang dah tidur, tangan aku pun penuh pegang barang. Kebetulan pula time tu ada pekerja KFC dekat laluan ke pintu tu. Dekat je pun. Tapi buat tak tahu je abang aku nak buka pintu. Nak pandang pun tak nak apa lagi nak senyum. Kalau tak nak tolong pergi la jauh buat kerja konon-konon lap meja ke hapa, ni dok tercegat kat tepi meja. Perempuan pulak tu. Yang kelakarnya semasa aku bengang dalam hati sebab aku terpaksa berdiri dengan bawak barang yang berat dan pekerja tu tak nak tolong buka pintu, aku terhayunkan beg plastik yang bawak barang-barang dan kena kat kaki pekerja tu. Oh, I am so sorry. Hahaha. Aku tergamam juga lah ketika tu, berat barang yang aku bawa tu, memang sakit kena kaki dia. hahhaha. Nasib kau lah. Siapa suruh tak buat kerja betul-betul, tak nak tolong orang, masa kerja boleh lagi tercegat berkhayal bagai. hahhaha. Memang kena sebijik. Dah keluar jauh sikit dari KFC aku ceritakan kat abang aku then aku ketawa gila-gila. Aku memang tak sengaja hayunkan beg plastik tu. hahhaha. Itu lah, kerja kena ikhlas, buat kerja betul-betul, baru buat sikit dah kena balasannya. haha.
Kali ni nak post tentang belajar. haha. Sekolah dah mula, jangan malas-malas belajar, nanti menyesal tak sudah. haha. Tapi aku dah habis sekolah sebagai pelajar Pra-U. haha. Nak belajar apa lagi ? Suka hati aku la nak belajar apa. haha. Aku pun bukannya suka sangat nak belajar. haha. Tapi untuk mengisi masa lapang, tunggu keputusan kan. Yelah, kawan-kawan semua kerja, berniaga, cari duit poket lebih. Aku ? Mak ayah aku memang tak bagi aku kerja. Masa aku tingkatan 2/3 aku dengar kawan aku kerja, cari duit lebih katanya. Aku memang berminat, dapat duit lebih tak payah lah aku nak berjimat sangat kat sekolah nak beli komik. haha. Jadi aku tanya kat mak aku
Blog ni aku buat macam tempat meluahkan perasaan, dan memang pun. Post kali ni pasal page kat facebook yang cukup menyakitkan hati. haha. Awal-awal aku tak kesah, tapi lama-kelamaan aku rasa menjengkelkan. Sebenarnya rasa bersalah kalau tak "Like" "post page" tu. haha. Yelah, dia post yang mempunyai unsur-unsur keagamaan pastu taip "mampukah beliau mendapat 10k Like". Boleh tak kalau aku cakap kat "admin" page tu "walau apa punyang anda post, sama ada yang mempunyai unsur keagamaan atau hiburan, sekiranya maklumat yang anda berikan itu berguna pasti "page" anda mendapat sambutan". haha. Aku masih boleh tenang kalau dia taip "Jom Like Page ni". haha. Aku tak boleh tahan kalau dia menggunakan unsur-unsur keagamaan untuk mendapatkan perhatian. Tapi akhirnya aku tekan butang "Like" juga. haha. Aku tewas. haha. Tak mengapalah(konon, dalam hati geram). Aku nak "ignore" tapi bayak maklumat yang dia sampaikan, tapi meluat aku dengan kenyataannya ~ haha. Sampai kadang-kadang aku tak baca "post page" tu, bila 30 minit lepas dia "post" baru aku baca. haha. Ini lah aku. Marah-marah, komen semua yang tak kena, yang aku tak suka, tapi akhirnya aku buat lawak. Kawan-kawan aku pun ketawa kalau aku marah. Sebab aku suka buat lawak lepas marah. Dan sekarang aku tak tahu nak kata apa. haha. Dah puas komen benda yang tak puas hati. haha. Kalau pasal artis yang aku ingat artis barat. haha. Entah daripada mana aku baca yang mengatakan "bagaimana Kim Kardashian terkenal?". Tak silap aku blog mana entah yang buat post "most hated celeb" dan Kim Kardashian anataranya. Dan dia mempersoalakn populariti Kim Kardashian. Aku berfikir seketika, lepas tu aku ketawa. Dia penyanyi ke ? atau pelakon ? atau model ? atau apa-apa sajalah ~ Entah macam mana dia boleh terkenal, dia bukan artis, apa dia sumbangkan dalam bidang seni ? badan dia ? haha. Apa-apa saja lah, macam aku peduli sangat.
Nak cerita pasal Korea ? Aku tahu memang ramai yang minat Korea dan ramai juga yang benci Korea. Tapi peminat Korea atau lebih sesuai dikatakan K-Pop Lovers memang minat budaya Korea ataupun kerana artisnya yang macho,handsome dan cantik ? entah lah, aku agak tersentap kata-kata seorang yang aku tak kenal berkata mengenai peminat k-pop ni bercakap dalam tatabahasa yang salah dalam bahasa Korea dan English. Dah tentunya mereka belajar dua bahasa tu kerana Idol mereka. Aku tahu lah sebab aku pun sebahagian mereka tapi sekarang aku lebih meminati budaya mereka daripada artisnya. Aku bukan saja meminati Korea, aku juga meminati UK, Perancis dan Itali. Tapi kali ni aku hanya bercerita mengenai Korea. Peminat k-pop kini makin 'menggila' sama seperti anti k-pop. haha. Baru-baru ini aku terpasang satu rancangan di KBS World iaitu Vitamin. Aku nampak ada doktor, jadi aku rasa mana tahu doktor tu bagi tips yang berguna(tapi sayangnya diorang tengah berbincang mengenai penjagaan kulit pada musim sejuk, Malaysia mana ada musim sejuk). Aku agak terkejut dengar kenyataan artis-artis dalam rancangan tu. haha. Semua artis dalam rancangan tu amat menjaga kulit mereka, jadi tak hairan lah kulit mereka sangat cantik. Lepas mandi macam-macam jenis produk mereka pakai, artis lelaki pun sama (kalau kat Malaysia, lelaki yang pakai tu dianggap jambu, gay lah apa lah). Mereka sangat menjaga penampilan mereka. Ni yang buat aku nak jaga kulit, pakai losyen tiap-tiap hari. haha.
Rancangan tv seterusnya, Running Man. Siapa tak tahu rancangan tv ni ? Artis-artis running man makin popular dan amat di kenali di Asia. Aku juga tersentap semasa mereka menjalankan misi mereka di kedai buku dan juga misi mereka mendapatkan tanda tangan penulis-penulis buku. Dalam rancangan lain(aku tak ingat tajuk rancangan tu, haha) artis korea terkenal Taecyeon juga membaca sebelum tidur.
Aku juga meminati Heartbeat dan Immortal Song. Rancangan ni sangat hebat. Heartbeat bawa artis-artis menghadapi suasana dan kehidupan ahli bomba. Memang awesome. haha. Artis-artis yang aku paling minat adalah Jihyo dan juga Hyebin. Mereka adalah idol aku. haha. (Big Bang tu idol aku dalam muzik, haha). Jihyo dan Hyebin lebih gagah dan berani berbanding artis lelaki yang ada(dalam rancangan tu lah). Yang aku suka pasal mereka sebab mereka tak mengedik & manja-manja. Personaliti mereka lebih kurang sama iaitu berani dan yakin.
aku suka temu ramah ni, haha. Kesian kwangsoo ~ haha. Tapi keyakinan yang berlebih-lebih nampak seperti angkuh. Kita orang Islam tak boleh bersifat angkuh. sifat angkuh itu boleh menjatuhkan kita. Sifat yang ada pada Jihyo dan Hyebin, mungkin lelaki tak menyukainya tetapi pada perempuan sifat Jihyo dan Hyebin amat mengagumkan. Siapa boleh naik tempat tinggi dengan hati yang suka seperti Jihyo ? Siapa boleh tahan dengan muntah orang di tangan sendiri seperti Hyebin ? Mereka memang mengagumkan. Dan rancangan tv seterusnya, Immortal Song. Malaysia patut buat rancangan seperti ini. Penyanyi baru dan lama yang menyanyi lagu balada, rock, pop dll semua berkumpul dalam rancangan ini untuk menyanyi lagu-lagu lama seperti tahun 70-an dan 80-an. Baru-baru ini yang aku tengok mereka menyanyikan lagu artis lama di Korea menyanyikan lagu yang digubah semula daripada luar negara. Ok, apa yang aku perasan di sini, penduduk Korea tenang saja menyanyikan lagu yang asalnya bukan lagu mereka dan asalnya daripada luar negara. Kalau di Malaysia pula, kecoh bagai nak rak artis menyanyikan lagu orang lain. It's cover song. Lirik campur dengan bahasa lain pun kecoh. Artis barat nyanyi lagu english campur bahasa latin tenang je. Kalau mereka nyanyi lagu orang lain dan menyatakan itu lagu mereka baru lah itu satu kesalahan. Tapi mereka cuma 'remake' lagu tersebut dalam bahasa ibunda sendiri untuk menghiburkan penonton.
Well, itu pandangan aku lah. Masing-masing ada pandangan dan sebab-sebab sendiri mengenai pandangan mereka.