Assalamualaikum ~
Hahhahaha, ni nak bercerita pasal kejadian minggu lepas. Aku tinggal dengan abang aku dengan isterinya dan anaknya. Abang aku ajak pergi UK (ujana kewangan, hehe) beli barang-barang semua. Aku kalau diikutkan tak nak ikut pun, sebab beli barang rumah, kalau jalan-jalan atau shopping aku nak. haha. Ceritanya begini, dah beli barang semua abang aku ajak makan kat KFC, ok lah layan aje lah, sebab barang banyak dan berat, nak je aku letak barang-barang tu cepat. Dah makan kitorang pun nak balik, kitorang guna pintu belakang yang kena tolak tu. Abang aku pegang barang dan air, akak ipar aku lak bawa anaknya yang dah tidur, tangan aku pun penuh pegang barang. Kebetulan pula time tu ada pekerja KFC dekat laluan ke pintu tu. Dekat je pun. Tapi buat tak tahu je abang aku nak buka pintu. Nak pandang pun tak nak apa lagi nak senyum. Kalau tak nak tolong pergi la jauh buat kerja konon-konon lap meja ke hapa, ni dok tercegat kat tepi meja. Perempuan pulak tu. Yang kelakarnya semasa aku bengang dalam hati sebab aku terpaksa berdiri dengan bawak barang yang berat dan pekerja tu tak nak tolong buka pintu, aku terhayunkan beg plastik yang bawak barang-barang dan kena kat kaki pekerja tu. Oh, I am so sorry. Hahaha. Aku tergamam juga lah ketika tu, berat barang yang aku bawa tu, memang sakit kena kaki dia. hahhaha. Nasib kau lah. Siapa suruh tak buat kerja betul-betul, tak nak tolong orang, masa kerja boleh lagi tercegat berkhayal bagai. hahhaha. Memang kena sebijik. Dah keluar jauh sikit dari KFC aku ceritakan kat abang aku then aku ketawa gila-gila. Aku memang tak sengaja hayunkan beg plastik tu. hahhaha. Itu lah, kerja kena ikhlas, buat kerja betul-betul, baru buat sikit dah kena balasannya. haha.
-sekian :D -
No comments:
Post a Comment