Pages

Sunday, January 5, 2014

Korean Shows

Assalamualikum ~ 
Nak cerita pasal Korea ? Aku tahu memang ramai yang minat Korea dan ramai juga yang benci Korea. Tapi peminat Korea atau lebih sesuai dikatakan K-Pop Lovers memang minat budaya Korea ataupun kerana artisnya yang macho,handsome dan cantik ? entah lah, aku agak tersentap kata-kata seorang yang aku tak kenal berkata mengenai peminat k-pop ni bercakap dalam tatabahasa yang salah dalam bahasa Korea dan English. Dah tentunya mereka belajar dua bahasa tu kerana Idol mereka. Aku tahu lah sebab aku pun sebahagian mereka tapi sekarang aku lebih meminati budaya mereka daripada artisnya. Aku bukan saja meminati Korea, aku juga meminati UK, Perancis dan Itali. Tapi kali ni aku hanya bercerita mengenai Korea. Peminat k-pop kini makin 'menggila' sama seperti anti k-pop. haha. Baru-baru ini aku terpasang satu rancangan di KBS World iaitu Vitamin. Aku nampak ada doktor, jadi aku rasa mana tahu doktor tu bagi tips yang berguna(tapi sayangnya diorang tengah berbincang mengenai penjagaan kulit pada musim sejuk, Malaysia mana ada musim sejuk). Aku agak terkejut dengar kenyataan artis-artis dalam rancangan tu. haha. Semua artis dalam rancangan tu amat menjaga kulit mereka, jadi tak hairan lah kulit mereka sangat cantik. Lepas mandi macam-macam jenis produk mereka pakai, artis lelaki pun sama (kalau kat Malaysia, lelaki yang pakai tu dianggap jambu, gay lah apa lah). Mereka sangat menjaga penampilan mereka. Ni yang buat aku nak jaga kulit, pakai losyen tiap-tiap hari. haha. 
Rancangan tv seterusnya, Running Man. Siapa tak tahu rancangan tv ni ? Artis-artis running man makin popular dan amat di kenali di Asia. Aku juga tersentap semasa mereka menjalankan misi mereka di kedai buku dan juga misi mereka mendapatkan tanda tangan penulis-penulis buku. Dalam rancangan lain(aku tak ingat tajuk rancangan tu, haha) artis korea terkenal Taecyeon juga membaca sebelum tidur. 
Aku juga meminati Heartbeat dan Immortal Song. Rancangan ni sangat hebat. Heartbeat bawa artis-artis menghadapi suasana dan kehidupan ahli bomba. Memang awesome. haha. Artis-artis yang aku paling minat adalah Jihyo dan juga Hyebin. Mereka adalah idol aku. haha. (Big Bang tu idol aku dalam muzik, haha). Jihyo dan Hyebin lebih gagah dan berani berbanding artis lelaki yang ada(dalam rancangan tu lah). Yang aku suka pasal mereka sebab mereka tak mengedik & manja-manja. Personaliti mereka lebih kurang sama iaitu berani dan yakin. 
aku suka temu ramah ni, haha. Kesian kwangsoo ~ haha. Tapi keyakinan yang berlebih-lebih nampak seperti angkuh. Kita orang Islam tak boleh bersifat angkuh. sifat angkuh itu boleh menjatuhkan kita. Sifat yang ada pada Jihyo dan Hyebin, mungkin lelaki tak menyukainya tetapi pada perempuan sifat Jihyo dan Hyebin amat mengagumkan. Siapa boleh naik tempat tinggi dengan hati yang suka seperti Jihyo ? Siapa boleh tahan dengan muntah orang di tangan sendiri seperti Hyebin ? Mereka memang mengagumkan. Dan rancangan tv seterusnya, Immortal Song. Malaysia patut buat rancangan seperti ini. Penyanyi baru dan lama yang menyanyi lagu balada, rock, pop dll semua berkumpul dalam rancangan ini untuk menyanyi lagu-lagu lama seperti tahun 70-an dan 80-an. Baru-baru ini yang aku tengok mereka menyanyikan lagu artis lama di Korea menyanyikan lagu yang digubah semula daripada luar negara. Ok, apa yang aku perasan di sini, penduduk Korea tenang saja menyanyikan lagu yang asalnya bukan lagu mereka dan asalnya daripada luar negara. Kalau di Malaysia pula, kecoh bagai nak rak artis menyanyikan lagu orang lain. It's cover song. Lirik campur dengan bahasa lain pun kecoh. Artis barat nyanyi lagu english campur bahasa latin tenang je. Kalau mereka nyanyi lagu orang lain dan menyatakan itu lagu mereka baru lah itu satu kesalahan. Tapi mereka cuma 'remake' lagu tersebut dalam bahasa ibunda sendiri untuk menghiburkan penonton.
Well, itu pandangan aku lah. Masing-masing ada pandangan dan sebab-sebab sendiri mengenai pandangan mereka.

No comments:

Post a Comment