Pages

Wednesday, November 27, 2013

sedihh ?

Assalamualaikum sekali lagi, hehe. 
Aku nak bercerita pasal anak buah aku ni.. aduhai ~ sedih dibuatnya ~ akak-akak aku memang menyesal ~ haha.. apa boleh buat benda dah jadi kan.. dah tak de rezeki.., lain kali ajelah.. macam ni ceritanya, masa buat plan nak pegi Sabah ni, asalnya akak aku dengan keluarga dia ja., sebab ada murah kat Malindo. pastu citer kat mak & akak aku yang lain, diorang nak ikut gak, so abang ipar aku pun belikan la tiketnya.. Time tu aku tak tahu tarikh exam aku, aku fikir aku ulang seni so mesti hujung-hujung.., cikgu aku pun cakap habis 2 hb disember sedangkan tiket murah tu 28 hb november.., so tak pe lah, aku tak kesah pun, yang penting kinder bueno ~ haha.. pastu ada 1 hari tu aku sembang-sembang dengan kawan aku pasal tarikh-tarikh exam, pastu aku terfikir seni yang aku ulang tu penggal 1 so sama tarikh dengan budak-budak pra-u bawah baru ulangan penggal 2. sekali tengok tarikh betul lah, 25 hb & 27 hb aku exam. aku citer la kat akak aku so ayah aku boleh pegi, aku plan kalau ayah aku sekali pegi sabah then aku tinggal kat rumah kawan aku buat sementara.., baru aku plan nak buat kerja nakal sikit(sikit je, tak payah banyak-banyak, haha), akak aku terus beli tiket aku.. reaksi aku macam, "uh ? what ?", pastu mak dan akak aku lagi plan aku tinggal kat labuan jaga anak buah aku.. ditanya kat aku yang tak kesah sangat ni memang ok sajaa ~ pastu aku fikir..."this totally out from my plan ~" adoihai ~ pastu semalam, tengah kitorang kemas barang, anak buah aku paling sulung(satu-satunya anak buah perempuan,huhu) cakap nak ikut, sedih siakk.. nadanya pun nada rendah... alahai kesian kakak ~ pastu baru akak aku terfikir kenapa lah tak beli tiket dia sekali time beli tiket aku.. masing-masing menyesal.. siap dia cakap kalau kitorang tak ada(aku & akak aku yang belum kawin) tak best.. tak ke sedih tu.. aduhh.. tak pe la mahira, nanti cik su dah keje kita sama-sama journey kay' ? hehe

Exam ? It's already done !

Assalamualaikum buat pembaca yang sudi membaca, hoho.
 I'm gonna fly to Sabah ! wahahhaha.. LOL.. 25 hb & 27 hb aku exam dan 28 hb terbang. Macam pelik jer. haha. Ni semua family akak aku punye plan, diorang memang suka jalan. Memang untung dapat abang/kakak yang suka berjalan. Kita pun boleh tumpang sekali ~ haha (sebab aku tolong jaga anak diorang, hihi)..  back to the story, pasal exam aku.. memang berani tahap gaban. sehari nak exam baru buka buku, tak gila tu ? nasib baik la ulangan masih ingat sikit-sikit yang dulu-dulu punye. Yang 25hb aku ulang teori seni visual. Boleh tahan sesal aku mengulang ni, nak hadap buku  memang perit, tak terkata ! terutamanya mengulang pengajian am(27hb), yang buat graf pulak tu, apa yang telah aku buat. Yang menggerunkan aku time seni tu pasal aku nervous pasal result seni aku nanti.., terfikir "naik ke tak gred aku?", "malu la aku kat adik-adik pra u bawah malulah kalau aku dapat gred rendah dari diorang" dll.. memang berdebar macam first time exam, haha. yang aku pelik kenapa tanda aras(yang warna hitam belah kiri kertas soalan) ulangan berbeza dengan penggal 1, kenapa ? ada beza ka ? hha.. yang pengajian am lak pasal graf, kenapa kawan-kawan aku buat graf bar ? bukan graf garis ke ? ye la ade 5 tahun, dan 1 tahun ade empat negeri, takkan nak buat satu-satu, nak cakap graf kompenen  soalan tu tak sebut pasal jumlah... sudahhhh ~ siap yakin tu graf bar kompaun.. time aku buat aku terfikir, walaupun soalan MPM agak berputar belit, tapi diorang takkan buat graf tu kelihatan pelik. So, aku tak nak fikir panjang-panjang terus buat graf garis, kira masa buat graf tu masa tinggal 25-20 minit lagi nak habis, memang nervous gila, berketar-ketar tangan buat.. haha.. kelakar.. biasa buat esei sampai tangan lenguh, kali ni buat graf sampai tangan berketar.. haha..lepas exam pengajian am tu memang rasa gumbira ~ ha nak mengadap buku rujukan lagi..haha.. dah habis exam .. kena kemas barang pulakk ~ aduhh.. benda paling leceh nak di buat.. aku memang tak suka sebenarnya.., tapi nanti mesti meyesal tak bawa tu  lah ini lah.. haha.. ade lah barang tertinggal bagai ~ haha.. ni pun aku kena tinggal kat labuan jadi babysitter anak abang aku..so bawak la segala harta aku.. haha..ingat nak bawa novel banyak-banyak.. tapi tak muat lak.. haha..novel yang aku belum habis baca boleh la aku habis kan .. hehe.. buat kengkawan aku yang ambik  kertas pengajian perniagaan petang ni dan sejarah isnin depan.. good luck.. sejarah tu.., jangan main-main ~ haha.. buat yang ambil kertas bahasa melayu hari ini.. tahniah ! anada telah merdeka ! kah kah kah

Friday, November 15, 2013

dah habis sekolah ? what ?

Assalamualaikum ~ 
hari ni (tadi) last sekolah ? for real ? entah kenapa aku masih tak percaya dengan statement tu. memang tadi hari terakhir sekolah, tapi kenapa aku tak rasa apa-apa ? doshite ?? haha.., mungkin dalam kepala otak aku, "aku datang sekolah lagi, exam belum habis lagi, nak hang out lagi, so rilek laaa.." perhaps ? haha.. nak nangis tak dapat jumpa lagi kawan-kawan & cikgu-cikgu pun takda, feeling tu tak ada.. kenapa agaknya ... haha.., aku pun sempat main game, dok ketawa sana sini.. haha..kursus pasal frog ape tah, untung la budak-budak sekolah sekarang, dah boleh fokus lebih dalam kelas, cikgu ajar pakai pc jer, haha, buat latihan secara online.., pakai frog ape tah.., memang bagus lah..hhaha.. anyway back to the story.., to my dear friends.., u all so crazy..., haha.. mintak aku edit gambar bagai...haha, kalau aku rajin aku edit ~ haha
babai ~ huk huk

Sunday, November 10, 2013

notebook rosak lagi ?

Assalamualaikum buat yang sudi membaca ~
dah satu masalah selesai datang pulak satu masalah lain...aku memang rasa pelik & ajaib + memang gila habis... macam mana notebook aku rosak ni ~ aduhhh.., dah la hari tu kena bayar 248 hinggit(tauke kedai tu kurangkan 2 hinggit jerr, so stingy~ ;P ) 


aku pakai bende ni, 1Malaysia punye...
yang rosak sebelum ni pasal rosak skrin + ribbon.. mahal ouhh... ayah aku pun cakap baik beli yang baru, (aku dapat time form 5, 2 tahun yang lalu~ ) kalau ayah aku dah cakap macam tu ok jugak, tapi aku ada presentation nak kene buat dan wajib ( kalau xbuat gagal la pbs pengajian perniagaan aku)..., semua maklumat kajian aku dalam nitebook tuhh... terpaksa lah bayar ~ huhu.. kali ni lak notebook aku dihempap tilam yang boleh tahan berat... aduhh.. boleh pulak aku letak kat bawah time tu, then aku baring-baring kat atas katil...,aku biarkan notebook tu terpasang dan main lagu.., tengah aku nak tertidur tiba-tiba bunyi kuat menghepap.., terkejut gila aku, ingatkan apa la tadi... rupa-rupanya tilam terhempap lantai..., aku pelik kenapa pulak notebook aku masih mainkan lagu (dalam otak aku notebook aku tertutup, hahha), rupa-rupanya notebook aku tekangkang (?) ... agak tergamam aku... macam tak percaya ~ biar betul ni, dah tak boleh bawak kemana-mana lagi notebook ni, dah terkangkang (?)... takut aku nak tutup ~ hahhaha... dah la rasa geram ni tak habis lagi, notebook aku rosak lak..., tapi nasib baik masih hidup + berfungsi macam biasa ~ LOL... pengalaman paling kelakar+mengarut+macam tak percaya ~ hhahaha..
aku baru plan nak mengadap movie-movie yang aku ambik dari kawan aku & citer running man kat kawan aku kat labuan nanti..., tapi jadi begini la pulak ~ hurm ~
#agak-agak kalau aku tuntut balik kat ayah aku.., ayah aku belikan laptop baru tak ? hahha.., aku takut kene marah jer ~ huhu

Thursday, November 7, 2013

annual lunch this saturday ? haha

assalamualaikum buat pembaca sekalian..hoho
tajuk kali ni menjadi isu panas buat girls kat sekolah..., biasa laaa girls katakan.. kengkawan aku masing-masing dah ada baju nak pakai.., ada yang pakai dress, ada yang nak pakai jubah dan baju kurung... aku lak tak tau nak pakai apa... aku pun naik pening dah ni... tema buat pra-u atas merah-pink...aku fikirkan baju tu mesti sesuai dengan tudung ~ tengok-tengok almari.., baju merah aku ade ciput dan aku pernah pakai kat sekolah & raya dengan kengkawan~ kalau dah perempuan ni kan.., rasa macam tak best laaa nak ulang tayang.. ye la majlis ni kira majlis perpisahan la kan, buat yang special la sikit...last week aku ingatkan nak beli dress online tapi aku nak share dengan akak aku(no money laaaa~) tapi tak buat kata putus sampaikan aku rasa kalau aku tempah pun mesti sampai hari ahad... hahaha.. memang geram jugak akak aku ni, cakap la dress tu tak cantik ke ape ke boleh keluar pi bandar cari baju... adoihai ~ yang menjadikan aku tak keruan kengkawan aku ramai yang beli baju baru ~ hahhahaha... masing-masing beli jubah... tu yang jealous tu ~ aku pun nak jugak ~ hahhaha
tengah aku korek-korek almari aku terjumpa pulak blause(that belonging to my sis, lemme borrow it ~ hhaha)... macam ok jer... hhehe.. color hijau turqoise.. tapi kalau match kan dengan tudung merah/pink cantik lak... hehhehe... boleh la ni... cuma jadi masalah lak takde skirt/pant... satu lagi problem ~ adoihai.., nasib baik la exam sambung minggu depan, boleh la fikirkan pasal baju bagai ~ hahha
*sensei ~ boleh tak I ikut tema kat tudung&kasut je? dua tu je yang warna merah ~ hahhaha

teringin baju ni ~ ni kat blog Hazanis... cantik dia pakai ~ hihi

Tuesday, November 5, 2013

beg tote ?

tote bag is simple but cute and unique :)
assalamualaikum ~ hihi
hari ahad lepas aku ade tengok tv9 Safiyya ... diorang ade siarkan crafter buat tote bag... aku agak terpikat ~ ahahhaha.., aku suka melukis & lukis benda comel-comel ~ hehe.., kira naive art la tu kan ~ hhaha.. macam-macam corak orang tu buat ~ aku pun teringin ~ dia guna marker & akrilik.., aku pun reti jugak guna akrilik tu.., hari tu buat pbs seni guna akrilik...tapi aku taktau mana nak cari beg kanvas.. hurm.., aku ni bukan kaki jalan nak survey bagai... aku tengok online lak diorang jual dalam kuantiti yang banyak... urmm..., aku fikir nak buat ni lepas exam kat labuan...lepas exam aku stay kat rumah abang aku kat labuan(jadi babysitter anak abang aku), so aku fikir sambil2 jaga tu kan buat la beg tote ni..., comel kan... hihi..., lagi satu aku lupa macam mana nak cari pemati warna2 kat beg tu... haha.., nanti aku nak bincang dengan cikgu seni aku ~ hihi
*excited nak buat* \(^3^)/

mengajar budak ? huhuhu

assalamualaikum ~ huhu
sakit jiwa jugak aku mengajar anak buah aku ~ aku taip ni pun depan diorang... bukannya diorang paham pun apa aku taip ~ hahhaha

situasi aku lebih kurang sama dgn matluthfi  yg mengajar
kanak-kanak riang~ haha
kalau budak sekolah rendah tu rasanya senang sikit, sebab diorang dah kenal huruf & dah boleh baca... ni asyik nak mengeja ~ nak mengajar dok main2,ketawa bagai  tah apa2 ~ uwaaaaaaaaaa~
oleh kerana anak akak aku, sabar je laaa... dah lari keluar tapi kemudian masuk semula bilik aku mintak ajar lagi ~ *blank face*
hahahhaha... pelik betul anak buah aku ni, cepat betul dia lupa, aku baru je sebut kemudian aku tanya balik dah lupa ~ OMG ! memang dugaan betul lah mengajar kanak-kanak ni..., aku rasa cikgu yang mengajar kanak-kanak mengenal huruf & membaca lagi hebat, sebab nak tahan sabar sikap budak-budak ni yang asyik main-main... huhu.. nasib baik la tak tinggal serumah dengan anak buah aku ni...sakit jiwa aku ~ hahhaha

babai meow ~

Assalamualaikum kepada semua ~ hihi
kali ni nak citer sikit pasal anak kucing ... kesian sangat ~ huhu

bukan ini kucing nya ~haha
hari ahad tak silap aku akak aku balik kampung dengan family dye.., dye bawak kucing ? memang terkejut jugak... family aku memang tak pelihara kucing cause mak ayah aku tak suka(kalau kita pelihara binatang ni, kita kena bersungguh2 menjaganya,makan minum semua kena jaga)... al-kisah nye camni, akak aku tinggal kat taman, hari ape tah husband dye terdengar bunyi kucing time2 hujan... tengok2 anak kucing yg baru lahir kat bawah pokok... pelik jugak mak kucing tu tak cari balik anak dia ~ (ok perkataan 'dia' tak boleh digunakan dalam merujuk kepada haiwan ye tuan2&puan2.., 'dia' hanya boleh merujuk kpd manusia sahaja ~ hhaha) sebenarnya anak kucing ni ada 3, tapi akak aku bawak 2 ja sebab seekor dah mati, sebab dia warna hitam & dok bawak pokok... kesian ~ sobs sobs ~ TT_TT
kecik giler- mata pun pejam lagi...yg terselamat(seketika) seekor putih seekor lagi putih tompok2 hitam..nak bagi minum pun susah.., anak kucing tu asyik dok pusing2.., kalau tak kena dagu kena hidung... memang kesian anak kucing tu tak dapat kasih sayang secukupnya... sedih~ akak aku letikkan anak kucing tu dalam kotak.., kecik jerr... kata akak aku kalau anak diikutkan rase nak biarkan je, tapi kesian anak kucing tu dok meow... mak kucing tu tak jugak muncul2... huhu
so akak aku jaga kejap, yg putih tu memang nampak sangat lembik.., kakinya lemah.. gerak sikit je..., selang berapa hari kucing putih tu mati ~ huhuhu
yg tompok2 hitam tu dok meow je.., aktif sikit.., tapi hari seterusnya dia pun mati ~ sobs sobs... TT___TT
kita memang takkan dapat menggantikan yg sebenar2nya ibu kucing tu....huhuhu..
sedih siakkk ~ hhaha... padan la masa malam tu(semalam rasanya) senyap je..., malam sebelumnya anak kucing tu asyik meow... mungkin dia panggil mak dia kottt ~ huhuhuuhu ~ sedihhhhh ~

Monday, November 4, 2013

sampai hati ~ huhu

assalamualaikum buat pembaca post ini ~ haha
apa punya tajuk la ni.. hhaha.. ye laaa orang bersusah payah menghasilkan lukisan dia boleh cakap orang lain yang buat... tak ke sedih kita yang melukisnya ~ huhu
semalam nak cari mood study, aku melukis la dulu(rendering lukisan yang dulu2), then aku keluar bilik kejap, time aku masuk bilik semula aku tengok akak aku meneliti lukisan aku .., hak hak.., boleh dia tak percaya semua tu lukisan aku... adoihai ~ susah tau buat, kau cakap orang lain yang buat ~ how dare you ~ hahahha 
same la time aku bawa(ke sekolah)pasta yang aku masak sendiri.., tapi dengan sos prego...hehe.. kengkawan semua macam tak percaya... ok.., aku nak citer sikit, aku ni bukan nya reti buat sos pasta ponn..., aku pakai sos prego tak payah la kecoh bagai ~ hahahhahaha... aku memang cakap la masak pasta dengan sos prego memang senang giler-giler ~ hahhaha.. aku pernah test masak pasta campur dengan sardin.., ok jugak.. masih boleh dimakan ~ hehe... well.., aku ni memang suka melukis tak payah la terkejut sangat tengok lukisan aku tu... ko nak complain teruk sangat ke ape ? tapi sedih macam mana pun simpan jugak la dalam hati ~ biarkan ianya berlalu ~ dah tu kenapa nak post citer ni ? hahahha ... LOL... saje nak buat citer, bikin drama dalam blog sendiri ~ hahha
...sekian...hahha