Pages

Saturday, December 28, 2013

Erm, entah..

Assalamualaikum ~ 
dah lama rasanya tak post kat blog ~ hhaha, tapi sebenarnya tak ada benda nak share pun. haha. 
Sebab tak ada benda special pun berlaku, sama saja aktivitinya hari-hari. Rasa boring juga buat benda sama setiap hari. 
Aku tak tahu nanti kalau aku kerja kat pejabat, hari-hari buat benda yang sama. haha. Aku di tinggalkan (well sebenarnya aku yang nak tinggal)kat rumah abang aku, bosan tahap gaban, mengadap tv saja. Itu pun nasib baik ada rancangan yang best (running man lerrr, rancangan kegemaran ku, haha), bila dah habis macam mati kutu tak tau nak buat apa. haha. 

Sunday, December 15, 2013

I want be like that too ~ hehe

Assalamualaikum ~ 
cerita mak cik dalam post sebelum ni buat aku teringat time dalam flight ke Sabah. 
Aku naik Malindo. Erm, aku agak berpuas hati naik Malindo daripada AirAsia. 
Best kot, ade tv, boleh tengok movie, main game, tapi kena pakai earphone,klau hang takda earphone Malindo ada jual,klau hang kedekut hang tengok movie tak da bunyi la jawabnya, haha, 
tapi lebih baik ada daripada takda langsung kan ?
 Time naik AirAsia memang boring habis, tak tau nak buat apa dalam 2jam setengah dalam flight tu, kalau naik Malindo ada la jugak benda yang boleh di buat. 
Malindo siap sediakan biskut & air free, tak kesah lah simple asalkan boleh mengunyah, haha.
 Ko ingat AirAsia ada sediakan ? haram.... 
Time aku dalam fight aku sebenarnya duduk diantara sepasang cina yang dah berusia, 
tapi aku bagi chance la diorang duduk berdua kat tepi tingkap, 

Saturday, December 7, 2013

new thing ? perhaps ...

Assalamualaikum... 
nak cerita lagi pasal kat KLIA nak terbang ke Kota Kinabalu.. haha, 
tak habis-habis cerita vacation aku yang expired, haha. well, aku terjumpa benda baru yang aku memang tak sangka, yang pertama aku nak cerita moments time aku nak pegi berlepas. boleh tahan choyyy ! haha. 
27hb nov last paper aku, malam tu aku kemas baang gila-gila cause balik dari sekolah aku main game untuk meraikan kemerdekaan aku, hahahha. katanya flight pukul 7/8 pagi,aku tak ingat pulak, so bertolak awal pagi kira-kira pukul 1 setengah pagi..gilo hapo ~ memang tak tido ~ punya la aku excited kalau dah sampai nanti aku nak tido dulu kat homestay (aku tak pasti namanya), 
time bagdrop baru tahu aku punya flight petang(sama dengan akak aku) ini semua poyo ! 
dah, nak tak nak tinggal jugak, berjam-jam kitorang kat KLIA. Sebelum tu aku terperasan sorang budak ini, muka chubby,mata sepet, aku pun tak pasti la orang mana, tapi aku rasa comel sangat, rasa macam nak cubit-cubit pipi dia, hahhahaha. budak tu dok pandang-pandang family aku yang tengah duduk-duduk, akak aku pun perasan gak budak tu. Mulanya ada beg kat kerusi kitorang duduk tu, kitorang ni ramai so mak cik aku (kira mak cik aku la, hahha) alihkan beg tu kat hujung kerusi tu. Sabar je la budak tu, rupanya beg tu dia punya tu yang pandang-pandang, hahha. 
aku pun mulanya tertanya-tanya, mana tuan empunya beg ni, apesal tak ambil beg dia ni, maybe dia takut tengok family aku yang kecoh, hhaha. time kaunter dah buka baru dia ambil beg dia, kitorang masing-masing agak terkejut jugak, sebab budak tu dah lama duduk tak jauh dari tempat kitorang, haha, kesian ~ time nak pegi toilet aku ternampak budak tu beratur kat kaunter flight ke Armenia.
Itu la first time aku tahu nama negara tu, hahahha, pastu tulisannya pun lain, wah, "ada jugak flight ke negara ni", terserlah betapa sempitnya otak aku, hahhaha. yang biasa kita tahu negara-negara yang sangat terkenal seperti USA,China,Jepun dll. Baru aku tahu kewujudan negara tu, haha. aku agak kagum jugak budak tu travel sorang-sorang, aku tengok badannya kecik je pun, rupa parasnya lebih kepada orang Asia, adakah dia orang Asia yang merantau ? 
aku tengok cara berpakaian dia mulanya dia pakai jubah tapi dia berlapis dengan baju t-shirt & seluar. baik aku pegi tanya dia time tu daripada aku tertanya-tanya sekarang ni.., hahhahhahaha, yang paling best aku rasa travel sorang-sorang kot, walaupun sepi berkeseorangan tapi kita boleh berdikari kan, sebab suatu hari nanti kita pasti berkeseorangan. kadang-kadang bila aku rasa sunyi aku fikir, "suatu hari nanti aku pasti keseorangan, jadi ini adalah latihan aku untuk menghadapinya", macam kelakar pulak kata-kata tu, 'fovever alone' ? hahahha

Sabah ohh Sabah

Assalamualaikum buat yang sudi baca ~ 
nak cerita sikit pasal vacation yang dah nak expired ~ haha (bahasa ku ~ tak apalah, hihi) minggu lepas keluarga ku pegi melancong ~ yahoooo ~ kemerdekaan lepas STPM terus melancong ~ ;P tetapi malangnya semua gambar kat camera akak aku. Lupa pulak nak ambil, cause aku tinggal kat Labuan dengan my big bro... tolong jaga anak dia ~ entah la sampai bila ~ jangan sampai bila-bila sudah ~ hahahahha, nasib baik la ada gambar yang terselamat cause aku gambar guna camera handphone aku, kat kat Simpang Mengayau, Kudat.. camni ke ejaannya ? memang awesome tempat ni, cantik & bersih, tak terkata.
Ni gambar pantainya ~ memang cantik bangat ~
ingatkan nak gambar pantai tu lebih dekat, tapi dah kena panggil lak, so ini je yang aku dapat, yang lain kat camera. haha. Kalau pegi Sabah rugi kalau tak pegi pulau-pulaunya... memang awesome gitu ! memang cantik ! salah satu pulau yang aku pegi Pulau Manukan. Pulau ni kata abang ipar aku kurang sikit batu karangnya, so sesuai la kat sesiapa yang bawa family. 
ni pulau manukan, cantik kan ? hha. sumber : google ~ haha
ni la kundasang, tapi gambar ni macam over sikit. sumber : google ~ haha
ada lagi pulau lain.., tapi tak ingat lorh.,haha. Pantai pulau ni memang terbaik, airnya lagi jernih & cantik kalau tak ramai sangat orang. Kalau ramai sangat orang airnya jadi keruh, tak berapa jernih tapi jernih juga, haha (apa yang aku buat ni?) pegi pantai memang best, tapi lagi best kalau pandai berenang ~ aku dok pengang pelampung anak buah aku sampai hitam lengan aku, haha. tak reti berenang... sedih rasanya ~ ye la, kalau reti berenang boleh tengok batu karang dengan aman, haha. aku takut betul nak menyelam, cause aku pernah alami rasa macam nak lemas, bukan sekali, dah berkali-kali, so kali ni aku berhati-hati sikit dengan pengang pelampung anak buah aku, haha. ikut arus je, tak reti berenang katakan ~ sedih seyhh... kalau sesiapa yang berminat nak pegi pulau tu, belajar la berenang dulu, berbaloi sikit ~ haha.. ada lagi tempat kitorang pegi, Kinabalu Park, Kundasang... tempat lahir aku Beaufort & tempat aku membesar di Sipitang sudah pegi tahun lepas ~ wakakakaka.. lastly aku pegi labuan cause aku tinggal kat labuan buat sementara waktu ~ hoho

Wednesday, November 27, 2013

sedihh ?

Assalamualaikum sekali lagi, hehe. 
Aku nak bercerita pasal anak buah aku ni.. aduhai ~ sedih dibuatnya ~ akak-akak aku memang menyesal ~ haha.. apa boleh buat benda dah jadi kan.. dah tak de rezeki.., lain kali ajelah.. macam ni ceritanya, masa buat plan nak pegi Sabah ni, asalnya akak aku dengan keluarga dia ja., sebab ada murah kat Malindo. pastu citer kat mak & akak aku yang lain, diorang nak ikut gak, so abang ipar aku pun belikan la tiketnya.. Time tu aku tak tahu tarikh exam aku, aku fikir aku ulang seni so mesti hujung-hujung.., cikgu aku pun cakap habis 2 hb disember sedangkan tiket murah tu 28 hb november.., so tak pe lah, aku tak kesah pun, yang penting kinder bueno ~ haha.. pastu ada 1 hari tu aku sembang-sembang dengan kawan aku pasal tarikh-tarikh exam, pastu aku terfikir seni yang aku ulang tu penggal 1 so sama tarikh dengan budak-budak pra-u bawah baru ulangan penggal 2. sekali tengok tarikh betul lah, 25 hb & 27 hb aku exam. aku citer la kat akak aku so ayah aku boleh pegi, aku plan kalau ayah aku sekali pegi sabah then aku tinggal kat rumah kawan aku buat sementara.., baru aku plan nak buat kerja nakal sikit(sikit je, tak payah banyak-banyak, haha), akak aku terus beli tiket aku.. reaksi aku macam, "uh ? what ?", pastu mak dan akak aku lagi plan aku tinggal kat labuan jaga anak buah aku.. ditanya kat aku yang tak kesah sangat ni memang ok sajaa ~ pastu aku fikir..."this totally out from my plan ~" adoihai ~ pastu semalam, tengah kitorang kemas barang, anak buah aku paling sulung(satu-satunya anak buah perempuan,huhu) cakap nak ikut, sedih siakk.. nadanya pun nada rendah... alahai kesian kakak ~ pastu baru akak aku terfikir kenapa lah tak beli tiket dia sekali time beli tiket aku.. masing-masing menyesal.. siap dia cakap kalau kitorang tak ada(aku & akak aku yang belum kawin) tak best.. tak ke sedih tu.. aduhh.. tak pe la mahira, nanti cik su dah keje kita sama-sama journey kay' ? hehe

Exam ? It's already done !

Assalamualaikum buat pembaca yang sudi membaca, hoho.
 I'm gonna fly to Sabah ! wahahhaha.. LOL.. 25 hb & 27 hb aku exam dan 28 hb terbang. Macam pelik jer. haha. Ni semua family akak aku punye plan, diorang memang suka jalan. Memang untung dapat abang/kakak yang suka berjalan. Kita pun boleh tumpang sekali ~ haha (sebab aku tolong jaga anak diorang, hihi)..  back to the story, pasal exam aku.. memang berani tahap gaban. sehari nak exam baru buka buku, tak gila tu ? nasib baik la ulangan masih ingat sikit-sikit yang dulu-dulu punye. Yang 25hb aku ulang teori seni visual. Boleh tahan sesal aku mengulang ni, nak hadap buku  memang perit, tak terkata ! terutamanya mengulang pengajian am(27hb), yang buat graf pulak tu, apa yang telah aku buat. Yang menggerunkan aku time seni tu pasal aku nervous pasal result seni aku nanti.., terfikir "naik ke tak gred aku?", "malu la aku kat adik-adik pra u bawah malulah kalau aku dapat gred rendah dari diorang" dll.. memang berdebar macam first time exam, haha. yang aku pelik kenapa tanda aras(yang warna hitam belah kiri kertas soalan) ulangan berbeza dengan penggal 1, kenapa ? ada beza ka ? hha.. yang pengajian am lak pasal graf, kenapa kawan-kawan aku buat graf bar ? bukan graf garis ke ? ye la ade 5 tahun, dan 1 tahun ade empat negeri, takkan nak buat satu-satu, nak cakap graf kompenen  soalan tu tak sebut pasal jumlah... sudahhhh ~ siap yakin tu graf bar kompaun.. time aku buat aku terfikir, walaupun soalan MPM agak berputar belit, tapi diorang takkan buat graf tu kelihatan pelik. So, aku tak nak fikir panjang-panjang terus buat graf garis, kira masa buat graf tu masa tinggal 25-20 minit lagi nak habis, memang nervous gila, berketar-ketar tangan buat.. haha.. kelakar.. biasa buat esei sampai tangan lenguh, kali ni buat graf sampai tangan berketar.. haha..lepas exam pengajian am tu memang rasa gumbira ~ ha nak mengadap buku rujukan lagi..haha.. dah habis exam .. kena kemas barang pulakk ~ aduhh.. benda paling leceh nak di buat.. aku memang tak suka sebenarnya.., tapi nanti mesti meyesal tak bawa tu  lah ini lah.. haha.. ade lah barang tertinggal bagai ~ haha.. ni pun aku kena tinggal kat labuan jadi babysitter anak abang aku..so bawak la segala harta aku.. haha..ingat nak bawa novel banyak-banyak.. tapi tak muat lak.. haha..novel yang aku belum habis baca boleh la aku habis kan .. hehe.. buat kengkawan aku yang ambik  kertas pengajian perniagaan petang ni dan sejarah isnin depan.. good luck.. sejarah tu.., jangan main-main ~ haha.. buat yang ambil kertas bahasa melayu hari ini.. tahniah ! anada telah merdeka ! kah kah kah

Friday, November 15, 2013

dah habis sekolah ? what ?

Assalamualaikum ~ 
hari ni (tadi) last sekolah ? for real ? entah kenapa aku masih tak percaya dengan statement tu. memang tadi hari terakhir sekolah, tapi kenapa aku tak rasa apa-apa ? doshite ?? haha.., mungkin dalam kepala otak aku, "aku datang sekolah lagi, exam belum habis lagi, nak hang out lagi, so rilek laaa.." perhaps ? haha.. nak nangis tak dapat jumpa lagi kawan-kawan & cikgu-cikgu pun takda, feeling tu tak ada.. kenapa agaknya ... haha.., aku pun sempat main game, dok ketawa sana sini.. haha..kursus pasal frog ape tah, untung la budak-budak sekolah sekarang, dah boleh fokus lebih dalam kelas, cikgu ajar pakai pc jer, haha, buat latihan secara online.., pakai frog ape tah.., memang bagus lah..hhaha.. anyway back to the story.., to my dear friends.., u all so crazy..., haha.. mintak aku edit gambar bagai...haha, kalau aku rajin aku edit ~ haha
babai ~ huk huk

Sunday, November 10, 2013

notebook rosak lagi ?

Assalamualaikum buat yang sudi membaca ~
dah satu masalah selesai datang pulak satu masalah lain...aku memang rasa pelik & ajaib + memang gila habis... macam mana notebook aku rosak ni ~ aduhhh.., dah la hari tu kena bayar 248 hinggit(tauke kedai tu kurangkan 2 hinggit jerr, so stingy~ ;P ) 


aku pakai bende ni, 1Malaysia punye...
yang rosak sebelum ni pasal rosak skrin + ribbon.. mahal ouhh... ayah aku pun cakap baik beli yang baru, (aku dapat time form 5, 2 tahun yang lalu~ ) kalau ayah aku dah cakap macam tu ok jugak, tapi aku ada presentation nak kene buat dan wajib ( kalau xbuat gagal la pbs pengajian perniagaan aku)..., semua maklumat kajian aku dalam nitebook tuhh... terpaksa lah bayar ~ huhu.. kali ni lak notebook aku dihempap tilam yang boleh tahan berat... aduhh.. boleh pulak aku letak kat bawah time tu, then aku baring-baring kat atas katil...,aku biarkan notebook tu terpasang dan main lagu.., tengah aku nak tertidur tiba-tiba bunyi kuat menghepap.., terkejut gila aku, ingatkan apa la tadi... rupa-rupanya tilam terhempap lantai..., aku pelik kenapa pulak notebook aku masih mainkan lagu (dalam otak aku notebook aku tertutup, hahha), rupa-rupanya notebook aku tekangkang (?) ... agak tergamam aku... macam tak percaya ~ biar betul ni, dah tak boleh bawak kemana-mana lagi notebook ni, dah terkangkang (?)... takut aku nak tutup ~ hahhaha... dah la rasa geram ni tak habis lagi, notebook aku rosak lak..., tapi nasib baik masih hidup + berfungsi macam biasa ~ LOL... pengalaman paling kelakar+mengarut+macam tak percaya ~ hhahaha..
aku baru plan nak mengadap movie-movie yang aku ambik dari kawan aku & citer running man kat kawan aku kat labuan nanti..., tapi jadi begini la pulak ~ hurm ~
#agak-agak kalau aku tuntut balik kat ayah aku.., ayah aku belikan laptop baru tak ? hahha.., aku takut kene marah jer ~ huhu

Thursday, November 7, 2013

annual lunch this saturday ? haha

assalamualaikum buat pembaca sekalian..hoho
tajuk kali ni menjadi isu panas buat girls kat sekolah..., biasa laaa girls katakan.. kengkawan aku masing-masing dah ada baju nak pakai.., ada yang pakai dress, ada yang nak pakai jubah dan baju kurung... aku lak tak tau nak pakai apa... aku pun naik pening dah ni... tema buat pra-u atas merah-pink...aku fikirkan baju tu mesti sesuai dengan tudung ~ tengok-tengok almari.., baju merah aku ade ciput dan aku pernah pakai kat sekolah & raya dengan kengkawan~ kalau dah perempuan ni kan.., rasa macam tak best laaa nak ulang tayang.. ye la majlis ni kira majlis perpisahan la kan, buat yang special la sikit...last week aku ingatkan nak beli dress online tapi aku nak share dengan akak aku(no money laaaa~) tapi tak buat kata putus sampaikan aku rasa kalau aku tempah pun mesti sampai hari ahad... hahaha.. memang geram jugak akak aku ni, cakap la dress tu tak cantik ke ape ke boleh keluar pi bandar cari baju... adoihai ~ yang menjadikan aku tak keruan kengkawan aku ramai yang beli baju baru ~ hahhahaha... masing-masing beli jubah... tu yang jealous tu ~ aku pun nak jugak ~ hahhaha
tengah aku korek-korek almari aku terjumpa pulak blause(that belonging to my sis, lemme borrow it ~ hhaha)... macam ok jer... hhehe.. color hijau turqoise.. tapi kalau match kan dengan tudung merah/pink cantik lak... hehhehe... boleh la ni... cuma jadi masalah lak takde skirt/pant... satu lagi problem ~ adoihai.., nasib baik la exam sambung minggu depan, boleh la fikirkan pasal baju bagai ~ hahha
*sensei ~ boleh tak I ikut tema kat tudung&kasut je? dua tu je yang warna merah ~ hahhaha

teringin baju ni ~ ni kat blog Hazanis... cantik dia pakai ~ hihi

Tuesday, November 5, 2013

beg tote ?

tote bag is simple but cute and unique :)
assalamualaikum ~ hihi
hari ahad lepas aku ade tengok tv9 Safiyya ... diorang ade siarkan crafter buat tote bag... aku agak terpikat ~ ahahhaha.., aku suka melukis & lukis benda comel-comel ~ hehe.., kira naive art la tu kan ~ hhaha.. macam-macam corak orang tu buat ~ aku pun teringin ~ dia guna marker & akrilik.., aku pun reti jugak guna akrilik tu.., hari tu buat pbs seni guna akrilik...tapi aku taktau mana nak cari beg kanvas.. hurm.., aku ni bukan kaki jalan nak survey bagai... aku tengok online lak diorang jual dalam kuantiti yang banyak... urmm..., aku fikir nak buat ni lepas exam kat labuan...lepas exam aku stay kat rumah abang aku kat labuan(jadi babysitter anak abang aku), so aku fikir sambil2 jaga tu kan buat la beg tote ni..., comel kan... hihi..., lagi satu aku lupa macam mana nak cari pemati warna2 kat beg tu... haha.., nanti aku nak bincang dengan cikgu seni aku ~ hihi
*excited nak buat* \(^3^)/

mengajar budak ? huhuhu

assalamualaikum ~ huhu
sakit jiwa jugak aku mengajar anak buah aku ~ aku taip ni pun depan diorang... bukannya diorang paham pun apa aku taip ~ hahhaha

situasi aku lebih kurang sama dgn matluthfi  yg mengajar
kanak-kanak riang~ haha
kalau budak sekolah rendah tu rasanya senang sikit, sebab diorang dah kenal huruf & dah boleh baca... ni asyik nak mengeja ~ nak mengajar dok main2,ketawa bagai  tah apa2 ~ uwaaaaaaaaaa~
oleh kerana anak akak aku, sabar je laaa... dah lari keluar tapi kemudian masuk semula bilik aku mintak ajar lagi ~ *blank face*
hahahhaha... pelik betul anak buah aku ni, cepat betul dia lupa, aku baru je sebut kemudian aku tanya balik dah lupa ~ OMG ! memang dugaan betul lah mengajar kanak-kanak ni..., aku rasa cikgu yang mengajar kanak-kanak mengenal huruf & membaca lagi hebat, sebab nak tahan sabar sikap budak-budak ni yang asyik main-main... huhu.. nasib baik la tak tinggal serumah dengan anak buah aku ni...sakit jiwa aku ~ hahhaha

babai meow ~

Assalamualaikum kepada semua ~ hihi
kali ni nak citer sikit pasal anak kucing ... kesian sangat ~ huhu

bukan ini kucing nya ~haha
hari ahad tak silap aku akak aku balik kampung dengan family dye.., dye bawak kucing ? memang terkejut jugak... family aku memang tak pelihara kucing cause mak ayah aku tak suka(kalau kita pelihara binatang ni, kita kena bersungguh2 menjaganya,makan minum semua kena jaga)... al-kisah nye camni, akak aku tinggal kat taman, hari ape tah husband dye terdengar bunyi kucing time2 hujan... tengok2 anak kucing yg baru lahir kat bawah pokok... pelik jugak mak kucing tu tak cari balik anak dia ~ (ok perkataan 'dia' tak boleh digunakan dalam merujuk kepada haiwan ye tuan2&puan2.., 'dia' hanya boleh merujuk kpd manusia sahaja ~ hhaha) sebenarnya anak kucing ni ada 3, tapi akak aku bawak 2 ja sebab seekor dah mati, sebab dia warna hitam & dok bawak pokok... kesian ~ sobs sobs ~ TT_TT
kecik giler- mata pun pejam lagi...yg terselamat(seketika) seekor putih seekor lagi putih tompok2 hitam..nak bagi minum pun susah.., anak kucing tu asyik dok pusing2.., kalau tak kena dagu kena hidung... memang kesian anak kucing tu tak dapat kasih sayang secukupnya... sedih~ akak aku letikkan anak kucing tu dalam kotak.., kecik jerr... kata akak aku kalau anak diikutkan rase nak biarkan je, tapi kesian anak kucing tu dok meow... mak kucing tu tak jugak muncul2... huhu
so akak aku jaga kejap, yg putih tu memang nampak sangat lembik.., kakinya lemah.. gerak sikit je..., selang berapa hari kucing putih tu mati ~ huhuhu
yg tompok2 hitam tu dok meow je.., aktif sikit.., tapi hari seterusnya dia pun mati ~ sobs sobs... TT___TT
kita memang takkan dapat menggantikan yg sebenar2nya ibu kucing tu....huhuhu..
sedih siakkk ~ hhaha... padan la masa malam tu(semalam rasanya) senyap je..., malam sebelumnya anak kucing tu asyik meow... mungkin dia panggil mak dia kottt ~ huhuhuuhu ~ sedihhhhh ~

Monday, November 4, 2013

sampai hati ~ huhu

assalamualaikum buat pembaca post ini ~ haha
apa punya tajuk la ni.. hhaha.. ye laaa orang bersusah payah menghasilkan lukisan dia boleh cakap orang lain yang buat... tak ke sedih kita yang melukisnya ~ huhu
semalam nak cari mood study, aku melukis la dulu(rendering lukisan yang dulu2), then aku keluar bilik kejap, time aku masuk bilik semula aku tengok akak aku meneliti lukisan aku .., hak hak.., boleh dia tak percaya semua tu lukisan aku... adoihai ~ susah tau buat, kau cakap orang lain yang buat ~ how dare you ~ hahahha 
same la time aku bawa(ke sekolah)pasta yang aku masak sendiri.., tapi dengan sos prego...hehe.. kengkawan semua macam tak percaya... ok.., aku nak citer sikit, aku ni bukan nya reti buat sos pasta ponn..., aku pakai sos prego tak payah la kecoh bagai ~ hahahhahaha... aku memang cakap la masak pasta dengan sos prego memang senang giler-giler ~ hahhaha.. aku pernah test masak pasta campur dengan sardin.., ok jugak.. masih boleh dimakan ~ hehe... well.., aku ni memang suka melukis tak payah la terkejut sangat tengok lukisan aku tu... ko nak complain teruk sangat ke ape ? tapi sedih macam mana pun simpan jugak la dalam hati ~ biarkan ianya berlalu ~ dah tu kenapa nak post citer ni ? hahahha ... LOL... saje nak buat citer, bikin drama dalam blog sendiri ~ hahha
...sekian...hahha

Tuesday, October 29, 2013

Jealous ?

ape jealous tuhh ? jeles ? hhaha..
okayy.., 
assalamualaikum for anyone yg sudi baca post yg tah pape tah ni, hha
ni semua pasal aku je, org yg baca xpayah la terasa ke hape,hoho
aku rase xde pape kot, tapi hati ni jealous sangat, kenapa agak nya ? haha.., dengki pasal kelebihan org lain.., 
rasenye tak, aku jealous dgn lelaki korea je, apesal diorg lagi cantik dari perempuan ? haha
cehh.., tipu la kalau ade org tak pernah cemburu kat org lain, tak kira la cemburu pasal iri hati kat kelebihan, kecantikan atau kekayaan atau lebih mudah kesenangan org lain...huhu
sedihnya diri ini, tak la pandai mana pun, xberapa nak cantik, 
asyik main je, kat sabah pun memang main keje aku(hehe),
kacau org lain memang keje aku, haha.., 
citer pasal peragai aku nanti la aku buat post lain ~ haha
well, cemburu tu kan xbaik, kita kan org Islam,
iri hati ni kan boleh menghancurkan perpaduan, tak kira keluarga, masyakat.., 
oleh itu(dah macam karangan la pulak, haha), kita mestilah cuba pudarkan rasa iri hati atau cemburu kita tu, stail aku nak hilangkan rasa jealous membuak2 ni(konon2 la, haha), aku puji diorang, walaupun rasa jealous ni, "wah, hebat la kau", "wah, cantiknya baju kau" dan.., lain-lain, haha kalau rasa iri hati atau jealous simpan lama-lama boleh sakit jiwa tau tak, tak memasal nak pegi jumpa bomoh la hapa la,
kan syirik tu, dosa besar, neraka tempat org yg syirik...huhu
well kembali ke tajuk asal, haha
kalau kita memuji(walaupun hati tak rela,huhu) sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa iri hati tu, selama-lama kita rasa iri hati atau jealous kat org lain hidup kita tak akan aman.., rasa dendam, geram dgn org tu kat sape-sape lah, haha lupa kan laaa.., kau tak berseorangan..., semua pernah rasa cemburu, cuma macam mana kita hadapi rasa cemburu tu, sama ada kita kawal rasa cemburu tu atau cemburu tu yg mengawal kita..., 
hahhaha.., sekarang ni.., well bukan sekarang la.., semalam la kott.., first time aku jealous ~ haha ... senyap betul aku, pasal lelaki la kan, senyap je la.., aishh.., karut betul ! kawal diri ! kawal !! haha ... aku tak nak jadi perempuan yg kuat cemburu ~ huhu
malu la aku nak citer lebih-lebih cemburu aku ni, nanti ade yg kene kan aku kat kelas ~ malu la wei..., aku perempuan ~ heee

exam ~

waaaaahh..., dah nak exam.. ehh... sebelum tu...,
assalamualaikum buat sesiapa yang sudi baca post ni...hhe
minggu depan adalah final exam buat pelajar pra-u atas ni..,huhu
dah nak exam dah.., macam tak percaya.., dah nak habis sekolah .. huhu
citer kat kawan nak exam, dye ade share doa..., aku pun nak share jugak..hihi
boleh kita amalkan bersama ~ :)
nampak kan... hihi..
moga-moga Allah permudahkan kita sewaktu kita menghadapi exam nanti... aminn ~
usaha+tawakal+doa... insyaallah boleh 4flat ~ hehe

Saturday, October 19, 2013

motivation for myself

life have to go on even its bitter ~ 
perghh ayatt ~ hha
memang hobi aku ketawa, buat orang lain ketawa aku ketawa,
kadang-kadang apa yang kita rancang tak berjalan dengan lancar, 
"kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan"
memang betul statement tuhh.., tapi kadang-kadang tersimpang jauh dari apa yang kita rancang, memang sedih,kecewa tapi kita harus ingat, setiap apa yang jadi mesti ada maksud tersirat (dah macam bahasa melayu ada maksud tersirat hapalah)
nak mengadu kat kawan-kawan tu pun bukannya diorang nak dengar kan, mengadu dalam hati aje lah, mengadu kat Allah,
pergh aku lak yang nak nangis... 
final exam tak lama lagi, time ni la nak buat blog bagai...
ishh... kalau negatif sangat tak baik.., tengah fikir negatif fikir time best dengan kekawan yang giler-giler..., pasti tersenyum semula.., nak tak nak, pahit atau manis, pedih, sakit, perit hidup perlu di teruskan.., percaya satu hari nanti ada kehidupan yang indah & bahagia menantiku...
bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. :)

finally ! buat blog ~

Alhamdulillah.., akhirnya sya buat blog dengan perasaan bercampur-baur ~ aish
tujuan buat ni cuma nak luah kan perasaan duka ~ hak2.. (duka la sangat)
takda orang baca pun ok juga.., tak kesah pun...
sedih betul ayatnya ~ kwang3x..
rase nak nangis lak....(terharu baru buat blog la kott)
aku anggap blog ni macam diari aku lah..., siapa nak baca ..., baca lah.. tak nak dah...tak kesah pun~ la la la la ~